Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”

oleh Zamri Nanyan


Apabila saya nampak usahawan internet yang melakukan bisnes internet mereka secara sepenuh masa mempersendakan orang yang masih bekerja, saya rasa amat marah sekali.

Komen seperti J-O-B (Kerja) diumpamakan seperti “Just Over Broke” (Lebih Sikit Daripada Pokai) atau “Rat Race” (Larian Tikus Dalam Gelung yang tak pernah selesai) membuatkan saya tersinggung. Semasa saya bekerja dahulu dan juga membina bisnes internet pada masa yang sama, saya telahpun didedahkan dengan ayat-ayat seperti ini untuk mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dengan orang lain.

Pada saya, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka yang masih mempunyai “Just Over Broke”, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.

Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah kontribusi mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka.

Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.

Tugas saya dan anda sebagai usahawan internet ialah memberikan peluang bahawa dengan mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih lagi mampu membina saluran pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan. Memang pendapatan di internet boleh dijana secara separuh masa. Saya katakannya begitu kerana saya juga pernah membina bisnes internet semasa masih mempunyai pekerjaan tetap selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak nampak peluang yang disediakan di hadapan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada berharap yang suatu hari nanti minda mereka akan terbuka.

Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina bisnes secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda dan bina bisnes anda secara separuh masa.

Kelebihan membina bisnes internet atau bisnes konvensional semasa anda mempunyai pekerjaan ialah anda mempunyai peluang untuk membina “keuntungan” di samping mempunyai “gaji” tetap. Gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan bisnes anda tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari bisnes anda sendiri. Tidakkah ini sesuatu kelebihan yang anda perolehi berbanding mereka yang terus terjun ke bidang perniagaan tanpa mempunyai plan jangka masa panjang?

Simpan modal bulanan untuk anda membina bisnes anda setiap kali anda dapat gaji. Jika 10% gaji anda adalah sesuatu yang anda mampu, anggaplah 10% pelaburan tersebut akan digunakan untuk anda belajar membina bisnes, membeli peralatan bisnes dan seterusnya memperkembangkan bisnes anda. Bila keuntungan anda bertambah, anda akan terkejut yang suatu hari nanti, anda sudah tidak perlukan lagi modal simpanan 10% gaji anda tersebut kerana keuntungan anda sudahpun melebihi 100% gaji yang anda perolehi.

Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak dapat membina bisnes internet sepenuh masa lagi. Sebaliknya, bersyukur kerana pekerjaan anda mampu memberi anda peluang untuk berjinak-jinak dengan bisnes kegemaran anda.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/emranosman untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.


Kalau Tak Pandai Bahasa Inggeris, Bagaimana Nak Buat Bisnes Internet?

Kalau Tak Pandai Bahasa Inggeris, Bagaimana Nak Buat Bisnes Internet?
oleh Zamri Nanyan

Bahasa pengantar utama internet ialah Bahasa Inggeris. Ini hakikat yang perlu anda terima sekiranya anda ingin membina bisnes internet anda.

Pada awal internet diperkenalkan, memang agak sukar bagi anda yang tidak tahu berbahasa Inggeris untuk menggunakan internet, lebih-lebih lagi untuk membina bisnes berasaskan internet. Ini kerana tiada terjemahan istilah-istilah internet dilakukan lagi.

Walaubagaimanapun, zaman sudah berubah dan banyak perkembangan sudah berlaku di dunia internet sehingga anda yang tidak mahir berbahasa Inggeris pun sudah boleh menggunakannya untuk tujuan bisnes.

Pelbagai program, laman web dan juga dokumen lain sudahpun mempunyai bahasa selain Bahasa Inggeris. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menceburi bisnes yang menjanjikan peluang dan pulangan yang lumayan ini.

Pada hari ini, saya terima satu lagi email yang bertanyakan perkara yang sama.

"Zamri, saya tak tahu Bahasa Inggeris, bagaimana saya boleh menjalankan bisnes internet ini?"

Saya ingin berprasangka baik bahawa beliau benar-benar ingin menjalankan bisnes internet dan akan mengambil apa sahaja tindakan untuk menjadikan halangan ini sebagai cabaran, dan bukannya menjadikan halangan ini sebagai masalah untuk bermula. Jadi, ini saranan saya untuk beliau dan juga anda di luar sana yang mempunyai halangan berbahasa Inggeris ini.

1. Belajar Bahasa Inggeris

Sekiranya anda mahir berbahasa Inggeris, memang mudah untuk mengendalikan bisnes internet anda. Tetapi anda tidak perlulah terlalu pandai berbahasa Inggeris sehingga tahap "mat saleh" di luar sana.

Jika anda dapat memahami apa yang disampaikan di dalam internet, melalui pembacaan, pendengaran dan juga tontonan, ianya sudah cukup untuk anda bermula.

Saya memang amat menggalakkan anda mahir di dalam Bahasa Inggeris kerana bahasa ini adalah bahasa pengantar dunia.

Selepas anda belajar berbahasa Inggeris, pelajari pula beberapa istilah dan perkataan khusus lain yang berkaitan dengan internet, seperti domain, webhosting, autoresponder dan sebagainya. Dengan memahami maksud beberapa perkataan penting ini, mudah untuk anda memulakan bisnes anda.

Buat masa sekarang, banyak perkataan berkaitan internet dan komputer yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Kebangsaan seperti tetikus, kayuria, papan kekunci dan sebagainya. Ianya baik untuk pembelajaran formal tetapi untuk bahasa santai seperti pembelajaran di forum dan sebagainya, banyak lagi pengguna menggunakan Bahasa Inggeris. Jadi, amatlah penting untuk anda fahami perkataan-perkataan ini di dalam Bahasa Inggeris juga.

Untuk belajar Bahasa Inggeris, sudah banyak buku diterbitkan. Di sekolah pun sudah bertahun-tahun anda diajar dan saya pasti anda tahu di mana anda boleh dapatkan sumber pembelajaran ini.

Jika di internet, ada satu sumber rujukan untuk anda belajar Bahasa Inggeris melalui ebook di laman web berikut:

http://bisnesdigital.com/bahasainggeris

Nasihat saya ialah mulakan pembelajaran Bahasa Inggeris anda sekarang supaya beberapa tahun akan datang, anda tiada lagi masalah ini dan bisnes internet anda pun mudah untuk dibina.

2. Cari Rakan Kongsi Yang Pandai Berbahasa Inggeris

Membina bisnes secara berseorangan mungkin boleh dilakukan tetapi ianya adalah amat sukar. Cabaran seperti kurang motivasi dan kurang pemahaman istilah teknikal mungkin membantutkan usaha anda.

Di dalam bisnes pun banyak ditekankan "networking" atau perhubungan sesama usahawan di dalam bisnes yang sama atau bisnes berlainan yang dapat membantu satu sama lain. Di sini sahaja anda sudah mendapat klu di mana pentingnya melakukan bisnes bukan secara berseorangan.

Sekiranya anda tidak mahir di dalam Bahasa Inggeris, inilah peluang anda.

Cari rakan niaga yang boleh berbahasa Inggeris dan lakukan bisnes ini bersama-sama. Sebagai contoh, di dalam bahagian pemasaran, anda boleh serahkan kepada rakan niaga anda kerana mungkin pemasaran ke pasaran luar negara memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris. Anda pula boleh bina perisian atau produk yang kurang memerlukan anda berinteraksi dengan orang bangsa Inggeris dan sebagainya.

Rakan kongsi anda ini juga boleh mengajar anda tentang perkara-perkara lain yang mungkin anda tidak tahu disebabkan kelemahan anda di dalam Bahasa Inggeris ini. Sebagai contoh, jika anda tidak tahu mengendalikan "autoresponder", anda boleh bertanyakan beliau bagaimana ianya berfungsi dan bagaimana anda boleh menggunakannya.

Selalunya, untuk penggunakan perisian atau skrip, memang ada manual yang menunjukkan bagaimana untuk mengendalikan. Menterjemahkan manual ini ke dalam Bahasa Kebangsaan mungkin tidak praktikal sekiranya anda perlu merujuknya setiap masa. Jadi, di sinilah anda boleh menggunakan kelebihan rakan kongsi anda ini.

Bukan setakat rakan kongsi anda ini dapat membantu anda di dalam memahami perkara berkaitan Bahasa Inggeris sahaja, malah anda berdua (atau lebih, bergantung kepada berapa rakan kongsi anda) boleh memotivasikan diri anda di dalam bisnes internet ini juga.

Walaupun Bahasa Inggeris adalah satu cabaran bagi anda, namum terdapat pelbagai lagi cabaran yang lain yang menanti anda di dalam apa jua bisnes. Dengan adanya rakan kongsi yang mempunyai sinergi yang sama, cabaran-cabaran ini dapat anda harungi dengan lebih baik.

3. Fokus Kepada Pasaran Tempatan

Anda sedang membaca sebuah artikel berbahasa Malaysia sekarang, bukan? Dan anda boleh lihat sendiri bagaimana ianya dilakukan. Inilah sesuatu yang anda boleh contohi.

Pastikan anda kenali diri anda. Di manakah kelebihan atau kekuatan anda? Jika Bahasa Inggeris adalah kelemahan anda, Bahasa Kebangsaan mungkin kekuatan anda.

Jadi, janganlah anda cuba mengharungi cabaran yang lebih getir sekiranya anda belum bersedia.

Sebagai contoh, saya lihat ramai yang ingin menjana pendapatan melalui ClickBank, Commission Junction dan sebagainya tetapi pada masa yang sama, saya mendapat rungutan yang mereka tidak tahu berbahasa Inggeris.

Memanglah pasaran antarabangsa lebih besar dan mungkin dapat memberikan hasil yang lebih lumayan tetapi anda perlu juga faham bahawa saingannya pun juga amat sengit. Jika anda sudah bersedia, tidak mengapa. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia dan anda tidak akan mendapat sebarang hasil.

Sebagai alternatif, anda boleh fokus kepada pasaran tempatan dahulu.

Di sinilah kekuatan anda dari segi penguasaan bahasa. Anda bebas berkomunikasi di dalam bahasa sendiri dan menjual produk kepada pembeli yang juga senang memahami anda.

Cuba anda lihat sendiri berapa banyakkah produk yang ditawarkan di dalam pasaran tempatan. Banyak, bukan? Dan mereka menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

Produk saya pun banyak di dalam Bahasa Kebangsaan. Di antaranya adalah:

Perniagaan Internet – www.PerniagaanInternet.ws/r/emranosman
Pakar Affiliate – www.PakarAffiliate.com
Rahsia MLM – www.RahsiaMLM.com

Sebagai kesimpulannya, cari peluang yang dapat anda tawarkan kepada pasaran tempatan dan pelopori pasaran ini dengan jayanya.

4. Cari Model Bisnes Yang Sesuai

Terdapat terlalu banyak model bisnes internet. Ada yang perlu anda berinteraksi dengan pelanggan. Ada yang tidak perlu. Ada yang perlu anda jual produk dan ada yang anda tidak perlu lakukannya.

Ada juga model bisnes yang tidak memerlukan anda menggunakan Bahasa Inggeris setiap masa dan ini mungkin model bisnes yang sesuai untuk anda.

Sebagai contoh, anda boleh jadi pembekal barangan untuk dijual di eBay.com tetapi semua urusan jual beli dan khidmat pelanggan diuruskan oleh seorang atau dua orang pekerja. Yang perlu anda tahu ialah berapa banyak barang yang dapat dijual dan berapa banyak keuntungan yang diperolehi. Perkara yang lain diuruskan oleh pekerja anda.

Ini merupakan contoh anda berniaga untuk pasaran luar. Di dalam pasaran tempatan pula, anda boleh sertai program affiliate tempatan dan promosikan produk ini kepada orang dalam negara. Dengan cara ini, anda tak perlu mencipta produk sendiri tetapi masih lagi boleh menjana pendapatan melalui internet.

5. Tinggalkan Bisnes Internet

Jika cadangan saya di atas tidak dapat dipenuhi, saya sarankan anda tinggal perniagaan internet dan cari bisnes lain. Cari kekuatan anda selain daripada bisnes internet dan lakukannya.

Walaupun bisnes internet menjanjikan pulangan lumayan, pendapatan pasif dan sebagainya, ada banyak lagi bisnes konvensional yang dapat berikan pendapatan yang serupa. Anda cuma perlu selidik apa yang dilakukan oleh orang lain.

Salah satu caranya ialah dengan menghadiri seminar perniagaan yang dianjurkan oleh pelbagai individu dan syarikat yang berkaliber. Di antara bisnes yang anda boleh lakukan ialah bidang hartanah, pelaburan yang sah di sisi undang-undang, penternakan dan sebagainya.

Perlu juga anda ketahui bahawa anda mesti ada sistem untuk membina bisnes anda supaya anda tidak menjadi hamba kepada bisnes anda nanti – nak pergi ke mana pun tak dapat kerana perlu sentiasa berada di tapak perniagaan.

Jika anda sedang bina bisnes internet, sistem anda akan membantu anda untuk bebas ke mana sahaja tanpa terlalu risaukan sangat operasi bisnes anda ini. Topik mempunyai sistem ini diterangkan dengan lebih terperinci di dalam modul 4 "The Four Weeks To Freedom" (http://www.TheFourWeeksToFreedom.com) sekiranya anda berminat untuk mendalami konsep membina bisnes internet yang sebenar.

Akhir sekali, saya nasihatkan kepada anda yang kurang mahir di dalam penguasaan Bahasa Inggeris untuk jadikan kekurangan anda ini sebagai sumber motivasi anda. Mungkin pada suatu hari nanti bisnes internet anda berkembang maju dan anda boleh bangga mengatakan bahawa anda sudah berjaya walaupun tanpa penguasaan Bahasa Inggeris yang kukuh.

Jika anda jumpa individu lain yang mempunyai rungutan yang sama mengenai kekurangan berbahasa Inggeris ini, berikan artikel ini kepada mereka supaya anda dapat mengubah seorang lagi individu untuk maju di dalam bisnes internet yang anda cintai ini.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/emranosman untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link "PerniagaanInternet.ws" kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Kata kata IRFAN KHAIRI

Semua orang nak duit. Lumrah hidup, duit pula tak pernah cukup ;) Satu konsep kewangan yang sering digunakan daripada buku-buku kewangan popular, termasuk Rich Dad Poor Dad, adalah konsep punca pendapatan berganda. Maksudnya, untuk tidak hanya bergantung kepada sumber kewangan dari satu punca sahaja, tetapi, dapatkan punca pendapatan dari beberapa arah yang lain, seperti kerja makan gaji, perniagaan & pelaburan.

Pepatah mat salleh pula berbunyi, don't put all eggs in one basket. Kerana, sekrianya satu bakul pecah, maka, kesemua telur turut akan pecah! Cara bijaknya adalah menggandakan dan mengasingkan punca pendapatan anda

Dengan menggandakan punca pendapatan, pastinya pendapatan kita dapat ditingkatkan dengan lebih cepat dan selamat.

Sama-sama kita fikirkan bagaimana nak menjana pendapatan dari pelbagai punca.

Semoga berjaya!

Nice Wording 2

"Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini"

"What do we manage to achieve next year, or the next five years, or even ten years from now are all based on your choice and decision made by you TODAY"

-Irfan Khairi


"Saya fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya. Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan"


"I think even though I'm poor, I must work really hard to succeed. To become a successful person, it had to be through business"

- Dato' Hussamuddin


"Apa yang paling penting adalah setelah kita miliki segala-galanya, maka satu lagi yang kita beri adalah kepada masyarakat"


"The mose important thing after we own everything, you have to give at least one to the community"

-Dato' Dr Azman Ching


Aku tak tau betul ke tak translation aku, cuma saja je nak berkongsi sedikit kata-kata yang diambil dari kawan2....

Jom Belajar Matematik

Agak-agak kalau aku jawab macam ni masa SPM dulu mau kena ketuk dengan cikgu aku...

Terima kasih kepada guru2 tercinta yang sudi mengajar kita tanpa lelah,,, kalau tak kerana cikgu, dah tentu aku jawab soalan math pun tak betul....

By the way, aku nak ajak ni, kalau ada sesiapa yang berminat untuk kembangkan network, kongsi idea dan buat duit,,, jom join GDI, buat duit for life..heheh....

JOM TENGOK VIDEO PANAS NI..!

GDI Info - What's Really Good About It

I really think you're missing a huge opportunity.

There had to be something that originally attracted you to look into reserving your very own .WS internet domain and building your own website. GDI want to help you get the most of what is available to you. Did you know that GDI's online products can...
  • Help you build a webpage to promote your business
  • Post an unique online resume
  • Establish your own personal blog allowing you to stay in touch with friends and family
  • Give you a place to Upload and share family photos
  • Help you manage your email with up to 10 customizable email accounts
  • And so much more!

Perhaps you think that $10 / month is too much money! But... stop to think about this! To create just a website without GDI's help, it will cost you:

  • $10-$50 / year to reserve the domain name
  • $10-$40 / month for hosting your web pages
  • Hundreds of dollars for a web designer to create, post and make correction to your pages! And THAT'S just for the website!

Why not save hundreds of dollars today and get your own "Internet Address for Life" with GDI? And with our 100% RISK FREE 7-Day Trial, you will NOT be charged a penny until after the end of those 7 days. And, you can call in and cancel at any time before that and you won't be charged a penny. All you need to do to is click here to get started.

See you online!

DEF-GAB-C - ARIGATO (RETROSPEKTIF)

tak tau kenapa...lately aku suka pulak nak dengar lagu-lagu Def Gab C,
entah apa jadi kat group ni aku pun tau,, cuma aku suka dengan rentak lagu die.....
aku rasa masih ada...cuma tak aktif kot...

Hari ni nak share lagu Arigato,,
kepada yang tak suka muzik rock,, mungkin tak minat sgt ngn lagu ni...
tp kira layan la....buat naikkan mood diwaktu pagi sebelum mula kerja....

Lirik je ae,, aku tanak kongsi link lagu..malas nak upload....
kepada sesiapa yang nak carik lagu ni.....gunakan google...banyak site share lagu ni...tinggal dl je...

Warning: Cari lagu dan download atas tanggungjawab sendiri yer...

DEF-GAB-C - ARIGATO (RETROSPEKTIF)


arigato
kasih tak tentu
sayonara
selamat segala
kalau sombong
terjunlah ke lombong
takkan cemas
kalau hilang barang emas........

aku kini sangsi
dimanakah bungaku telah bersembunyi
dahulu tiada siapa peduli
kais malam makan malam
kais pagi makan pagi

tidak sama
lurah dan bukit
takkan sama
senang dan terhimpit
rambut sama
warnanya hitam
hati tak sama
lain-lain hentam

aku kini sangsi
dimanakah bungaku telah bersembunyi
dahulu tiada siapa peduli
kais malam makan malam
kais pagi makan pagi

c/o
suasana waktu siang terang kelihatan
di malam hari bulan dipagar bintang-bintang
begitu indah alam maya dipandang
perhiaskanlah dirimu
kau akan ku nanti


Def Gab C - Maniq Kayangan

Mungkin ada yang dah lupa lagu ni,
just nak share lirik die jer....

kau bagai manik kayangan
yang dulu ku sangkakan
hanya kisah khayalan
insan hilang pedoman
dirasuk kerinduan
cinta bukan kepalang
dalam kelambu menyala bulan

bagaimanakah caranya
supaya kau percaya
aku tidak berdusta
wajahmu pernah ku sua
di alam impianku
yang berwarna kilauan
dalam kelambu menyala bulan

dengar rayuanku
aku bukan main main
aku yang tenggelam
didalam pusaran
keasyikan

kau sambutlah
tanganku hulurkan
hentikanlah tangisan ku yang dulu
agar ku tak lemas

kau harapan kau idaman
kaulah maniq kayangan

Kawal Pemakanan Anda

ADAKAH LIST DI BAWAH INI MERUPAKAN PERKARA SEHARIAN YANG ANDA SELALU AMBIL..?? JIKA YA...PIKIR2 LA...

1. ALKOHOL - pengambilan alkohol boleh menyebabkan kerosakan otak jika diambil dalam kuantiti yang banyak.Menurut kajian,jika pengambilan alkohol melebihi 10 peratus,ia mampu merosakkan hati , buah pinggang dan juga hati.Kualiti hidup seorang wanita yang mengambil alkohol juga merosot kerana mudah mengalami keguguran.

2. NIKOTIN - Biasanya dalah daripada ROKOK. Nikotin ini dapat menyebabkan kanser walaupun diambil pada kadar yang rendah. Ia juga merupakan RACUN bagi saraf

3. KAFEINA - adakah anda pengemar kopi...PASTIKAN anda minum kopi 2 cawan sehari sahaja.Ini kerana kopi mengandungi kafeina yang boleh meransang pelepasan kalsium pada tulang iaitu OSTEOPOROSIS.

4. LEMAK - walaupun lemak penting untuk menyerap vitamin A,D,E dan K , pastikan ia tidak ambil secara berlebihan kerana ia boleh meningkatkan kadar kolestrol dan menyebabkan obesiti (kegemukan).

5. ASID BORIK - terdapat banyak dalam makanan kita terutamanya dalam industri pembuatan mi ( sebagai pengenyal mi ) .Ia boleh menyebabkan pengumpulan racun dalam badan yang menjejaskan fungsi hati dan juga buah pinggang

6. MONOSODIUM GLUTAMAT ( MSG ) - bahan penyedap dalam makanan yang sebenarnya memberi kesan yang amat menakutkan walaupun di ambil sedikit sahaja.MSG menghasilkan racun yang terhimpun dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan kepada organ-organ dalaman.

7. PERWARNA MAKANAN - pewarna makanan yang digunakan untuk membuat kuih sebenarnya boleh merosakan fungsi buah pinggang kerana mengandungi racun. Sebagai langkah gunakan lah pewarna semulajadi seperti perahan daun pandan atau perahan kunyit.

Source, Jiwang.ws

So,, moral of the story, since kebanyakan benda menyentuh tentang pemakanan, jagalah pemakanan anda, sentiasa pastikan diri sentiasa dalam keadaan sihat,, so that kite boleh bekerja, bagi nafkah untuk family...

Selamat Membaca!

Nice Wording..!

"......tak ada manusia yg terlahir sempurna, jangan kau sesali sgala yg telah terjadi, kt pasti pernah dapat akan cubaan yg berat, seakan hidup ini, tak ada ertinya lagi, syukuri apa yg ada, hidup adalah anugrah, tetap jalani hidup ini, melakukan yg terbaik, Tuhan pasti kan menunjukkan kebesaran dan kuasa-Nya, bagi hamba-Nya yang sabar dan tak kenal putus asa.....JANGAN MENYERAH........."

Is your English better than average? Find out here



Kepada mereka-mereka yang berminat nak tau sebaik mana english kita, sila browse page di bawah, paling tak pun kite tau kat mana yang perlu kita improve.

At least we have something good besides looking for another job at joobstreet.com,

good luck!


Dear JobStreet.com member,

Since we introduced the JobStreet English Language Assessment (JobStreet ELA) recently to test how good your command of the English Language is, more than 170,000 people have attempted the assessments and practices.

The average score for those who took this test in Malaysia is 31.5 out of a possible full score of 40. Do you think you can do better than that?


Check out the JobStreet ELA at http://my.jobstreet.com/english