Laman Web Baru dan Promosi Terbaru

Hmm....
agak lama sebenarnya tak update blog ini, 2 minggu rasanya,,

sebenarnya aku agak sibuk dengan laman web baru, yang mana dah selamat diubah dengan landing page, dan jugak tutorial membina laman web beserta autoresponder...

Pening sebenarnya, sebab aku redesign balik semua content, bahasa yang mana kurang cantik tu dah ubah supaya nampak lebih professional dan semua video aku download dan upload balik dalam youtube..

benda apa tu? laman web yang lama jugak..yang mana kalau sesiapa yang berminat untuk register domain .WS sendiri dan utilize domain tu untuk berniaga secara online, boleh la daftar untuk buat website...
nak buat website pun dah senang,,,dah ada tutorial untuk develop website.. nak guna autoresponder pun senang sebenarnya sebab dalam tutorial tu pun dah ada cara nak guna autoresponder..

dan tu lah sebenarnya kerja kedua aku,, belajar guna autoresponder untuk satu lagi website promotion aku..hehe...bagi orang Kamus free...

nak tengok apa hasil yang dah aku buat?

untuk tutorial pembinaan laman web, sila ke laman web http://www.emranosman.ws
untuk download kamus Internet Marketer percuma,, daftar di http://www.emranosman.ws/p/imdictionary/

dah cukup buat masa ni...aku nak balik rumah...nak layan 2 orang anak buah aku....
sorang setahun 6 bulan...yang sorang baru je 4 hari.....

pakngah nak balik jap lagi ye firdaus ngn faiz......

salam hormat semua..

Kata...

Kata  Dr Irfan Khairi, "Knowledge is Not Powerful", but "Applying The Knowledge Is Powerfull..!"

Motivasi Dari Dr Fazley

Hobi saya ialah mengadap internet, suka carik software baru untuk testing, suka cari information baru, suka cari lagu, suka cari artikel...macam-macam lagi,
Kat bawah ni saya nak kongsikan bersama-sama anda nota motivasi yang saya perolehi semasa browsing around....nak kongsi bersama2 anda....

Semoga dengan perkongsian ini, kita sama-sama dapat manfaat yang beterusan....



01- Hidup ini adalah warna-warna yang dilukiskan pada kanvas, walaupun tidak kelihatan cantik ia tetap mempunyai berjuta makna.

02- Kehidupan bukanlah kesenangan yang berterusan, tapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.

03- Prinsip kematangan hidup yang paling kuat terselindung disebalik pilihan-pilihan yang dibuat.

04- Tujuan saya dalam hidup ialah berpegang pada diri sendiri walau apapun yang berlaku, dan bukan mementangnya.

05- Takdir yang tertinggi seorang individu ialah untuk memberi khidmat daripada memberi arahan.

06- Ujian keberanian yang paling mencabar dalam hidup ialah bukan menghadapi kematian sebaliknya menilai kehidupan itu.

07- Keadaan anda sekarang bukan penentu arah mana yang anda boleh tuju tetapi menentukan dimana anda bermula.

08- Sikap tidak memaafkan merupakan racun yang kita minum sementara kita harapkan orang lain akan mati dengannya.

09- Sahabat yang paling setia kepada seseorang ialah sepuluh batang jarinya.

10- Kegembiraan bukanlah satu destinasi, tetapi merupakan satu kaedah kepada kehidupan.

11- Hormatilah pandangan orang lain jika kamu mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.

12- Bangkitlah dari kisah semalam. Jangan jadikan ia sebagai jalan perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan untuk menuju cita-cita yang lebih besar.

13- Manusia yang berjudi dengan kehidupan adalah manusia yang sering meletakkan posisinya dalam risiko yang tinggi. Begitulah juga sebaliknya bagi mereka yang membuat percaturan kehidupan.

14- Sembilan bulan sepuluh hari adalah waktu kita berada dalam rahim ibu, katahuilah tiada jalan ke syurga seandai keredaan ibu tiada diperolehi.

15- Pilihlah persahabatan itu berlandaskan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan atau kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua dan mati.

16- Apabila anda bermusafir atau mengembara ke negeri orang, jadikan gurau senda sebagai perkara yang menyenangkan hati, kerana ia menghilangkan kebosanan.

17- Orang yang berilmu sering diam dari berkata-kata yang tidak berfaedah sedangkan orang tidak berilmu sering berbicara tanpa fakta dan hanya menampakkan kebodohannya sendiri.

18- Manusia yang sering meletakkan kesalahan di bahu orang lain tanpa menyiasat atau meneliti. Manusia itu sebenarnya menjadi musuh dengan apa yang dia tidak ketahui.

19- Akal dan nafsu sering bersaing, jangan biarkan nafsu menunggang akal kelak binasa diri. Hendaklah akal menumpang nafsu supaya terpelihara dari perbuatan yang buruk.

20- Adakala kita perlu menjadi sombong kepada manusia yang sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. Kebenaran akan terserlah melalui kejujuran setiap tindakan.

21- Seorang lelaki yang budiman memelihara agamanya, maruah dirinya, kehormatan keluarganya dan menjadikan seorang wanita sebagai teman dan melindunginya dari segala ancaman.

22- Kita sering mengagung-agungkan orang lain dan bangga dengan apa yang ada pada mereka, pada hal kita mampu menjadi seperti itu kalau kita bergerak dari tempat kita banggakan sebelum ini.

23- Ilmu dan amal bagaikan jiwa yang bersatu, tercicir salah satu ibarat busur tanpa anak panah. Begitulah hubungan seorang ayah dan anaknya. Air dicincang tak akan putus.

24- Cinta itu bagaikan matahari tersembuyi di balik awan namun masih memberi cahaya. Begitu jugalah ilmu, tidak akan hilang selagi memberi pelajaran dan pengetahuan kepada orang lain.

25- Berbudi kepada tanah hasilnya lumayan, berbudi kepada tanahair jasanya dikenang. Berbudi kepada ibu-bapa tanda kasih seorang anak, berbudi kepada agama hanya Tuhan yang layak membalasnya.

26- Waktu perlu dijaga, andai tidak ia akan jauh dan sukar dikejar, penjelasan perlu menjelaskan apa yang tidak jelas. Waktu itu ia mungkin dijelaskan setelah kita memahami diri masing-masing.

27- Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri kehidupan.

28- Jangan memberi banyak alasan untuk menyelesaikan penangguhan matlamat anda.

29- Latih diri anda supaya berfikir positif dalam masa 7 hari berturut-turut, anda akan dapati suatu perubahan yang amat positif dalam cara berfikir.

30- Mendisiplinkan diri merupakan cara bagaimana anda boleh mematuhi undang-undang/peraturan-peraturan dunia atau pun akhirat.

31- Meletak sejuta usaha lebih baik daripada meletak sejuta angan-angan.

32- Kehiduapan bukanlah kesenangan yang berterusan, tetapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.

33- Prinsip kematangan hidup yang paling kuat terselindung disebalik pilihan-pilihan yang dibuat.

34- Kegagalan adalah permulaan bagi menimba pengalaman untuk berjaya. Bangkitlah dan jangan ulangi kesilapan yang sama, belajar untuk lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

35- Perasaan marah, tertekan atau sedih adalah apa yang anda beritahu kepada diri sendiri. kaji semula kemahuan anda. Kesempurnaan? Rasa anda tahu tentang segalanya? Ia mungkin puncanya.

36- Ikut kata hati pertama dalam membuat keputusan, kerana bisikan kata hati kedua kerap disulami keraguan dan kata hati ketiga pula terselit lafaz dari pujukan nafsu.

37- Ketawa melancarkan perjalanan darah, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan stress dan menggalakkan pengeluaran endorphins, bahan kimia semulajadi untuk awet muda.

38- Sifat malas akan menyebabkan kita suka menangguh kerja, melalaikan kita, membuat kita sering lupa membuat sesuatu dan membuat kita jauh ketinggalan dengan orang yang telah berjaya.

39- Rajin terbahagi kepada dua, rajin yang ikhlas dan rajin yang menunjuk-nunjuk. Uasha biarlah ikhlas untuk kebaikan diri dan bukannya untuk mempopularkan diri dengan kerajinan sementara.

40- Sering mengeluh? Keluhan itu sebenarnya menjadi benteng keberkesanandiri, seolah-olah telah kalah sebelum berjuang. Bersyukurlah kepada Allah kerana masih mampu hidup dimuka bumi ini.

41- Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda mencintai pekerjaan yang anda lakukan kejayaan akan menjadi milik anda.

42- Hampir 95% segala sesuatu yang anda fikirkan dan rasakan adalah kebiasaan dan otomatis ditentukan oleh perilaku-perilaku dan pengalaman-pengalaman di masa lalu.

43- Orang-orang yang sihat dan bahagia adalah mereka yang menghadapi kenyataan-kenyataan hidup mereka secara langsung. Namun tidak berharap hal itu berubah secara langsung.

44- Ramai orang yang boleh membeli jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai yang boleh menepati masa yang berharga.

45- Dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apa yang disuruh.

46- Kemahuan itu merupakan perkara penting, Ada bakat pun jika tiada kemahuan dan kesungguhan kita tidak boleh berjaya.

47- Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakkannya.

48- Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari berbagai alasan.

49- Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

50- Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.

51- Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

52- Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.

53- Manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal untuk merancang.

54- Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah sebelum berjuang.

55- Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya barulah pengalaman itu datang


Sumber dipetik dari : http://www.familiazam.com/dr_fazley.htm

10 Popular Firefox Add-ons for Web Developers

Ini adalah post saya yang ke 100!

Nak kongsi sikit je perkara, kepada mereka yang jadi web-based system developer, dan suka sangat gunakan firefox untuk testing method, ada benda menarik yang nak share...

Kalau anda semua nak tau, dengan firefox, ada banyak benda yang kita boleh install sebagai "Add-on" untuk firefox browser kita ni,, Dengan adanya firefox ni, kite boleh ubah macam2 benda dan setting untuk memastikan yang firefox kita ni sentiasa stabil dan berfungsi untuk membantu kita selain daripada fungsi asalnya sebagai browser, Add-on yang kita install sebenarnya boleh kita utilize sebagai alat untuk membantu kita membina sistem yang kita nak. Personally, untuk firefox yang saya gunakan, ada lebih dari sepuluh add-on yang kerjanya samada block script, block advertisement, check css, check javascript dan sampailah kepada benda suka-suka iaitu tukar warna tema firefox anda.

Berikut adalah 10 Add-On yang boleh anda gunakan untuk membantu anda sebagai seorang pembangun perisian berasaskan web...

1. Firebug

With Firebug, you can edit the CSS, HTML, and JavaScript on any web page live without navigating to a different application. Changes can be made and previewed in real-time. The add-on also comes with network activity analysis tools and a JavaScript performance profiler. Like the Firefox browser itself, Firebug can be extended with plug-ins that add new features.

2. Web Developer


The Web Developer add-on is the most powerful and dynamic extension in this list; it adds a toolbar that lets you do numerous useful things.
You can disable Java, disable or view cookies, disable CSS, view styles, see detailed information on forms, disable images, find broken images, view JavaScript, display all kinds of behind-the-scenes information, edit HTML, show hidden elements, resize the window to a specified resolution, validate code and much more.

3. ColorZilla

ColorZilla is a color picker that lives down in your browser’s status bar. Just click the ColorZilla button and move the cursor over the color you want to find out about; you’ll be given a reading that includes the color’s RGB values and the hexadecimal code you need to duplicate the color on your own site. ColorZilla also includes a color wheel, a page zoomer and a measuring tool.

4. HTML Validator

HTML Validator appears as an icon in the status bar, and displays the number of HTML errors Firefox encountered when opening up a web page. You can then dive into the HTML code to investigate what caused the errors.

5. FireFTP

FireFTP is an adequately featured FTP (File Transfer Protocol) client that runs inside Firefox. When you execute it, it appears as an extra window just like Firefox’s bookmark or download managers. Features aren’t just limited to the basics; you can perform integrity checks or searches, sync directories while navigating, compare directories and so on. This add-on should meet the needs of the majority of FTP users.

6. IE Tab

Microsoft’s Internet Explorer web browser is barely used by web developers, but it’s the most popular browser in the world at large. With IE Tab you can open any website in a tab that’s actually running IE instead of Firefox. That way, you can more easily make sure your website runs correctly for millions of people who aren’t using Firefox.

7. MeasureIt

With MeasureIt, you can draw a rectangular ruler anywhere on the website to get the measurements (height and width) in pixels of any element or space. Similar functionality is offered by ColorZilla, so running both add-ons at the same time would be redundant, but this plug-in is nevertheless hugely popular.

8. Greasemonkey

Greasemonkey allows more advanced customization of your browser by executing custom JavaScript scripts that change the way websites are displayed. Hundreds of scripts are available, and many of them are tailored to specific websites. For example, we’ve covered the Facebook Friends Checker script in the past; it monitors your friends list when you’re logged in to Facebook and notifies you when one has been removed.

9. View Source Chart

When you look at the source for a web page using Firefox’s normal tools, you’re given a massive block of barely-organized text; it’s not very easy to scan and look for something specific. View Source Chart displays a web page’s source code in a set of smartly divided, colored partitions. It visually represents tag boundaries and DOM structure so you can navigate efficiently without getting lost in the noise.

10. Aardvark

Use Aardvark to select elements on a website and perform any one of a broad selection of functions on them. You just click on an element and hit one of several keyboard shortcuts. Possibilities include hitting R to remove the element, W to widen it, I to isolate it or V to view the element’s source. Hitting H for “help” brings up a list of all 14 shortcuts.

Ada macam-macam lagi add-ons yang boleh anda gunakan untuk membantu anda,
Anda boleh cari di https://addons.mozilla.org, browse dan gunakan add-on memberi manfaat kepada anda...sebab ada juga add-ons yang takde guna, buat semak je... ;)

Teknik Pelaburan Strategik Cara Jutawan

Teknik in saya dapatkan melalui email yang dikirimkan oleh En Shamz(team BuatBisnes.biz)

Saya ingin berkongsi sedikit info mengenai teknik pelaburan cara jutawan yang baru sahaja dihantar kepada saya melalui email.

Email tersebut menyentuh mengenai tiga prinsip hebat yang selalu digunakan oleh jutawan untuk menambahkan lagi kekayaan mereka. Tekniknya berpunca dari satu aktiviti, iaitu dengan membuat simpanan secara bulanan.

1. Lebih cepat anda menyimpan, lebih banyak yang akan anda perolehi di waktu persaraan anda kelak
    • Kalau anda menyimpan lebih kurang RM100, bermula dari umur anda 25 tahun, anda sebenarnya berpeluang untuk mendapatkan jumlah simpanan kira-kira RM337,000 (berdasarkan kiraan faedah 8% setahun) semasa anda berumur 65 tahun?
    • Bayangkan anda bertangguh selama setahun, simpanan anda sebenarnya akan berkurangan sebanyak RM26,000?
    • Kalau anda tunggu lagi 5 tahun pula, anda akan kurang sebanyak RM100,000
    • Kalau anda tunggu 10 tahun, simpanan anda sebenarnya berkurangan sebanyak RM190,000
    • Inilah yang dikatakan keuntungan yang diperolehi berdasarkan pengiraan faedah kompaun, yang mana setiap tahun, faedah akan dikira berdasarkan jumlah simpanan anda termasuk faedah dari tahun-tahun sebelumnya. Pengiraan ini adalah sama dengan konsep pelaburan melalui ASB yang diperkenalkan kepada kita di Malaysia ini.
    • Oleh itu, sentiasa menyimpan kerana dengan simpanan yang tetap setiap bulan, sudah tentu anda akan mampu memiliki jumlah simpanan yang akan membuat anda tersenyum semasa bersara kelak.
    •  
      2. Tahun anda mula menyimpan adalah sama penting dengan jumlah anda menyimpan
        • Katakan A dan B yang sebaya menyimpan sebanyak RM4,000 setahun selama 15 tahun, si A mula menyimpan dari muda ketika berumur 20 tahun hingga berumur 35 tahun manakala si B mula menyimpan dari umur 50 hingga 65 tahun.
        • Tahukah anda, semasa masing-masing berumur 65 tahun, si A sebenarnya telah berjaya mendapat RM600,000 termasuk faedah berbanding si B yang hanya mendapat RM60,000 sahaja?
        • Oleh itu, untuk bahagian ke dua ini, anda hendaklah mula menyimpan dari muda kerana yang penting ialah BILA anda mula menyimpan, bukan banyak mana yang anda simpan kerana masa dari umur 35 tahun hingga 65 tahun amat menguntungkan dari sudut pengiraan faedah dan sebagainya.


        3. Berapa bahagian yang disimpan adalah lebih penting dari jumlah pendapatan anda
        • Anda sebenarnya tidak perlu mempunyai pendapatan yang besar untuk menjadi kaya. Cukup dengan pembahagian pendapatan secara bijak, dengan pendapatan di tahap pertengahan anda sebenarnya mampu untuk menyimpan lebih banyak dari orang yang berpendapatan lebih tinggi daripada anda.
        • Katakan jumlah pendapatan keluarga A adalah RM40,000 setahun, tetapi A berjaya menyimpan 15% dari jumlah pendapatan tersebut, ini bermakna A telah menyimpan sebanyak RM6,000 setahun.
        • Berbanding dengan B yang berpendapatan lebih tinggi dari A, katakanlah RM70,000 setahun, tetapi B hanya mampu menyimpan 6% dari jumlah pendapatan yang diperolehi, jumlah pendapatan yang disimpan hanyalah sebanyak RM4,200 setahun.
        • Apabila dikirakan selepas 25 tahun, apabila sebenarnya A telah berjaya menyimpan RM39,000 lebih dari B. Inilah yang dimaksudkan dengan menganalisis perbelanjaan dan bahagian yang disimpan secara bijak supaya anda mampu hidup dengan senang di kemudian hari kelak.

        Inilah dia teknik yang biasa digunakan oleh mereka yang ingin menambahkan lagi pendapatan supaya dapat hidup dengan lebih senang di kemudian hari kelak.

        Persoalannya, boleh ke kita ni nak menyimpan? Kalau anda berminat, anda sebenarnya boleh menjana pendapatan berterusan yang boleh membantu anda untuk menambahkan lagi pendapatan yang boleh digunakan sebagai simpanan. Bukan sahaja anda boleh membina website anda sendiri dan menerima 10 email akaun, anda berpeluang menjana pendapatan dengan menjemput rakan-rakan anda untuk menjana pendapatan bersama-sama anda.

        Lebih banyak anda mendapatkan prospek, lebih banyak pendapatan anda. Lebih banyak pendapatan anda, lebih banyak yang boleh anda simpan.

        Anda berminat untuk mengetahuinya? Sila ke halaman ini sekarang!

        p/s.  Saya ada membuat kira-kira mengenai artikel ini dan telahpun upload di mediafire. Kalau agak2 anda tak percaya dengan apa yang saya cerita kan....apa kata anda tengok sendiri fail tersebut, mungkin selepas itu barulah anda percaya apa yang saya katakan di atas.

        Sila download di sini

        Selamat Ulangtahun Ibu!

        Semalam merupakan hari ulang tahun Bondaku, Puan Rabiyah binti Mat yang ke 53 tahun...


        Terima kasih kepada bondaku yang tak putus-putus menasihati diri ini yang selalu lalai dan leka dalam menjalani kehidupan ini terutama sekali dalam bab mencari jodoh. :) Ya ibu, anakmu ini akan sentiasa mendapatkan pandangan yang terbaik dariMu.

        Semoga Allah sentiasa melindungi dirinya dan memberinya kesihatan dan keberkatan dalam mengharungi cabaran mendatang....

        Saya sayang ibu saya... :)

        Nice Wording 3

        Nice wording which I get from email that I subscribed...

        "I suspect that there is no other single profession that
        does more to contribute to our annoying linguistic
        convolutions than advertising, unless it's politics."

        Jef Richards
        _________________________

        "Markets are constantly in a state of uncertainty and flux
        and money is make by discounting the obvious and betting on
        the unexpected."

        George Soros
        _________________________

        Customers don't always know what they want. The decline in
        coffee-drinking was due to the fact that most of the coffee
        people bought was stale and they weren't enjoying it. Once
        they tasted ours and experienced what we call "the third
        place".. a gathering place between home and work where they
        were treated with respect.. they found we were filling a
        need they didn't know they had.

        Howard Schultz
        _________________________

        Elakkan diri dari berfikiran negatif

        Saya tertarik dengan posting yang dikirimkan oleh saudara Aqif melalui e-mail,

        Memang betul, kita selalu je akan sampai ke satu tahap yang mana kita was-was, tak pasti dengan apa yang berlaku pada kita, masa tu kita mesti akan terfikir, "Boleh ke tak aku buat ni?","Kalau aku buat ni boleh untung ke?", macam-macam lagi la....

        Kalau nak ditafsirkan posting yang dikongsi ini, memang kita perlu untuk mengubah fikiran negatif kepada positif supaya kita boleh menghadapi apa jua cabaran yang bakal melanda. Bila kita sentiasa berfikiran positif, dah tentu ianya akan meningkatkan lagi motivasi kita, dan secara automatik kita dapat menyelesaikan apa je masalah dengan cepat dan pantas.

        Baiklah, untuk elakkan diri dari berfikiran negatif, ada 3 perkara yang nak saya ulas dari posting saudara Aqif.

        "1. Meneliti Pergaulan Individu dan Berkumpulan"

        - hmm......rasanya kalau tak silap, bijak pandai pernah bercakap, kalau kita nak berjaya, maka kita hendaklah bercampur dengan orang yang berjaya. Kan dah kena tu, sebabnya orang yang berjaya ni fikiran mereka selalunya positif, tak pernah la dengar diorang ni merungut ke, bermuram durja ke.. semuanya akan mereka selesaikan sebaik mungkin. Kalau ada problem pun, mesti mereka akan sentiasa mencuba, cari jalan untuk selesaikan problem tu sebaik mungkin. Bila kita bercampur dengan mereka ini, secara automatik kita pun akan sentiasa berfikiran positif, dan kalau kita ada masalah, nescaya mereka ni akan cuba untuk membantu kita.

        "2. Mewujudkan Persekitaran Positif"

        - takkan tak tau kot,, bila kita sentiasa dikelilingi oleh benda-benda yang meningkatkan motivasi diri, secara tidak langsung kita akan meninggalkan fikiran negatif jauh-jauh. Sentiasa mengamalkan aktiviti yang menyihatkan minda dan tubuh badan, dan bagi yang beragama Islam, sentiasalah solat kerana dengan solat tu hati akan menjadi tenang, dan semua masalah boleh diselesaikan dengan cepat. Kalau malas pun, dengar je bacaan surah-surah dari PC anda, paling tak pun hati yang kusut tu mesti akan tenang je. :)
        Cara lain pulak, kat internet ni kan banyak artikel mengenai motivasi, apa kata anda baca dan hayati setiap artikel tersebut untuk sentiasa pastikan fikiran anda sentiasa positif.

        "3. Menggunakan Ayat-ayat Positif"

        - baca tajuk pun dah tau kan.. Kalau ada perkara negatif yang terlintas di fikiran, cepat-cepat ubah ayat tersebut kepada perkara positif. Ayat-ayat seperti "Tak rugi ke?", "Aku tak yakin sangat la", hendaklah diubah kepada "Boleh untung la kalau kena dengan strategi yang betul..", "Kalau aku betul-betul study ni, mesti aku boleh buat"..
        Setkan dalam minda anda supaya sentiasa berfikiran positif, luahkan dengan kata-kata, diikuti dengan perbuatan, lepas tu takde maknanye anda nak fikri negatif lepas ni.

        Cukuplah takat ni kot,, thanks kepada saudara aqif, saya tukang explain dengan cara saya sendiri jer.

        Ada banyak lagi rasanya tip-tip yang boleh digunakan. Nantilah kalau ada akan di paparkan lagi di sini.

        Nak balik.. Layan anak buah kat rumah...

        Dua hari yang memenatkan

        Salam,,
        kali ni posting taip sendiri, dah banyak sangat paste artikel orang lain, kali ni aku nak bercerita tentang kerja yang memeningkan kepala otak aku...huhu...

        Dua hari lepas, kerja aku kat office adalah configure dan upload content dan database untuk 2 cawangan syarikat aku bekerja. Jauh-jauh pulak tu, satu kat Thailand, satu lagi kat Vietnam.

        Dedua website buat guna benda yang sama, yang beza die punya warna tema je. Untuk vietnam warna merah, yang satu lagi, thailand, guna warna gold.

        Yang buat aku pening, memula sekali aku upload website tu, guna Joomla version 1.5.14,,
        memang OK, cantik je website tu, cuma masa develop internally guna version 1.5.9,, dah la jadi conflict bila upload final design ke web hosting untuk thailand dengan branches. Dua hari ni aku dok pening configure 2 website ni la...nak buat kerja lain pun dah tak boleh.

        Solution
        Penyelesaiannya ada 2, dedua tu kerja gila sebenarnya. Tuhan je yang tau macam mane peningnya aku nak settlekan.

        Yang pertama tu, aku uninstall Joomla 1.5.14, Install version 1.5.9 lepas tu upload content dari HQ ke sana satu persatu...

        Yang kedua pulak, aku buat dua kerja sebenarnya, configure 1.5.9, tapi server tu tak compatible, uninstall balik version tu, cari Joomla version 1.5.15 (yang paling latest), install dan baru je aku sudahkan upload semua content untuk website ni.

        So sekarang ni ada dua configuration untuk dedua server ni, satu guna joomla 1.5.9, satu lagi guna version 1.5.15,
        memang kurang cantik configuration die, cuma aku kena pastikan dedua website tu OK, running smoothly untuk orang lain view.

        Nak tengok website tu? Klik la link kat bawah, cuma perlu diingatkan, aku tukang upload je, design ada sorang lagi buat. Yang aku upload tu pun sebenarnya masih perlu dikemaskini, biarlah tukang buat tu yang update sebab die yang faham design web tersebut.

        Memang aku pun boleh buat design web, cuma untuk projek ni die yang dapat, aku jadi tukang manage server je.

        Vietnam Branch
        Thailand Branch
        HQ

        Untuk development, gunakanlah joomla yang support CMS (content management system), yang mana link untuk download joomla boleh anda dapatkan di sini

        Kepada mereka yang berminat untuk develop website, bolehla tinggalkan komen anda. InsyaALLAH saya akan hubungi anda dan kita boleh berbincang yang mana patut.

        That's it for the moment. Aku nak sambung develop sistem aku pulak. Dah seminggu pending!

        Artikel - M L M dan Internet! Boleh ke?

        Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM Anda?

        Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan perniagaan MLM anda melalui Internet, namun saya dapat simpulkan yang tujuan UTAMA anda menggunakan Internet ialah:

        1. Untuk membina persahabatan dengan propek, bakal pelanggan dan juga rakan niaga anda.

        Ramai yang terlupa untuk memberi perhatian kepada perkara ini kerana mereka inginkan kejayaan dalam masa yang singkat.

        Saya harap, anda tidak begitu.

        Gunakan kelemahan ini sebagai kekuatan anda - iaitu dengan menambah lebih ramai kenalan dan mengenali mereka dengan lebih rapat. Pada masa yang sama, biarlah mereka mengenali anda juga.

        Mengapa? Ianya lebih mudah berurus niaga dengan orang yang anda kenali daripada orang yang anda tidak kenali langsung.


        2. Untuk mencari prospek dengan cara yang lebih mudah dan lebih pantas.

        Jika anda ingin perniagaan MLM anda berkembang, anda perlu mencari ramai rakan niaga yang sanggup membina perniagaan ini bersama anda. Masalahnya, terlalu ramai yang ingin melakukannya tetapi kekurangan masa untuk keluar dan bertemu prospek. Bukan setakat itu sahaja, untuk mencari prospek pun susah jika anda terlalu sibuk dan tak dapat keluar dari rumah.

        Cara terpantas ialah dengan mencari prospek ini di Internet. Dengan sebuah komputer yang mempunyai talian Internet, anda bakal menemui beribu-ribu
        prospek yang mungkin akan manyertai perniagaan anda sekarang atau pada masa akan datang.

        Jika mereka ingin menyertai anda sekarang, bagus! Jika mereka belum bersedia, teruskan membina ikatan dan persahabatan yang baik antara anda dan bakal rakan niaga anda.

        Selebihnya, anda boleh gunakan internet untuk tujuan latihan dan perbincangan ataupun memberikan maklumat berkenaan perniagaan anda. Tetapi, saya
        memang sarankan anda memberikan keutamaan kepada dua perkara di atas terlebih dahulu, dan biarkan upline dan kumpulan anda melatih kumpulan baru anda.

        Diharapkan pengenalan kepada topik ini dapat membuka minda anda untuk mula melihat internet sebagai salah satu alat untuk memperkembangkan
        perniagaan MLM anda.

        Sebarang komen amat dialu-alukan.

        ikhlas,

        Zamri Nanyan
        Zamri Nanyan
        http://www.RahsiaMLM.com

        ================================================
        Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan
        Tom "Big Al" Schreiter dengan terbitnya ebook
        hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama
        kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
        diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan
        ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
        ================================================

        Selain itu, sekiranya anda berminat dengan bisnes MLM dengan
        harga yang murah, membolehkan anda belajar banyak perkara tentang dunia
        internet, belajar mempromosikan bisnes anda dan yang penting sekali
        menjana pendapatan BERTERUSAN setiap bulan, apa kata anda KLIK link ini
        dan tonton video yang boleh anda gunakan sebagai panduan untuk
        menjana pendapatan dari teknik ini!

        Artikel - M L M memang skim piramid (bahagian II)?

        Rupanya ada bahagian ke-2 dari artikel saudara Zamri ni, jom baca artikel sambungan yang disediakan khas untuk anda:

        Kalau rasa-rasa anda tertinggal bahagian satu, sila klik di sini untuk membaca bahagian pertama, kalau tak pasti anda akan confuse dengan cerita di post ini.

        Saya tertarik dengan komen seorang pelanggan majalah elektronik (ezine) Rahsia MLM mengenai sebuah artikel ringkas yang saya tulis sebelum ini.

        Artikel tersebut bertajuk "MLM Memang Skim Piramid?" dan komen beliau berbunyi begini:

        "Sistem Pentadbiran sesebuah negara atau organisasi tidak sama dengan sistem perniagaan MLM. Sistem pentadbiran negara disahkan oleh perlembagaan dan sistem pentadbiran organisasi disahkan oleh akta. Sistem perniagaan MLM yang berbentuk Piramid disahkan oleh siapa? Adakah jaminan bahawa orang yang paling bawah sekali dalam sistem Piramid MLM itu akan dapat pulangan yang setimpal, sebab dia orang yang paling bawah dan tak ada orang lagi dibawahnya?"

        Baiklah, biar saya terangkan sedikit apa yang saya tahu:

        Soalan 1:

        "Sistem perniagaan MLM yang berbentuk Piramid disahkan oleh siapa?"

        Jawapan 1:

        Sistem perniagaan MLM adalah disahkan oleh "Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna" dan lesennya diberikan sebagai lesen jualan langsung - walaupun MLM tak semestinya beroperasi 100% seperti syarikat jualan langsung (rujuk laporan ringkas saya yang bertajuk "Anda Sudah Silap"). Walaubagaimanapun, jangan keliru dengan MLM dan skim piramid yang menjadikan Pak Man Telo "selebriti" satu ketika dahulu. Dan juga, jika anda terlibat di dalam MLM Internet, tiada sebarang peraturan yang ketara untuk menyatakan yang ianya sah ataupun tidak. Terpulang kepada anda untuk membuat penilaian. Contohnya, plan pampasan berbentuk binari di Malaysia adalah tidak dibenarkan tetapi ianya sah di Amerika dan negara-negara lain (begitu juga di Internet).

        Soalan 2:

        "Adakah jaminan bahawa orang yang paling bawah sekali dalam sistem Piramid MLM itu akan dapat pulangan yang setimpal, sebab dia orang yang paling bawah dan tak ada orang lagi dibawahnya?"

        Jawapan 2:

        Selalunya, syarikat MLM yang sah ada memberikan jaminan wang pulangan kembali kepada pembeli yang tidak puas hati dengan produk yang digunakan untuk satu tempoh tertentu. Tetapi, untuk sebarang perniagaan, sesuatu jaminan yang anda akan berjaya ialah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan tersebut. Saya rasa, itu adalah jawapan yang terbaik namun begitu masih ramai yang berpendapat golongan di bawah tidak akan mendapat satu sen pun melalui MLM mereka. Memang benar... ramai yang tidak akan mendapat walau satu sen pun, tetapi perlu diingatkan juga yang ada pengedar yang baru beberapa bulan menyertai sesebuah MLM mendapat pulangan yang lumayan berbanding pengedar lain yang sudah bertahun-tahun menyertai MLM tersebut. Kalau diikutkan, pengedar baru ini adalah yang di bawah sekali di dalam kumpulan pengedar MLM tersebut dan beliau tidak sepatutnya mendapat apa-apa kerana orang di bawah selalunya tidak mendapat sebarang pulangan. Rahsianya adalah dengan menaja dan membina jaringan pengedar dan pembeli barangan yang baru (dalam erti kata lain - berusaha dan mengikuti sistem yang diajarkan oleh syarikat MLM beliau). Belajar dan terus mencuba.

        Tetapi perlu juga diingatkan yang setiap pengedar barangan MLM sesebuah syarikat perlu menilai mengapa beliau menyertai MLM tersebut. Jika anda sudah membaca "Mailbox Money" atau "Wang Dari Peti Surat" yang saya alih bahasa itu, anda akan tahu yang salah satu syarat untuk berjaya di dalam sesebuah MLM itu ialah produknya...anda perlu merasa senang untuk membeli dan menggunakan produk tersebut walaupun tiada plan pampasan diberikan kepada anda. Selepas itu barulah anda syorkan kepada orang lain untuk menyertai anda. Beritahu mereka syarat ini juga sekiranya mereka ingin berjaya di dalam perniagaan ini. Jika ini yang anda lakukan, anda tidak akan berasa bersalah jika pengedar anda merungut kerana mereka sudah mendapat produk yang benar-benar mereka suka dan gunakan. Sayangnya, terlalu banyak yang menjaja MLM sebagai sebuah peluang untuk menjadi kaya sahaja, dan tanggapan ini patut dihapuskan.

        Saya harap penerangan saya yang tidak seberapa ini dapat membuka mata dan memberi maklumat yang berguna kepada yang memerlukannya.

        Sebarang komen amat dialu-alukan.

        ikhlas,

        Zamri Nanyan
        http://www.RahsiaMLM.com

        ================================================
        Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan
        Tom "Big Al" Schreiter dengan terbitnya ebook
        hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama
        kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
        diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan
        ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
        ================================================

        Selain itu, sekiranya anda berminat dengan bisnes MLM dengan
        harga yang murah, membolehkan anda belajar banyak perkara tentang dunia
        internet, belajar mempromosikan bisnes anda dan yang penting sekali
        menjana pendapatan BERTERUSAN setiap bulan, apa kata anda KLIK link ini
        dan tonton video yang boleh anda gunakan sebagai panduan untuk
        menjana pendapatan dari teknik ini!

        Belajar Free..

        Kalau anda berminat untuk belajar bagaimana untuk jadi affiliate secara percuma, tak payah nak attend kelas, semuanya secara online, apa kata anda pergi ke laman web yang disediakan oleh saudara Amin,



        kursus ini akan mendedahkan anda kepada :-

        • Konsep ___________ Buat Duit Dengan Affiliate
        • Bagaimana untuk membuat persediaan Cabaran Affiliate?
        • Kaedah mencari pasaran khusus (niche) yang paling menguntungkan
        • Rahsia membina kekuatan dan mengatasi pesaing affiliate yang lain
        • Ketahui cara mendapatkan Trafik secara PERCUMA dengan mudah tapi berkesan
        • Teknik white hat mencuri emel dari prospek orang lain
        • Dan banyak lagi rahsia dan teknik untuk anda membina kerjaya dengan melalui model perrniagan affiliate
        Tu...semua benda yang berkaitan dengan affiliate akan didedahkan kepada anda. Bukan kena bayar, percuma je ni. Yang paling best, semuanya menggunakan bahasa Melayu, lagi senang untuk bakal affiliate untuk belajar..

        Jom kita ramai-ramai daftar ke laman web saudara aminbeb. Klik button dibawah.


        Enam Strategi Untuk Menjadi Seorang Affiliate Berjaya

        Pemasaran affiliate adalah cara paling mudah untuk seorang usahawan internet menjana pendapatan. Kerjanya senang; promosikan barang/servis, anda akan mendapat komisyen. Seorang affiliate memasarkan produk untuk mendapatkan sebahagian daripada hasil jualan yang berjaya dilakukan.

        Seseorang yang berkemahiran tunggi dalam bidang pemasaran affiliate ini selalunya akan berjaya mendapatkan pendapatan yang tinggi setiap bulan. Ada yang mencecah sehingga lima angka, empat angka malah lebih dari itu. Yang menariknya, hanya lebih kurang 1-5% sahaja dari usahawan internet yang berjaya ke tahap itu. Mereka ini biasanya dikenali sebagai “super” affiliate. Di Malaysia, sebenarnya telah ramai yang telah mencapai status “Super” affiliate seperti saudara Zamri Nanyan, Razif Yusof, dan ramai lagi yang boleh anda cari di internet.

        Persoalannya, bagaimana mereka ini semuanya berjaya dan boleh digelar “Super” affiliate? Biasanya mereka ini mempunyai taktik yang tersendiri yang diamalkan dan berjaya menarik ramai prospek untuk membeli sesuatu produk yang dipasarkan. Tidak susah sebenarnya untuk mengetahui taktik tersebut, tetapi untuk mengamalkannya kita memerlukan pengorbanan yang amat tinggi tidak kira dari segi masa, fokus, malah dari sudut kewangan juga. Selain dari semua itu, kita juga perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut:
        • Ketepatan
        • Kesabaran
        • Pengetahuan yang tinggi mengenai produk yang dipasarkan

        Apabila anda mempunyai ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, dan mengamalkan strategi di bawah, sudah tentu anda juga mampu berjaya dan akhirnya anda juga boleh digelar “super” affiliate yang mampu menjana pendapatan sehingga lima angka atau lebih setiap bulan.

        1. Boleh mencari Niche yang unik
        a. Kebanyakan usahawan internet biasanya berfikir yang menggunakan niche sedia ada boleh membuatkan mereka berjaya berbanding dengan penggunaan niche yang unik. Dengan niche yang unik, fokus kepada niche tersebut, promosikan ia, dan biasanya anda akan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

        2. Pemasaran
        a. Setelah anda mendapatkan niche yang unik, anda hendaklah mempromosikan ia menggunakan kaedah yang tepat. Ramai affiliate suka menggunakan promosi pay-per-click melalui Google Ad-Sense dan sebagainya. Akan tetapi promosi sebegini memerlukan kos yang tinggi dan anda harus tahu bagaimana untuk menggunakan setiap fungsi yang disediakan kepada anda. Jika anda tidak mahu menggunakan kempen pay-per-click, terdapat banyak elemen pemasaran percuma yang boleh anda gunakan seperti pemasaran melalui blog, forum, laman web sosial dan banyak lagi.

        3. Tahu produk anda, tahu prospek anda
        a. Sediakan satu sumber yang mana anda boleh berkongsi apa sahaja yang anda tahu mengenai produk yang hendak dipasarkan. Anda perlu mengambil sedikit masa untuk melakukan kajian yang mana dengan setiap informasi yang anda perolehi dan kongsikan kepada audien anda akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai usahawan internet. Apabila anda sudah ada kredibiliti, maknanya orang akan mempercayai anda yang mana ia akan memudahkan anda menjual sesuatu produk yang ingin dipasarkan kepada mereka.

        4. Jangan Fokus kepada satu-satu produk sahaja
        a. Anda hendaklah mempromosikan produk dari pelbagai sumber. Dengan kaedah ini, sekiranya anda mempunyai masalah pembayaran dengan satu pemilik, ia tidak akan mengganggu keseluruhan bisnes anda. Sentiasa pastikan perjanjian yang dipersetujui dibaca dengan teliti supaya anda tidak rugi kemudian hari. Anda tidak perlu takut, anda boleh mempromosikan produk yang mempunyai niche yang sama, walaupun pemiliknya berbeza.

        5. Sentiasa mempunyai pengetahuan dan melakukan pembaharuan
        a. Sekiranya anda benar-benar mengetahui alam internet tidak semestinya sama untuk selama-lamanya. Setiap hari ada sahaja benda yang berubah. Sama juga dengan teknik pemasaran produk anda. Anda hendaklah sentiasa melakukan kajian mengenai trend pengguna internet semasa supaya anda tidak ketinggalan dalam mempromosikan produk anda.

        6. Jangan mudah mengalah
        a. Memang benar, untuk setiap perniagaan, tidak kira secara online, atau offline, ada sahaja cabaran akan melanda kita yang mana ianya menyebabkan ramai usahawan mengalah pada saat awal pembabitan mereka. Sebagai seorang usahawan internet, anda hendaklah sentiasa memeriksa trafik ke produk anda yang mana dengan statistik tersebut, anda boleh tahu apa teknik yang berkesan, apa yang kurang berkesan. Sentiasa perbaiki teknik yang kurang berkesan yang sentiasa lakukan perubahan sekiranya perlu. Sentiasa promosikan produk anda dan sentiasa bersabar, lama kelamaan pengguna akan datang kepada anda dan membeli produk yang anda pasarkan.

        Apa yang perlu anda ingat, untuk berjaya dalam bidang pemasaran internet, ia tidak berlaku dalam sekelip mata. Cuba tanya “Super” affiliate tempatan yang dinyatakan di atas, mereka telahpun berkecimpung dalam bidang ini selama bertahun-tahun sebelum berjaya ke tahap yang diingini. Dengan mengamalkan ciri-ciri yang dinyatakan diatas, ketepatan maklumat, kesabaran dan pengetahuan yang tinggi, diikuti dengan enam langkah yang dinyatakan diatas, anda sebenarnya dalam perjalanan menjadi seorang “Super” affiliate.

        ---------------------------------------------------------
        Ketahui bagaimana anda juga boleh menjana pendapatan berterusan dengan menjadi seorang affiliate yang menjual servis pendaftaran nama domain? Bisnes yang bukan sahaja untuk pasaran tempatan, malah anda juga boleh menembusi pasaran antarabangsa dengan sistem pemasaran yang cukup lengkap! Apa kata anda tonton video yang disediakan di halaman web berkenaan.
        Klik untuk lebih info!
        ---------------------------------------------------------

        Artikel - M L M memang skim piramid?

        Aku dah lama follow saudara Zamri Nanyan, bukan setakat dia sahaja,
        ramai lagi top Internet Marketer yang selalu aku follow yang mana mereka
        ini bukan saja buat duit dari internet, tapi mereka sebenarnya bermurah hati
        (murah hati ada makna tu) untuk berkongsi artikel yang amat menarik,
        contohnya kalau kita tengok ramai orang selalu keliru dengan MLM, selalu
        cakap MLM ni sistem cepat kaya, cara nak untung cepat, dan macam-macam
        lagi. Hmm,, apa kata anda baca artikel yang saudara Zamri kongsikan bersama kita.
        Mungkin dengan artikel ini, ianya dapat mengubah persepsi anda tentang MLM.

        Memang perbincangan skim piramid dan M L M bagai tidak dapat dipisahkan...
        perdebatan ini tidak akan berakhir walaupun ianya telah bertahun dibahaskan.

        Saya juga tak merasakan yang topik ini akan kurang diperkatakan di
        masa akan datang. Kalau tak percaya, simpan e-mel ini dan baca sekali
        lagi 2 atau 3 tahun akan datang, dan lihatlah di pelbagai forum yang
        membincangkan perniagaan sebegini.

        Jadi, betulkan M L M itu ialah sebuah skim piramid?

        Sebelum saya jawab soalan ini, biar saya berikan 3 senario di bawah:

        1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang presiden atau perdana menteri, diikuti
        oleh beberapa menteri... dan wakil-wakil rakyat lain, ketua daerah dan sebagainya.

        Cuba perhatikan...

        Adakah jumlah perdana menteri lebih ramai dari menteri? Bagaimana pula
        jumlah menteri berbanding wakil rakyat... dan jumlah... anda tahu
        selebihnya bukan?

        2. Sebuah syarikat mempunyai seorang CEO atau presiden, diikuti dengan
        naib presiden, direktor, pengurus dan lain-lainnya.

        Berapa ramaikah bilangan direktor jika dibandingkan dengan jumlah pengurus?

        Sudah tentulah jumlah direktor lebih rendah dari jumlah bilangan pengurus.

        Bagaimana pula gaji presiden berbanding gaji seorang pengurus?
        Bolehkah seorang pengurus mempunyai gaji setinggi gaji pesiden? Tentu
        kucar-kacir pengurusan syarikat ini jika gaji presiden (orang paling
        tinggi dalam piramid) lebih rendah dari gaji seorang pengurus.

        3. Sebuah organisasi M L M mempunyai pemimpin yang mempunyai lebih ramai
        orang di bawah beliau dengan pelbagai pangkat yang lebih rendah. Beliau
        mendapat lebih banyak pendapatan daripada orang lain.

        Walau bagaimana pun, tidak mustahil orang di bawah beliau menjadi lebih
        bagus dan menyamai atau mendapat lebih banyak pendapatan daripada
        beliau pada suatu hari nanti. Semuanya bergantung kepada usaha mereka
        membina sebuah piramid yang besar.

        Jadi, apakah kesimpulan yang hendak saya buat di sini?

        Senario manakah lebih adil?

        Jangan anda tersalah anggap yang sesebuah organisasi piramid itu adalah
        menyalahi di sisi undang-undang. Yang salahnya ialah skim cepat kaya yang
        menggunakan piramid untuk menindas orang bawahan.

        Sebenarnya, organisasi yang berbentuk piramid adalah sebuah organisasi yang
        kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin akan tumbang. Ekonomi negara akan ke
        belakang, dan orang akan terus gagal di dalam bisnes.

        Masalah piramid dan M L M sepatutnya difahami dengan betul... dan bukannya
        mengambil kesimpulan yang M L M adalah sebuah piramid dan menyalahi
        undang-undang.

        Jadi, betulkan M L M itu sebuah piramid?

        Ya, M L M ialah sebuah piramid tetapi tidak semestinya skim piramid atau skim
        cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kerajaan kita juga berbentuk piramid,
        syarikat swasta dan kerajaan juga berbentuk piramid. Mungkin keluarga
        anda juga berbentuk piramid.

        ikhlas,

        Zamri Nanyan


        ================================================
        Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan
        Tom "Big Al" Schreiter dengan terbitnya ebook
        hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama
        kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
        diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan
        ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
        ================================================

        Selain itu, sekiranya anda berminat dengan bisnes MLM dengan
        harga yang murah, membolehkan anda menjana pendapatan
        BERTERUSAN setiap bulan, apa kata anda KLIK link ini dan tonton
        video yang boleh anda gunakan sebagai panduan untuk
        menjana pendapatan dari teknik ini!