7866 Unread Mail In My Gmail...

Salam....



seperti yg tajuk tu cakap.....n seperti yg snapshot kat atas tunjuk.....
mmg betul,,,7866 unread email yg mmg tak sempat aku nak baca hari2.....
antara content yg tak sempat di baca mcm pdf file, free articles, yg aku subscribe hari2.......

boleh dikatakan sehari dalam 100-200 email yg aku akan receive.....
well..i guess that's going to be the same with you if you want to learn more n more everyday....

Trailer Tracking/Inventory/Management System?

Ape aktiviti aku semenjak semalam?
Hmm......dari semalam aku dok busy ngn sistem yang COO request,,, tak tau ape mimpi die mintak sistem,,, tapi katanya my CEO sendiri yang suruh aku buat.....
soo...dari semalam petang aku dok busy ngn planning n discuss tentang sistem tu.....
n rite now aku boleh kata yang sistem aku hampir siap....
means,, core die dah ada...tinggal nak design interfece jer.....

Nak tau sistem ape?
ntahla...aku pun tak tau nak panggil sistem ape.....basically sistem ni akan upload data yang user upload tentang container and trailer movement untuk setiap hari, then sistem akan generate report berdasarkan pada apa yang user nak,
Kalau user nak carik trailer location by history,,, akan ada listing die....
Kalau user nak buat report overall trailer, pun ada jugak yang mana sistem akan tunjuk last location untuk setiap trailer....

Nak tengok snapshot sistem ni tak?


yang ni bila user select trailer mana yang die nak view,,


yang ni plak just display last location untuk setiap trailer......

Ntah,, memang kalau nak ikutkan aku dah boring gile buat benda2 ni....buat bagai nak rak,, tapi takde appreciation dari management,,,,,, buat la macam nak mamp*s,,,,tapi lepas tu takde apa2......
cuma kadang2 bila tgk orang semangat nak guna sistem....to me it's worth it to do it for them......mungkin aku tak dapat nak puaskan hati semua orang,,, tapi at least aku dapat buat user aku kerja senang sikit......dah bagus kot....

maybe next week siap kot untuk bagi user guna....pandai2 diorang nanti... ;)

aktiviti lain,, tak tau lagi....cuma malam nanti nak mengemas rumah....cornishku runtuh... :(
ibu call tadi kata ada problem....so,,aku nak balik awal sket...nak mengemas......

adios....jumpa lagi esok....

Luahan Rasa IM

Salam.....
hari ni rasa terpanggil untuk menaip something dalam bahasa melayu.. (tak banyak menaip la...) nak copy email dari internet marketer yang cukup low-profile, tapi actually memberi sikit influence untuk aku nak setup bisnes internet ni... Mmg die dah berjaya...dan atas kejayaan die yang buat aku terfikir dan kalau boleh nak jadi macam die jugak...("Kalau die boleh buat, kenapa aku tak boleh buat?")

Email die ada cerita tentang orang2 kita yang nak mula atau nak study bisnes internet,,
nak tau apa cerita die? baca luahan hari En Ammar Zahar, yang die kirim kat aku dan jugak subscriber yang ada dalam list die...

Credit atas En Ammar, bukan aku sebab aku tukang post jer email die,, just baca, renungkan, fikirkan betul ke tak apa yang die hantar,,

INILAH KELEMAHAN KITA, INTERNET MARKETER MALAYSIA

1) Kita Terlalu MANJA..

Ya, sebenarnya kita terlalu manja.
Bila kita beli ebook, beli sesuatu
course, kita mengharapkan bantuan
sehingga makan pun disuapkan, baju
pun dipakaikan.

Sepanjang saya membina nama dalam perniagaan
ini, saya belum pernah lagi lihat orang-orang
yang berjaya ini manja.

Maksudnya, tak ada orang manja pun berjaya.

Jangan sebab kita terlalu malas dan manja,
ia menjadikan kita gagal selamanya.

2) Kita TAKUT Nak Berubah

Ini satu lagi trend membezakan antara yang
Gagal dan juga yang berjaya.

Saya sendiri, dari seorang remaja yang
degil dan nakal (kaki enjoy) sanggup
berubah untuk berjaya.

Kalau dulu pergi kelas dari 8am-5pm,
lepas tu malam lepak bilik member
dan main game, tengok movie sampai
pukul 12am, lepas tu main futsal sampai
3am, tapi kini tidak lagi.

Lepas kelas habis 5pm, saya lantas
buat kerja ofis saya, tumpukan perniagaan
saya, dan bahagikan masa buat jadual
untuk siapkan assignment saya dan kerja
perniagaan saya.

Bayangkan, berapa banyak benda yang
saya korbankan..?

Ramai pelanggan saya cakap tak cukup
masa nak buat bisnes online tapi hakikatnya,
masa sentiasa cukup cuma kita yang lebih
mementingkan perkara lain seperti tengok TV,
lepak kedai mamak, borak-borak
kosong dan sebagainya.

Dengan attitude seperti ini, anda tidak
akan berjaya buat bisnes online. Trust me..

3) Mindset Nak Cepat Kaya, Tapi Malas Usaha

Bila ada mindset seperti inilah yang membuatkan
orang-orang lain ambil kesempatan terhadap
kita dengan anjurkan skim cepat kaya
dan sebagainya.

Lihat saja program Monsunbis (bukan nama sebenar)
memperdaya kita dengan meminta yuran mahal
dan akhirnya, kita juga yang susah.

Dalam perniagaan internet, tak ada konsep
sebegini. Konsep sebenar perniagaan internet
dan konsep yang saya sentiasa gunakan
adalah:

Beli ebook > Tindakan > Kajian sikit > Buat Duit.

Ini konsep yang saya amalkan.
Hampir 98% orang yang tak berjaya,
sangkut dibahagian tindakan.

Malah, saya agak pelik bila lihat kebanyakan
orang yang beli produk saya bertanyakan
soalan yang jawapannya ada dalam ebook
yang mereka beli.

==========
Rumusan..
==========

Saya berpegang kepada satu konsep, TIADA
sesiapa yang dapat mengubah nasib kita
melainkan diri kita sendiri.

Kalau betul anda nak berjaya buat duit online,
buang atau kikis sifat-sifat negatif anda
dan terapkan sifat positif dalam diri anda
dan saya pasti anda akan lihat hasilnya.