Kesedaran Diri Yang Positif



Orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran yang lebih, mereka sentiasa mempamer dan mempraktikkan kesedaran diri yang positif. Mereka tahu dan kenal pasti siapakah diri mereka yang sebenarnya. Pada tahap dan taraf kehidupan manakah mereka berada ketika ini dan kemanakah haluan dan arah tujuan mereka.

Mereka juga sentiasa sedar betapa sedikitnya dan betapa ceteknya pengetahuan mereka tentang ilmu keduniaan dan akhirat. Mereka sentiasa berkeinginan untuk belajar menambah ilmu pengetahuan. Mereka juga sentiasa mengimbangi di antara dunia dan akhirat.

"Bekerjalah untuk (kehidupan) dunia kamu seperti kamu hidup selama-lamanya dan bekerjalah (amal ibadat dan kebaikan) seperti kamu akan mati esok hari".

- Hadis

Manakala orang yang bakal gagal adalah orang yang tidak sedar atau tidak mahu mengetahui keadaan disekelilingnya. Mereka juga tidak sensitive terhadap kehendak atau perasaan orang lain. Apa yang paling menyedihkan ialah mereka tidak sedar akan penglibatan diri sendiri terhadap kehidupan dan masa depan.

Mereka terdiri daripada golongan yang berfikiran sempit, dingin dan tertutup pemikiran mereka terhadap peluang baru yang terbuka luas di hadapan mata.

Mereke ini sentiasa berada dalam kerugian, keluhan dan penyesalan, Ini menunjukkan mereka tidak jujur pada diri sendiri.

Terima Kasih En Zainal dari FB -> http://www.facebook.com/profile.php?id=1554006655

No comments:

Post a Comment