Google Wonder Wheel

Baru je aku perasan pasal google wonder wheel....

Menarik jugak benda ni...dah macam roda impian, rancangan kat astro..heheh.....

Tp wonder wheel ni sebenarnya memudahkan kita bila nak mencari sesuatu through google...wonder wheel ni kerja die akan mencari benda yang related dengan apa yang kita cari, tp dipaparkan dalam bentuk roda bulatan, bila kite klik pada keputusan yang dipaparkan dalam roda tu, die akan paparkan pada bulatan yang lain pulak..

Sebagai contoh, tengok gambar dibawah.....

Mulanya aku carik pasal proton kat google....result akan dipaparkan di bawah:


Nak gunakan wonder wheel plak.....klik kat More search tools, ada link untuk wonder wheel macam kat bawah,

Johor: Bina segera jalan pintas

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Binasegerajalanpintas/Article/index_html
Oleh Kalam Hadi

2010/11/25
Laluan jimatkan masa ke Kawasan Perindustrian Pasir Gudang

PASIR GUDANG: Kira-kira 3,000 penduduk di tiga taman perumahan sekitar Taman Flora Height, di sini merayu kerajaan negeri membantu menyelesaikan isu pembinaan jalan pintas menghubungkan taman berkenaan ke Taman Scientex dan Taman Nusa Damai yang kini berlarutan sejak lebih lima tahun lalu.

Penduduk mendakwa pembinaan jalan pintas sepanjang empat kilometer yang kini masih tertangguh pembinaannya mampu memendekkan perjalanan penduduk dari Bandar Baru Seri Alam, Taman Flora Height, Taman Scientex dan Taman Nusa Damai untuk ke Kawasan Perindustrian Pasir Gudang sehingga kurang dari 10 minit berbanding kira-kira 45 minit, jika melalui jalan utama Taman Flora Height.
Ketika ini, jalan pintas sedia ada yang melalui Jalan Kenanga di Taman Flora Height hanya boleh dilalui kenderaan berat termasuk motosikal berkuasa tinggi untuk ke Taman Scientex yang hanya mengambil masa kira-kira lima minit.
Jurucakap Penduduk Taman Flora Height, Zulkifli Isa, 44, berkata sebelum ini, beberapa pihak termasuk Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sudah mengadakan rundingan dan persetujuan awal bagi membina laluan jalan pintas yang memerlukan kos lebih RM5 juta membabitkan beberapa pemaju perumahan berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini keputusan berhubung pihak yang bakal membiayai kos pembinaan laluan pintas itu masih tidak mendapat kata putus kerana beberapa perkara belum dapat diselesaikan.

Beliau yang juga Ketua UMNO cawangan Taman Flora Height berkata, beberapa Jawatankuasa Penduduk Taman Flora Height turut terbabit mengadakan rundingan bersama pihak berkaitan sejak menduduki taman perumahan di situ tetapi sehingga kini masih belum ada keputusan mengenainya.

“Kami dapati hal ini hanya selesai jika ada campur tangan daripada kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang sepatutnya mewakili Kerajaan Pusat bagi membantu membina jalan pintas yang sangat dinantikan oleh penduduk di sini.
“Bayangkan, jika jalan pintas di sini dibina, pasti akan mempercepatkan lagi perjalanan puluhan ribu pekerja kilang dan buruh awam sekitar taman perumahan ini yang bekerja sekitar Kawasan Perindustrian Pasir Gudang,” katanya.

Pengerusi Surau Taman Flora Height, Zainal Abidin Juraimi, 46, berkata pembinaan laluan pintas dari Taman Flora Height ke Taman Nusa Damai mampu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan laluan berkenaan yang kebetulan menjadi kawasan pembinaan beberapa pusat pengajian tinggi dan kolej swasta sekitar Bandar Baru Permas Jaya.

Katanya, laluan jalan pintas berkenaan kebetulan terlalu hampir dengan tapak kampus UiTM Pasir Gudang, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru, bangunan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) cawangan Pasir Gudang dan kampus Masterskill Johor Bahru.

“Kami yakin pertumbuhan ekonomi di taman ini akan menjadi semakin rancak dengan adanya jalan pintas kerana ia menjadi tumpuan ramai penduduk dan pekerja kilang untuk ke Kawasan Perindustrian Pasir Gudang,” katanya.

Ni satu lagi benda yang memang aku tak puas hati semenjak aku pindah ke Taman Scientex 2 tahun lepas....
rasanya orang MPPG tido lebih kot....ataupun buat2 tak nampak kalau jalan dari Kota Masai, Taman Cendana, Taman Scientex, Nusa Damai....madang sesak je pagi petang......
Kalau tak hujan OK lagi.....kalau hujan? alamatnya ramai yang masuk lambat pagi2.....

Buat sesuatu MPPG.....

p/s : Seb baik masuk keje kul 9......

Berita Harian Online | Johor: Naik taraf LPG mula tahun depan

Berita Harian Online | Johor: Naik taraf LPG mula tahun depan

Johor: Naik taraf LPG mula tahun depan
Oleh Kalam Hadi
bhnews@bharian.com.my
2010/11/29
PASIR GUDANG: Kerja menaik taraf serta membina enam lorong di Lebuhraya Pasir Gudang (LPG) dijangka bermula tahun depan dengan peruntukan sekitar RM150 juta diluluskan menerusi peruntukan Rancangan Malaysia ke-10 dan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk disiapkan.

Sehubungan itu, pengguna LPG diharap bersabar sementara menunggu keputusan dibuat bagi membolehkan lebuh raya berkenaan diperbaiki bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata LPG digunakan ketika ini sudah tidak mampu lagi menampung keperluan pengguna jalan raya yang meningkat dengan mendadak berikutan perkembangan pesat Pasir Gudang sejak beberapa tahun lalu.
Berikutan itu, katanya wajar LPG diperbesarkan serta dinaiktaraf kepada enam lorong bagi memberikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya berkenaan selain mengatasi masalah kesesakan yang kerap berlaku di situ.

Beliau berkata, pihaknya juga masih menunggu laluan kedua Permas Jaya ke Pasir Gudang melalui Taman Rinting siap sepenuhnya tahun depan bagi membolehkan laluan pintas digunakan sebagai satu daripada alternatif kepada kenderaan dari Bandar raya Johor Bahru ke Pasir Gudang tanpa menggunakan laluan biasa.

"Semua ini masih berada di dalam perancangan kerana antara isu utama menghantui penduduk sekitar Pasir Gudang ketika ini adalah masalah kesesakan LPG yang semakin ketara.".

"Kita tidak boleh lagi berharap sepenuhnya kepada LPG sedia ada dan perlu mencari alternatif lain termasuk mungkin menggunakan Lebuhraya Senai-Desaru bagi kenderaan berat. Ini juga mungkin boleh mengurangkan kesesakan jika keadaan amat memerlukan," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi, berkata pembangunan pesat kawasan Pasir Gudang serta pembukaan beberapa taman perumahan baru menyebabkan peningkatan jumlah penduduk terutama di Bandar Baru Seri Alam.

Menurutnya, pembukaan beberapa pusat pengajian tinggi serta kolej sekitar Pekan Masai dan Kong Kong juga menyebabkan keperluan terhadap sistem jalan raya lebih selesa amat diperlukan" katanya.

Sementara itu seorang pengguna tetap LPG, Syed Hassan Syed Alwi, 43, berharap pembinaan lebuh raya berkenaan daripada tiga lorong kepada enam lorong dapat dilaksanakan mengikut jadual kerana pengguna sudah terlalu lama menunggu untuk mendapatkan kemudahan lebih selesa untuk kegunaan mereka.

Menurutnya, beliau hampir setiap hari menggunakan LPG sudah tidak tahan lagi berhadapan dengan kesesakan walaupun berlaku kemalangan kecil di lorong bersebelahan.

Sehubungan itu beliau berharap Kerajaan Pusat memberi lebih keutamaan kepada usaha menaiktaraf LPG kerana Pasir Gudang adalah antara kawasan industri yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara di selatan tanah air.

Kereta ku....

Saja nak bercerita pasal kereta aku,,, memandangkan ada banyak problem lepas beli, dan memerlukan banyak kos untuk jadikan die ok balik.......baiklah aku share kat sini, so semua orang yang singgah masuk dalam blog ni dapatlah rujukan (yang mana boleh diambilla yer...) oleh mereka yang nak tau bagaimana susahnya maintain sebuah kereta..., huhu....

Baiklah,, sebagai intro, kat bawah adalah kereta aku,, Proton Iswara 1.3, JHB X8X6, keluaran 2003, kalau nak tau ni antara model iswara yang last sebelum iswara LMST (iswara special edition, warna silver), dan sebelum iswara LMSS (iswara kereta kebal/tin milo/etc),,

Front View
Ni bahagian depan.....

Back View
Ni pulak bahagian belakang....

Aku amik kereta ni awal Julai 2010, maknanya masa aku menaip post ni, kereta ni dah pun berusia 2 bulan di tangan aku...

Antara benda yang major, yang telah aku buat pada kereta aku ni, berdasarkan masalah adalah seperti berikut:

a. Distributor.....

Ni die distributor ke 3 yang dah masuk dalam kereta aku,,, memula punya distributor,, memang canggih...modified baik punya....sebab standard distributor tak tarik api dari bahagian lain, tapi distributor aku siap ada extra cable untuk provide api untuk plug... Kata mekanik aku, distributor modified macam kereta proton saga lama..... Masa beli tu aku dah perasan, cuma aku ingatkan standard......rupanya dah modified baik punya....
Seminggu je distributor tu aku pakai...lepas tu aku g tanya bengkel.... cuba mintak tukar....barulah kedai kereta tu bagi aku distributor recond.....
Distributor recond ni pulak....aku pakai sebulan lebih jer......sib baik die buat hal lepas raya.....simptom die, kete mati tiba2....tengah panaskan enjin ni,, alih2 terus diam jer.....
so aku pergila tanya bengkel lagi......test2 dengan distributor bengkel...die yang confirmkan distributor aku rosak.....
So,, conclusionnya...pakailah distributor ORIGINAL....memang berbaloi.....walaupun terpaksa bayar mahal... boleh dapat 2 distributor recond/kedai potong....tapi pada aku,,, baiklah pakai yang ori PROTON....sebab aku lebih confiden dengan kereta aku sekarang setelah pakai yang original......

Jom tengok distributor ori kat bawah....
Proton Iswara Original Distributor

Tengah2 adjust distributor tu, spark plug cable pulak rosak...so...tukar baru lagi......pun original jugak...
Proton Iswara Original Cable Plug

b. Voltage Stabilizer

Dah pasang distributor...aku decide pasang VS kat enjin bay kete aku....tujuannya senang jer...nak pastikan supply elektrik yang
constan ke semua bahagian enjin aku....
jom tengok gambar kat bawah....
Raizin VS

ni pasang kat tepi distributor
Dekat Distributor
ni plak pasang kat bahagian tepi air filter
Sebelah Air Filter
lepas tu ada sambung lagi ke firewall
Firewall
last sekali sambung ke bahagian kanan body
Right Body
-Actually aku dalam proses nak tambah lagi grounding point yang bersesuaian, body kiri, alternator, starter, etc etc....tapi tulah...nak carik kabel 4ga kat area pasir gudang ni punyalah payah.....belum lagi tanya pasal connector.....
kalau tak,, dah lama aku amik gambar...lepas tu letak kat sini....
Tengoklah..aku nak cuba carik kat melaka..kalau ada....bila dah ada...akan diuploadkan dalam blog ni...

c. Suspension

Biasalah kalau amik kereta second....yang tak berapa OK pun die akan kata OK..... bila aku tanya bengkel pasal absorber depan....die suggest suruh aku tukar....
so...ni la absorber aku.... Warna maroon lagi....APM Performax Gas Absorber, katanya keras, tapi sedap untuk menyerap hentakan......Walaupun aku tak berapa yakin dengan APM....sebab dah pernah terkena beli spring APM yang keras giler..... aku yakinkan jugak.....
Hasilnya...ni lah die kerja aku........dah beli,, pakai selama dekat sebulan....memang sedap.....
tak percaya...cubalah...ahaks.... ;)
Standard Front Spring With APM Performax Gas Absorber
Hmm....cuma tulah...bila depan dah pakai absorber keras...aku tekan2 die tak nak turun.....disebabkan aku taknak kalau ramai orang naik kat belakang kereta aku terdongak.... aku decide pasang Spring Heavy Duty kat bahagian belakang kereta aku..... masuk lah die spring Heavy Duty Nissan Sunny....
Rear Spring
Hasilnya,, sedap beb....bukan kata depan je..belakang pun ikut keras sekali walaupun pakai absorber standard.....

d. Lower Arm...

Masalah selepas masalah.....huhuh.... Kereta aku melayang pulak....masa baru2 beli...tak perasan sangat sebab aku tak bawak laju.....kereta baru dapatlah katakan..... :)
Tapi bila dah lama2....test kat highway E22,, melayang-layang pulak kereta aku ni.....
tengok punya tengok.....problem nye datang dari Lower ARM,, problemnya kanan jer....tapi alang2 nak tukar.......tukar kiri kanan......
Jom layan gambar....
Lower Arm

Dah...tu je kot buat masa ni....

ada lagi projek aku...antaranya aku nak tinted cermin, nak pasang spoiler bumbung dengan belakang.....sport rim,,, banyak lagi la.....
..tapi belum ada rezeki lagi nak buat,, kena mula menabung balik sebab account hampir kering selepas raya.....
besides, aku kena standby duit nak repair compressor memandangkan ada tanda2 nak kong.....
dah berbunyi2....tapi diam lepas aku tembak WD-40,, la ni tunggu je la kalau kong..alamat kopak lagi sebelah tangan....huhuhu......

Kesimpulannya, kalau nak compare antara kereta lama, kancil 850 dengan iswara ni,,, lagi baik kereta iswara ni kot....lebih selesa....nak bawak isteri, family selesa sangat kalau nak compare dengan kancil...besides spare part pun senang, dan maintenance pun lebih kurang je...

Harap2 takde apa yang KO lepas ni......hidup enjin, terus jalan...maintenance 3 bulan normally....
Hope so...

Hingga aku menaip kembali.....

Hikmah Melihat Orang Sedang Tidur

Nota dari Pak Ngah, Farid Ismet Emir.....

Original Post > here

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.

Lihatlah ibu anda, kulitnya mulai kendur dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh kita semasa bayi , kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang se tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai - Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, dan semuanya …. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tidak lagi membuka matanya untuk selama-lamanya ….. 



Pengorbanan Isteri Kepada Suami....

Hmm...copy paste dari fb....jom layan....

PENGORBANAN ISTERI PADA SUAMI..

Tahukah U, wahai suami? Laki bini ini... asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI…tahukah U apa yang isteri U ni selalu lakukan untuk U..?

KALA U tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 U buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah U yang isteri U ni sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek ” Ada duitkah suamiku?”

TAPI...Bila U ada duit, wah! wah! U siap boleh tanya lagi bini. Kau ” Ada duit ke?” sedangkan itukan kewajipan U untuk memberi isteri U nafkah?

Tahukah U, wahai suami, tiap2 malam isteri U ini akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus isteri U ni menjenguk suaminya di sebelah, dikucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan.

TAPI yang U beri hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah U, wahai suami, kalau U balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau U suka2 nak lepak ngan kawan2, bini U ni yang dirumah tak lena tidur, selagi U tak balik selagi tulah mata tak leh pejam.

TAPI yang U tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje…

Tahu tak U, wahai suami, setiap kali isteri ni menggosok baju U apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah “Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?”

Tapi U bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi…

Tahu tak U, wahai suami, isteri ni tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat “apa-apa”, hadiahkanlah isteri U ni sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkan lah dia, sebab sebenarnya, bini U ni, selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja…

Satu lagi, wahai suami, kalau U nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri U ni sebab itulah isteri U ni tahu U buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy…musti tahu punya….

Hargailah bini U ni, sebagaimana U hargai kereta U..

Suami yang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ...

Yang ikhlas,
Isteri U

Berapa punya sengalla TV3....

Hmm...baru je baca berita harian online.....

tak sangka dah macam nak sambut krismas plak iklan die.. lepas tu baru terhegeh-hegeh nak minta maaf dari orang ramai..

Kenapa tak dapatkan info dalaman dulu, orang tv3 ramai yang berpengalaman...takkan tak boleh nak bagi pendapat kat bos-bos dulu?

Ni mesti kes pakai consultant luar...takpun pakai designer luar... sebab nak lawan petronas punya ads kot..bila pakai, main ikut suka hati die jer......

Lain kali kaji dulu, jangan main redah jer....kata dah ada pengalaman 25tahun++, televisyen swasta pertama malaysia....takkan tak reti2 lagi kot nak bezakan krismas dengan raya aidilfitri kot.......

Jom tengok ape die iklan raya tv3 kat bawah skang....


Jom baca plak apa berita harian publish tentang iklan ni..

"TV3 tarik balik iklan Aidilfitri

2010/09/06

KUALA LUMPUR: TV3 menarik balik penyiaran iklan Aidilfitri yang disiarkan di stesen televisyen berkenaan selepas menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai.

Sehubungan itu, pihak TV3 memohon maaf kepada penonton yang tersinggung dengan penyiaran iklan berkenaan.
Tindakan ini diambil selepas mengambil kira maklum balas yang kami terima daripada penonton dan orang ramai. Kami menghargai maklum balas yang diterima itu.
Dalam hal yang sama, beberapa langkah sedang dan akan diambil untuk mengelak perkara yang sama berulang, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iklan berkenaan yang pertama kali di siarkan pada 3 September lalu ditarik balik serta-merta selepas menerima pelbagai reaksi melalui emel dan SMS daripada penonton.

Pihaknya turut berterima kasih kepada penonton yang sudi memberi maklum balas mengenai perkara berkenaan.
"

Sumber Asal : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TV3tarikbalikiklanAidilfitri/Article/

satu kisah mempromosi produk.....

Pengalaman mempromosi laman web rm20segera, dikongsikan oleh Mr Anarme Namso... :)



Ada satu reply yang sangat menarik perhatian.......jom baca kat bawah....

"no thanx....i got more than u expect...

jgn igt nk duit jek,kne pastikan halal haram k....

trime kasih la bnyak2 sbb org mcm awak ni hanya wat bgsa kte mundur dan tamak...=)

kejar akhirat...tu yg menjanjikan sglanya...insyaALLAH..."

Then reply die berbunyi seperti berikut....

"wah....thanks for the reply....


saya suka dengan ayat "trime kasih la bnyak2 sbb org mcm awak ni hanya wat bgsa kte mundur dan tamak...=)".


Nampak sangat awak terlalu takut nak maju, atau awak memang orang kaya yang tak perlu mencari duit lebih seperti saya dapat cukup2 makan ni. Keje saya mudah, saya tak tipu orang, saya tak makan duit orang, RM20 tu untuk mendaftar di laman web yang memberi peluang untuk menjana pendapatan sendiri. Plus, saya dah lebih 2 tahun bergiat di bidang ni, saya sendiri akan pastikan sumber buat tu halal ke haram sebelum saya promosikan kepada orang lain. Buat apa saya nak menanggung dosa orang, saya cuma berkongsi peluang dengan orang lain untuk menjana pendapatan, dan berkongsi pengetahuan, itu sahaja, tak lebih, tak kurang. Kalau orang tak berminat, tak perlulah provoke saya mengatakan yang kerja saya ni halal atau tidak, just say no, that's enough.


For your information, duit RM20 yang saya dapat tu pun bukannya boleh buat saya kaya, saya bukan tipu orang RM20000, tujuan saya melabur RM20 untuk program ni mudah, saya hendak menjana pendapatan sampingan untuk membantu family. Saya rasa benda tu pun dapat pahala, tak semestinya saya kejar dunia, saya kejar dunia untuk pastikan keluarga saya terjamin segalanya, supaya tak merempat menyusahkan orang lain yang mendatangkan lebih banyak dosa di kemudian hari. Memang pada awak nampak keduniaan, tapi saya berpegang pada satu konsep, tak siapa yang boleh mengubah nasib selain dari diri sendiri. Saya tak nak family saya susah, saya perlu berubah dan mencari peluang untuk menambah pendapatan dan pada saya, saya yakin bila masa saya dapat membawa keluarga saya ke tahap yang lebih baik, saya juga akan memperoleh balasan yang sebaiknya dari Allah, tidak kira di dunia ataupun di akhirat.


Terima kasih di atas balasan mesej saya ini, mungkin cara saya approach anda dengan program ini salah. Saya akan cuba promosikan program ini dengan cara yang lebih baik dan semoga dengan cara itu, saya beroleh lebih ramai lagi rakan-rakan yang berminat dalam bidang ini.


Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.


Diwajibkan,, tu memang ketetapan yang semua orang akan kejar akhirat, itu memang tujuan kita hidup di dunia, tetapi kita perlu ingat yang bila kita terlalu memikirkan akhirat, tanpa fikirkan dunia, kita terlupa yang kita sebenarnya tidak adil kepada diri kita sendiri. Kalau kita memikirkan akhirat tanpa fikirkan orang lain, tak perlulah pakai baju cantik, tak perlulah wang beribu, kekayaan melangit, tak perlulah siapkan diri cantik, pose cantik-cantik depan kamera, tu semua duniawi, malah mendatangkan dosa daripada pahala. Saya doakan kita semua beroleh keberkatan dariNYA, saya cuma berusaha, saya perlu ingat yang segala rezeki datang dariNYA, terpulang kepada cara saya mendapatkannya.
"


Menarik bukan...promosi bisnes pun sampai kena sekolah pasal dunia dan akhirat.....

The thing is kita hidup didunia ni memang untuk akhirat, kita kerja, carik duit pun untuk dunia yang bakal digunakan untuk akhirat..... renungkan...


Susahkan kalau tak cukup duit......




hmm.......

suka aku tengok benda2 sekeliling aku.....hari-hari kita dapat tengok orang yang perangainya ada macam2.... yang kaya..memang stylo, dengan kereta besar,, dengan baju yang cantik...dengan beg duit....macam2 benda lagi.... teringat masa haritu shopping ngn wife aku kat jusco.... punyalah lama ada minah tu tengok beg braun bufel yang harganya dekat Rm1K,,, kejap belek sebelah kiri...kejap lagi belek plak sebelah kanan.....
nasib die baik sebab dilahirkan dalam golongan orang yang berada.....

macam kita ni plak...kebanyakan rakyat malaysia....yang bila gaji...lepas tolak bil, tolak duit rumah, duit kereta....cantik2 je duitnya sampai tunggu gaji lagi sekali......terliur jer bila tengok orang lain shopping sakan......yelah...kadang-kadang dalam hati nak jugak kan pakai baju mahal...pakai beg duit mahal....kereta besar....semuanya nak.....paling takpun dapatla hidup senang,,,,taklah mengharap gaji 100%...kalau harap gaji pun.....pakai 50% ke..lepas tu leh simpan, or belanja......kan..?
so, kita sebagai golongan pertengahan ni mula lah kumpul duit....malang plak...baru je nak kumpul duit....harga minyak plak naik....lepas naik harga minyak,,,dah tentu la harga barang pun naik...ibarat aur dengan tebing...ahaks....so..memang tak dapat nak kumpul duit....asyik ngam-ngam jer......

nilah.....bila gaji dah tak cukup...mula fikir plan lain nak buat duit....
ada yang sampai keje part time....pagi keja office hour... malam sambung lagi kul 7 sampai tengah malam......memang best dapat 2 income...tapi badan terbarai tu....nanti keja betul pun ntah kemana...keja part time pun ke parit la gamaknyer....
option lain....buatlah bisnes internet.....tak susah....cukup dengan ada idea,, lepas tu ada kemahiran guna office...buatlah ebook sendiri...lepas tu jual.....rajin2 diri promosi....adalah orang yang akan beli e-book tu....
tapi kalau malas jugak nak buat e-book....cari ajerla bisnes internet yang mudah..... jual domain ke...jadi affiliate ke....jadi reseller ke....senang je kejenye...tinggal promosi produk tu melalui link jer....dah boleh ada income sendiri......

semuanya kita buat sebab nak selesaikan satu benda sahaja....
nak bebaskan diri dari masalah hutang....nak bebaskan diri dari masalah duit ngam-ngam sampai hujung bulan.......nak merasa ada duit lebih....nak merasa belanja anak bini setiap bulan....nak hidup tanpa beban.......

nilah luahan hati,,, suka hati korangla nak komen ke taknak...cuma nak bercerita tentang kesempitan yang membawa kepada kesungguhan untuk mencari pendapatan sampingan.....
yelah..nak mengharap naik gaji...susah sekali.....nak naik pangkat...pun belum lagi.....
kita buatlah bisnes kecik2 dulu.....

kalau anda ada bisnes, tapi tak tau macam mana nak terjemahkannya dalam bentuk online,,, jom belajar buat laman web sendiri...lepas tu dah boleh berniaga online....
semua tip percumanya akan anda dapat percuma...hanya daftar nama dengan email anda jer....

dan, kalau anda berminat nak jadi reseller, jom jadi reseller Rm20segera sekarang.......anda akan diberikan website replika...pastu tinggal promosi je website tersebut....
yang paling bestnya, untuk raya ni,, jom dapatkan download percuma dari saya, untuk sesiapa yang berminat dengan perniagaan internet....banyak tip, artikel, laporan ringkas...semuanya percuma untuk anda..! nak tau kat mana nak dapat? jom klik gambar kat bawah...

Nidji – Laskar Pelangi

-> kepada sesiapa yang suka lagu ni......nah lirik die...
pada aku cukup2 layan....simple....typical nidji punya style....
happy listening!

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa

reff:
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

repeat reff [2x]

Downline Level Kedua



Ada lagi berita baik...baik la kot...... ;)

Baru-baru ni, aku dapat lagi downline untuk level ke-dua pulak....Alhamdulillah, maknanya aku tau yang ada sorang team member pada level pertama yang bebetul faham tentang konsep auto MLM, dan boleh mempromosikan kepada downline die pulak.... Memang memenatkan, tapi bila dapat new signup tu..memang terasa best jer.....


Apa yang bestnye bisnes ni? Nak tau ke apa bisnesnye? Jom register nama dan email anda di http://www.emranosman.ws , dan anda akan diberikan teknik-teknik untuk berjaya dengan GDI dan Autoresponder, melalui sekolah online percuma....

try it out! baca email dengan tengok video jer.... ;)

Kisah Kurma



Dah lama tak posting, just nak share info dari rakan IM yang bagi link tentang Yusuf Taiyoob.


Posting taklah panjang..cuma saudara Hafizi kita bercerita tentang bagaimana Yusuf Taiyoob bermula dari bawah, berniaga macam-macam produk sebelum berjaya dengan kurma... Jom...baca kisah penuhnya di http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/kisah-menarik-jutawan-kurma-yusuf-taiyoob.html

MMC told to defer port consolidation

MMC told to defer port consolidation

The decision comes after requests from shippers and manufacturers operating in Pasir Gudang, Tampoi, Tebrau and the surrounding areas.


The Cabinet has asked the management of the Port of Tanjung Pelepas (PTP) and Johor Port to defer their consolidation plan, International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed said.

The decision was made in response to requests from shippers and manufacturers operating in Pasir Gudang, Tampoi, Tebrau and the surrounding areas.

Mustapa held a discussion with the shippers and manufacturers, who asked for container operations to remain at Johor Port instead of being shifted to PTP under the consolidation plan.

"They told me that their operation costs will drastically increase if they have to transport their goods all the way to and from PTP.


"I had recently conveyed their wishes to the Cabinet and it was decided that the status quo of the ports should remain as it is," Mustapa said after visiting port facilities at Tanjung Langsat, near Pasir Gudang, in Johor yesterday.

The port authorities and Johor branch of the Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), which led the protest against the consolidation plan, agreed in November last year to leave the final decision to the Cabinet.

The consensus was reached after a two-hour meeting between PTP and FMM Johor at the Johor Port office in Pasir Gudang.

Both PTP and Johor Port are owned by MMC Corp Bhd.

MMC has said that the consolidation is necessary as Johor Port is congested and operating at full capacity, with no room for expansion.

On his visit to Tanjung Langsat, Mustapa said rapid development in the area was drawing the interest of investors.

The area, which caters mostly for capital-intensive investments in manufacturing and oil and gas industries, has attracted 30 companies, with investments worth RM20 billion.

Read more: MMC told to defer port consolidation http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/holdpot-2/Article/#ixzz0w9VsHLEM

Second News

Questions for PTP as merger bid turned down

The failed rationalisation of the Port of Tanjung Pelepas and Johor Port may not affect the performance of MMC Corp much

The failed rationalisation of the Port of Tanjung Pelepas (PTP) and Johor Port may not affect the performance of MMC Corp Bhd much, but it does bring up the question of what will happen to PTP and its expansion plans.

Combined operations of the two ports contributed about 14 per cent of the group's revenue last year.

MMC Corp made a net profit of RM237 million on revenue of RM8.4 billion in the financial year ended December 31 2009.

"I doubt that any analyst has factored in the rationalisation of the two ports into MMC Corp's valuations. So it does not really affect the stock," said an analyst, who declined to be named.


According to OSK Research Sdn Bhd head of research Chris Eng, PTP has started dredging work for berths 13 and 14 as part of moves to increase the port's capacity. Currently, it has 12 container berths.

However, with only about 78 per cent of the capacity utilised and no added containers or shipping lines to be expected from Johor Port through the rationalisation, there does not seem to be a need for the expansion.

PTP is handling some 6.6 million boxes at present. It has a capacity of 8.5 million twenty-foot equivalent units (TEUs).

"They will have to hold back on expansion plans as there is still some spare capacity to work with now," Eng told Business Times last Friday.

He said that this could mean some capital expenditure in Johor Port instead, previously held back pending a decision on the rationalisation of the two ports to ease congestion.

"There are still a couple of bulk berths that can be converted into container berths (for expansion). There is a little bit of room to play for Johor Port," Eng said.

The announcement does not change his call on the parent of both ports, MMC Corp.

As Eng pointed out, the rationalisation was never factored in as he had anticipated the difficulty in consolidating the port operations.

MMC Corp owns 70 per cent of PTP and all of Johor Port. Ever since it bought over Johor Port in 2006, talk of rationalising MMC's port operations has been ongoing.

The plan had been to have PTP focus on containerised cargo, while Johor Port would handle bulk traffic.

It faced fierce opposition, however, from manufacturers who worried about higher transport costs.

Read more: Questions for PTP as merger bid turned down http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/pjp/Article/#ixzz0w9WGCtVy

Third News

Govt says no to PTP-Johor Port consolidation plan

PASIR GUDANG: The Government has decided not to approve a proposal by MMC Corp Bhd to consolidate and rationalise the operations of Port of Tanjung Pelepas (PTP) and Johor Port.

International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed said the decision was made after considering views and concerns from companies and industries operating here.

He said his ministry has held dialogues with companies and industries operating in Pasir Gudang to discuss the matter after the proposal made headlines.

“The companies have voiced their concerns that they will have to incur higher haulage costs if they were to use PTP instead of Johor Port,’’ said Mustapa.

He was speaking to reporters after a visit to the Pasir Gudang and Tanjung Langsat industrial areas and Tanjung Langsat Port yesterday.

Under the proposal, Johor Port’s container operations in Pasir Gudang will be moved to PTP in Gelang Patah, turning the former into a non-containerised port while the latter will focus on its forte of handling containerised cargo.

The proposal by MMC Corp to streamline operations at the two ports is to reduce cargo leakages to Singapore, which have been going on for many years due to better connectivity offered by Singapore ports.

Mustapa said apart from the higher transportation costs due to the distance between the two ports of about 90km, the stretch along the Pasir Gudang Highway to Perling Highway was also experiencing traffic woes.

Billionaire Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, who controls MMC Corp, has 100% equity in Johor Port and 70% interest in PTP and Senai Airport.


Read more: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/8/7/business/6815783&sec=business




Kesedaran Diri Yang Positif



Orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran yang lebih, mereka sentiasa mempamer dan mempraktikkan kesedaran diri yang positif. Mereka tahu dan kenal pasti siapakah diri mereka yang sebenarnya. Pada tahap dan taraf kehidupan manakah mereka berada ketika ini dan kemanakah haluan dan arah tujuan mereka.

Mereka juga sentiasa sedar betapa sedikitnya dan betapa ceteknya pengetahuan mereka tentang ilmu keduniaan dan akhirat. Mereka sentiasa berkeinginan untuk belajar menambah ilmu pengetahuan. Mereka juga sentiasa mengimbangi di antara dunia dan akhirat.

"Bekerjalah untuk (kehidupan) dunia kamu seperti kamu hidup selama-lamanya dan bekerjalah (amal ibadat dan kebaikan) seperti kamu akan mati esok hari".

- Hadis

Manakala orang yang bakal gagal adalah orang yang tidak sedar atau tidak mahu mengetahui keadaan disekelilingnya. Mereka juga tidak sensitive terhadap kehendak atau perasaan orang lain. Apa yang paling menyedihkan ialah mereka tidak sedar akan penglibatan diri sendiri terhadap kehidupan dan masa depan.

Mereka terdiri daripada golongan yang berfikiran sempit, dingin dan tertutup pemikiran mereka terhadap peluang baru yang terbuka luas di hadapan mata.

Mereke ini sentiasa berada dalam kerugian, keluhan dan penyesalan, Ini menunjukkan mereka tidak jujur pada diri sendiri.

Terima Kasih En Zainal dari FB -> http://www.facebook.com/profile.php?id=1554006655

Susah ke berniaga di internet?

Entahlah...rasa macam tak susah.....melainkan jika anda benar-benar tahu bagaimana nak mempromosikan produk di internet.

Petikan IM Malaysia, Saudara Hairil Nizam....

"Dalam kehidupan ini sering kita didedahkan dengan pelbagai cara berniaga
di internet. Dan ramai menjanjikan pulangan lumayan.
Saya sendiri dulu pernah terpengaruh dengan pelbagai skim cepat kaya
yang menjanjikan pulangan lumayan.

Namun setelah belajar,saya dapat sesuatu yang berharga. Berniaga di internet
sebenarnya tidak susah,tetapi kebanyakan kita menjadikannya susah.

Dalam perniagaan internet apa yang penting adalah promosi yang berterusan.

Antara teknik pemasaran yang paling saya gemari adalah teknik pemasaran email. Biasanya saya akan gabungkan teknik pemasaran email dengan teknik lain.
Sebab Irfan Khairi selalu berpesan untuk kita menggunakan pelbagai teknik pemasaran.


Jika benar-benar mahu berjaya di internet,saya sarankan anda belajar bagaimana mempromosikan produk secara berkesan.
Ya teknik pemasaran berkesan adalah kunci kejayaan di internet.

Antara teknik yang anda boleh cuba adalah


1) Pemasaran email

 Buat satu produk PERCUMA,contoh tips kewangan. Kemudian edarkan kepada orang ramai. Letakkan borang opt in. Jadi sesiapa berminat akan meletakkan nama dan email disitu. Dan apa yang perlu dilakukan adalah melakukan follow up dengan email.

**Kalau saya pulak...buat tutorial membina laman web yang mana ada banyak benda dan tips perniagaan dimasukkan....sila rujuk http://www.emranosman.ws untuk daftar...
manakala untuk daftar autoresponder untuk mulakan pemasaran email pula, saya cadangkan yang berbayar, tetapi anda boleh cuba secara percuma selama 30 hari...sila ke laman web ini....

2)Pemasaran Blog

Blog adalah satu senjata dalam perniagaan internet. Ramai dikalangan blogger berjaya di internet melakukan review produk. Produk akan lebih mudah dikenali di blog.


3)Pemasaran Facebook


Sejak akhir-akhir ini facebook sering jadi senjata dalam perniagaan internet. ramai mula menjana pendapatan di internet. Apa yang penting jangan gunakan teknik SPAM tapi cukuplah dengan mendedahkan diri kita kepada public.Contoh dengan memberikan tips,memberi komen yang bernas di post wall orang lain. Dengan ini kita akan lebih disenangi dan dipercayai.

i
ni belum sempat buat lagi.....tapi saya sendiri dah ada 2 akaun fb yang mana satu tu untuk personal.... http://www.facebook.com/mr.serindit , manakala ada satu lagi untuk bisnes..... http://www.facebook.com/narme.namso

Ini adalah contoh 3 teknik pemasaran yang boleh dicuba. Jangan putus asa.teruskan usaha untuk melakukan promosi. Sebabnya semakin banyak promosi maka semakin banyak pendedahan produk kita kepada umum.

Semoga tips ini memberi anda satu idea untuk mempromosikan produk."


Hmm....semoga anda memperoleh manfaat dari perkongsian ini....nanti ada masa akan di share lagi.....

Kebaikan Autoresponder....


Hmm...saya ambil sedikit informasi dari tuan ammar zahar
kita kerana dia menerangkan dengan baik mengenai
autoresponder dan kebaikannya untuk kita
pendapatan berterusan melalui internet.

"Saya faham, ramai yang merasa beban dan takut untuk
dapatkan autoresponder sebab harganya dan bayaran
tiap-tiap bulan.

Anda mungkin fikir..

"Alah, tak mampulah"

"Aku tak ada duit macam mana nak bayar autoresponder"

"Berniaga di internet pun terkial-kial lagi"

Itu semua pada saya hanya pandangan negatif
dari kita sendiri.. Cuba buang tanggapan tu
dan mula bersikap positif dan berani..

Dan jika nak ambil autoresponder, saya
cadangkan autoresponder yang saya sendiri
gunakan. Klik link dibawah untuk mendaftar..

https://www.trafficwave.net/cgi-bin/newmember/enrlform.cgi/richeremran/paid

Saya yakin kalau anda dah mendaftar dan berusaha
mengumpul email, anda takkan menyesal dan anda
akan berterima kasih kerana saya mencadangkan anda..
"

Bayangkan dengan adanya autoresponder, anda sebenarnya
memudahkan kerja anda untuk menyebarkan maklumat
kepada prospek baru yang ingin membeli dengan anda.

Dengan adanya pelanggan yang mendaftar dengan anda
dibawah kempen email yang anda sediakan, yang mana
dalam email kempen tersebut anda letakkan promosi supaya
pelanggan boleh membeli produk yang anda wakili,
ianya akan menjadi lebih mudah.

Bayangkan jika anda mempunyai 500 pelanggan sahaja
dalam mailing list, dan anda promosikan produk bernilai
RM30 setiap satu, jika seratus atas 200 orang yang membeli,
sudah tentu anda mampu menjana pendapatan
sebanyak RM3000 - RM6000, tolak kos? untuk autoresponder,
anda baru je bayar RM60 sebulan, sebenarnya anda boleh bayar
yuran autoresponder selama 50 bulan!

tambah baiknya, bila anda promosikan autoresponder pulak,
seperti trafficwave, anda boleh dapat komisyen bila ada
pelanggan anda yang berminat untuk menggunakan
autoresponder dan anda ajak dia register dibawah anda,

tengok, pendapatan 2 dalam satu kan? anda dapat duit dari
perniagaan affiliate melalui email kempen,
anda dapat jugak pendapatan hasil dari affiliate trafficwave pulak!

jom...register autoresponder trafficwave di

https://www.trafficwave.net/cgi-bin/newmember/enrlform.cgi/richeremran/paid

Petikan Blogmas..25 perkara yang suami tidak suka..Nice....

Memandangkan aku baru je lepas kawin....ahaks....ada tips yang hendak dikongsikan dari blog2 yang aku baru je baca jap tadi...tak dinafikan,, tak semua yang boleh digunakan....just untuk share jer...akan datang nanti aku edit post ni,, komen dari aku pulak.... ;)

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. ie. "hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la jika nak cakap.. malam nih kita masak sardine jer .. ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah.. sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu.. kita dah potong simpan …"

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak …. boleh singgah tak mana mana .. pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir … kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools! atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…"

10. Bercakap/bersembang/berforum group friendster dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber… ber…. ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. ".. oh baju-baju cantik tu jika untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar ke mana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. "sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul.."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi.. nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. ".. eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "… nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..lagi pun i nak jimatkan bil air bulan ni.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. ".. awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak … then today.. then tadi.. u tau tak… semalam u nak tau…. bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah … bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla… ini semua salah you. "

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…betina mana pulak awak nak nih…"

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. ".. eee u tau tak hubby i tu, malam-malam…"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. ".. apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor… i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. ".. you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali….."