Kereta ku....

Saja nak bercerita pasal kereta aku,,, memandangkan ada banyak problem lepas beli, dan memerlukan banyak kos untuk jadikan die ok balik.......baiklah aku share kat sini, so semua orang yang singgah masuk dalam blog ni dapatlah rujukan (yang mana boleh diambilla yer...) oleh mereka yang nak tau bagaimana susahnya maintain sebuah kereta..., huhu....

Baiklah,, sebagai intro, kat bawah adalah kereta aku,, Proton Iswara 1.3, JHB X8X6, keluaran 2003, kalau nak tau ni antara model iswara yang last sebelum iswara LMST (iswara special edition, warna silver), dan sebelum iswara LMSS (iswara kereta kebal/tin milo/etc),,

Front View
Ni bahagian depan.....

Back View
Ni pulak bahagian belakang....

Aku amik kereta ni awal Julai 2010, maknanya masa aku menaip post ni, kereta ni dah pun berusia 2 bulan di tangan aku...

Antara benda yang major, yang telah aku buat pada kereta aku ni, berdasarkan masalah adalah seperti berikut:

a. Distributor.....

Ni die distributor ke 3 yang dah masuk dalam kereta aku,,, memula punya distributor,, memang canggih...modified baik punya....sebab standard distributor tak tarik api dari bahagian lain, tapi distributor aku siap ada extra cable untuk provide api untuk plug... Kata mekanik aku, distributor modified macam kereta proton saga lama..... Masa beli tu aku dah perasan, cuma aku ingatkan standard......rupanya dah modified baik punya....
Seminggu je distributor tu aku pakai...lepas tu aku g tanya bengkel.... cuba mintak tukar....barulah kedai kereta tu bagi aku distributor recond.....
Distributor recond ni pulak....aku pakai sebulan lebih jer......sib baik die buat hal lepas raya.....simptom die, kete mati tiba2....tengah panaskan enjin ni,, alih2 terus diam jer.....
so aku pergila tanya bengkel lagi......test2 dengan distributor bengkel...die yang confirmkan distributor aku rosak.....
So,, conclusionnya...pakailah distributor ORIGINAL....memang berbaloi.....walaupun terpaksa bayar mahal... boleh dapat 2 distributor recond/kedai potong....tapi pada aku,,, baiklah pakai yang ori PROTON....sebab aku lebih confiden dengan kereta aku sekarang setelah pakai yang original......

Jom tengok distributor ori kat bawah....
Proton Iswara Original Distributor

Tengah2 adjust distributor tu, spark plug cable pulak rosak...so...tukar baru lagi......pun original jugak...
Proton Iswara Original Cable Plug

b. Voltage Stabilizer

Dah pasang distributor...aku decide pasang VS kat enjin bay kete aku....tujuannya senang jer...nak pastikan supply elektrik yang
constan ke semua bahagian enjin aku....
jom tengok gambar kat bawah....
Raizin VS

ni pasang kat tepi distributor
Dekat Distributor
ni plak pasang kat bahagian tepi air filter
Sebelah Air Filter
lepas tu ada sambung lagi ke firewall
Firewall
last sekali sambung ke bahagian kanan body
Right Body
-Actually aku dalam proses nak tambah lagi grounding point yang bersesuaian, body kiri, alternator, starter, etc etc....tapi tulah...nak carik kabel 4ga kat area pasir gudang ni punyalah payah.....belum lagi tanya pasal connector.....
kalau tak,, dah lama aku amik gambar...lepas tu letak kat sini....
Tengoklah..aku nak cuba carik kat melaka..kalau ada....bila dah ada...akan diuploadkan dalam blog ni...

c. Suspension

Biasalah kalau amik kereta second....yang tak berapa OK pun die akan kata OK..... bila aku tanya bengkel pasal absorber depan....die suggest suruh aku tukar....
so...ni la absorber aku.... Warna maroon lagi....APM Performax Gas Absorber, katanya keras, tapi sedap untuk menyerap hentakan......Walaupun aku tak berapa yakin dengan APM....sebab dah pernah terkena beli spring APM yang keras giler..... aku yakinkan jugak.....
Hasilnya...ni lah die kerja aku........dah beli,, pakai selama dekat sebulan....memang sedap.....
tak percaya...cubalah...ahaks.... ;)
Standard Front Spring With APM Performax Gas Absorber
Hmm....cuma tulah...bila depan dah pakai absorber keras...aku tekan2 die tak nak turun.....disebabkan aku taknak kalau ramai orang naik kat belakang kereta aku terdongak.... aku decide pasang Spring Heavy Duty kat bahagian belakang kereta aku..... masuk lah die spring Heavy Duty Nissan Sunny....
Rear Spring
Hasilnya,, sedap beb....bukan kata depan je..belakang pun ikut keras sekali walaupun pakai absorber standard.....

d. Lower Arm...

Masalah selepas masalah.....huhuh.... Kereta aku melayang pulak....masa baru2 beli...tak perasan sangat sebab aku tak bawak laju.....kereta baru dapatlah katakan..... :)
Tapi bila dah lama2....test kat highway E22,, melayang-layang pulak kereta aku ni.....
tengok punya tengok.....problem nye datang dari Lower ARM,, problemnya kanan jer....tapi alang2 nak tukar.......tukar kiri kanan......
Jom layan gambar....
Lower Arm

Dah...tu je kot buat masa ni....

ada lagi projek aku...antaranya aku nak tinted cermin, nak pasang spoiler bumbung dengan belakang.....sport rim,,, banyak lagi la.....
..tapi belum ada rezeki lagi nak buat,, kena mula menabung balik sebab account hampir kering selepas raya.....
besides, aku kena standby duit nak repair compressor memandangkan ada tanda2 nak kong.....
dah berbunyi2....tapi diam lepas aku tembak WD-40,, la ni tunggu je la kalau kong..alamat kopak lagi sebelah tangan....huhuhu......

Kesimpulannya, kalau nak compare antara kereta lama, kancil 850 dengan iswara ni,,, lagi baik kereta iswara ni kot....lebih selesa....nak bawak isteri, family selesa sangat kalau nak compare dengan kancil...besides spare part pun senang, dan maintenance pun lebih kurang je...

Harap2 takde apa yang KO lepas ni......hidup enjin, terus jalan...maintenance 3 bulan normally....
Hope so...

Hingga aku menaip kembali.....

Hikmah Melihat Orang Sedang Tidur

Nota dari Pak Ngah, Farid Ismet Emir.....

Original Post > here

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.

Lihatlah ibu anda, kulitnya mulai kendur dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh kita semasa bayi , kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang se tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai - Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, dan semuanya …. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tidak lagi membuka matanya untuk selama-lamanya ….. 



Pengorbanan Isteri Kepada Suami....

Hmm...copy paste dari fb....jom layan....

PENGORBANAN ISTERI PADA SUAMI..

Tahukah U, wahai suami? Laki bini ini... asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI…tahukah U apa yang isteri U ni selalu lakukan untuk U..?

KALA U tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 U buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah U yang isteri U ni sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek ” Ada duitkah suamiku?”

TAPI...Bila U ada duit, wah! wah! U siap boleh tanya lagi bini. Kau ” Ada duit ke?” sedangkan itukan kewajipan U untuk memberi isteri U nafkah?

Tahukah U, wahai suami, tiap2 malam isteri U ini akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus isteri U ni menjenguk suaminya di sebelah, dikucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan.

TAPI yang U beri hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah U, wahai suami, kalau U balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau U suka2 nak lepak ngan kawan2, bini U ni yang dirumah tak lena tidur, selagi U tak balik selagi tulah mata tak leh pejam.

TAPI yang U tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje…

Tahu tak U, wahai suami, setiap kali isteri ni menggosok baju U apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah “Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?”

Tapi U bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi…

Tahu tak U, wahai suami, isteri ni tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat “apa-apa”, hadiahkanlah isteri U ni sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkan lah dia, sebab sebenarnya, bini U ni, selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja…

Satu lagi, wahai suami, kalau U nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri U ni sebab itulah isteri U ni tahu U buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy…musti tahu punya….

Hargailah bini U ni, sebagaimana U hargai kereta U..

Suami yang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ...

Yang ikhlas,
Isteri U

Berapa punya sengalla TV3....

Hmm...baru je baca berita harian online.....

tak sangka dah macam nak sambut krismas plak iklan die.. lepas tu baru terhegeh-hegeh nak minta maaf dari orang ramai..

Kenapa tak dapatkan info dalaman dulu, orang tv3 ramai yang berpengalaman...takkan tak boleh nak bagi pendapat kat bos-bos dulu?

Ni mesti kes pakai consultant luar...takpun pakai designer luar... sebab nak lawan petronas punya ads kot..bila pakai, main ikut suka hati die jer......

Lain kali kaji dulu, jangan main redah jer....kata dah ada pengalaman 25tahun++, televisyen swasta pertama malaysia....takkan tak reti2 lagi kot nak bezakan krismas dengan raya aidilfitri kot.......

Jom tengok ape die iklan raya tv3 kat bawah skang....


Jom baca plak apa berita harian publish tentang iklan ni..

"TV3 tarik balik iklan Aidilfitri

2010/09/06

KUALA LUMPUR: TV3 menarik balik penyiaran iklan Aidilfitri yang disiarkan di stesen televisyen berkenaan selepas menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai.

Sehubungan itu, pihak TV3 memohon maaf kepada penonton yang tersinggung dengan penyiaran iklan berkenaan.
Tindakan ini diambil selepas mengambil kira maklum balas yang kami terima daripada penonton dan orang ramai. Kami menghargai maklum balas yang diterima itu.
Dalam hal yang sama, beberapa langkah sedang dan akan diambil untuk mengelak perkara yang sama berulang, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iklan berkenaan yang pertama kali di siarkan pada 3 September lalu ditarik balik serta-merta selepas menerima pelbagai reaksi melalui emel dan SMS daripada penonton.

Pihaknya turut berterima kasih kepada penonton yang sudi memberi maklum balas mengenai perkara berkenaan.
"

Sumber Asal : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TV3tarikbalikiklanAidilfitri/Article/

satu kisah mempromosi produk.....

Pengalaman mempromosi laman web rm20segera, dikongsikan oleh Mr Anarme Namso... :)



Ada satu reply yang sangat menarik perhatian.......jom baca kat bawah....

"no thanx....i got more than u expect...

jgn igt nk duit jek,kne pastikan halal haram k....

trime kasih la bnyak2 sbb org mcm awak ni hanya wat bgsa kte mundur dan tamak...=)

kejar akhirat...tu yg menjanjikan sglanya...insyaALLAH..."

Then reply die berbunyi seperti berikut....

"wah....thanks for the reply....


saya suka dengan ayat "trime kasih la bnyak2 sbb org mcm awak ni hanya wat bgsa kte mundur dan tamak...=)".


Nampak sangat awak terlalu takut nak maju, atau awak memang orang kaya yang tak perlu mencari duit lebih seperti saya dapat cukup2 makan ni. Keje saya mudah, saya tak tipu orang, saya tak makan duit orang, RM20 tu untuk mendaftar di laman web yang memberi peluang untuk menjana pendapatan sendiri. Plus, saya dah lebih 2 tahun bergiat di bidang ni, saya sendiri akan pastikan sumber buat tu halal ke haram sebelum saya promosikan kepada orang lain. Buat apa saya nak menanggung dosa orang, saya cuma berkongsi peluang dengan orang lain untuk menjana pendapatan, dan berkongsi pengetahuan, itu sahaja, tak lebih, tak kurang. Kalau orang tak berminat, tak perlulah provoke saya mengatakan yang kerja saya ni halal atau tidak, just say no, that's enough.


For your information, duit RM20 yang saya dapat tu pun bukannya boleh buat saya kaya, saya bukan tipu orang RM20000, tujuan saya melabur RM20 untuk program ni mudah, saya hendak menjana pendapatan sampingan untuk membantu family. Saya rasa benda tu pun dapat pahala, tak semestinya saya kejar dunia, saya kejar dunia untuk pastikan keluarga saya terjamin segalanya, supaya tak merempat menyusahkan orang lain yang mendatangkan lebih banyak dosa di kemudian hari. Memang pada awak nampak keduniaan, tapi saya berpegang pada satu konsep, tak siapa yang boleh mengubah nasib selain dari diri sendiri. Saya tak nak family saya susah, saya perlu berubah dan mencari peluang untuk menambah pendapatan dan pada saya, saya yakin bila masa saya dapat membawa keluarga saya ke tahap yang lebih baik, saya juga akan memperoleh balasan yang sebaiknya dari Allah, tidak kira di dunia ataupun di akhirat.


Terima kasih di atas balasan mesej saya ini, mungkin cara saya approach anda dengan program ini salah. Saya akan cuba promosikan program ini dengan cara yang lebih baik dan semoga dengan cara itu, saya beroleh lebih ramai lagi rakan-rakan yang berminat dalam bidang ini.


Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.


Diwajibkan,, tu memang ketetapan yang semua orang akan kejar akhirat, itu memang tujuan kita hidup di dunia, tetapi kita perlu ingat yang bila kita terlalu memikirkan akhirat, tanpa fikirkan dunia, kita terlupa yang kita sebenarnya tidak adil kepada diri kita sendiri. Kalau kita memikirkan akhirat tanpa fikirkan orang lain, tak perlulah pakai baju cantik, tak perlulah wang beribu, kekayaan melangit, tak perlulah siapkan diri cantik, pose cantik-cantik depan kamera, tu semua duniawi, malah mendatangkan dosa daripada pahala. Saya doakan kita semua beroleh keberkatan dariNYA, saya cuma berusaha, saya perlu ingat yang segala rezeki datang dariNYA, terpulang kepada cara saya mendapatkannya.
"


Menarik bukan...promosi bisnes pun sampai kena sekolah pasal dunia dan akhirat.....

The thing is kita hidup didunia ni memang untuk akhirat, kita kerja, carik duit pun untuk dunia yang bakal digunakan untuk akhirat..... renungkan...


Susahkan kalau tak cukup duit......




hmm.......

suka aku tengok benda2 sekeliling aku.....hari-hari kita dapat tengok orang yang perangainya ada macam2.... yang kaya..memang stylo, dengan kereta besar,, dengan baju yang cantik...dengan beg duit....macam2 benda lagi.... teringat masa haritu shopping ngn wife aku kat jusco.... punyalah lama ada minah tu tengok beg braun bufel yang harganya dekat Rm1K,,, kejap belek sebelah kiri...kejap lagi belek plak sebelah kanan.....
nasib die baik sebab dilahirkan dalam golongan orang yang berada.....

macam kita ni plak...kebanyakan rakyat malaysia....yang bila gaji...lepas tolak bil, tolak duit rumah, duit kereta....cantik2 je duitnya sampai tunggu gaji lagi sekali......terliur jer bila tengok orang lain shopping sakan......yelah...kadang-kadang dalam hati nak jugak kan pakai baju mahal...pakai beg duit mahal....kereta besar....semuanya nak.....paling takpun dapatla hidup senang,,,,taklah mengharap gaji 100%...kalau harap gaji pun.....pakai 50% ke..lepas tu leh simpan, or belanja......kan..?
so, kita sebagai golongan pertengahan ni mula lah kumpul duit....malang plak...baru je nak kumpul duit....harga minyak plak naik....lepas naik harga minyak,,,dah tentu la harga barang pun naik...ibarat aur dengan tebing...ahaks....so..memang tak dapat nak kumpul duit....asyik ngam-ngam jer......

nilah.....bila gaji dah tak cukup...mula fikir plan lain nak buat duit....
ada yang sampai keje part time....pagi keja office hour... malam sambung lagi kul 7 sampai tengah malam......memang best dapat 2 income...tapi badan terbarai tu....nanti keja betul pun ntah kemana...keja part time pun ke parit la gamaknyer....
option lain....buatlah bisnes internet.....tak susah....cukup dengan ada idea,, lepas tu ada kemahiran guna office...buatlah ebook sendiri...lepas tu jual.....rajin2 diri promosi....adalah orang yang akan beli e-book tu....
tapi kalau malas jugak nak buat e-book....cari ajerla bisnes internet yang mudah..... jual domain ke...jadi affiliate ke....jadi reseller ke....senang je kejenye...tinggal promosi produk tu melalui link jer....dah boleh ada income sendiri......

semuanya kita buat sebab nak selesaikan satu benda sahaja....
nak bebaskan diri dari masalah hutang....nak bebaskan diri dari masalah duit ngam-ngam sampai hujung bulan.......nak merasa ada duit lebih....nak merasa belanja anak bini setiap bulan....nak hidup tanpa beban.......

nilah luahan hati,,, suka hati korangla nak komen ke taknak...cuma nak bercerita tentang kesempitan yang membawa kepada kesungguhan untuk mencari pendapatan sampingan.....
yelah..nak mengharap naik gaji...susah sekali.....nak naik pangkat...pun belum lagi.....
kita buatlah bisnes kecik2 dulu.....

kalau anda ada bisnes, tapi tak tau macam mana nak terjemahkannya dalam bentuk online,,, jom belajar buat laman web sendiri...lepas tu dah boleh berniaga online....
semua tip percumanya akan anda dapat percuma...hanya daftar nama dengan email anda jer....

dan, kalau anda berminat nak jadi reseller, jom jadi reseller Rm20segera sekarang.......anda akan diberikan website replika...pastu tinggal promosi je website tersebut....
yang paling bestnya, untuk raya ni,, jom dapatkan download percuma dari saya, untuk sesiapa yang berminat dengan perniagaan internet....banyak tip, artikel, laporan ringkas...semuanya percuma untuk anda..! nak tau kat mana nak dapat? jom klik gambar kat bawah...