Susah ke berniaga di internet?

Entahlah...rasa macam tak susah.....melainkan jika anda benar-benar tahu bagaimana nak mempromosikan produk di internet.

Petikan IM Malaysia, Saudara Hairil Nizam....

"Dalam kehidupan ini sering kita didedahkan dengan pelbagai cara berniaga
di internet. Dan ramai menjanjikan pulangan lumayan.
Saya sendiri dulu pernah terpengaruh dengan pelbagai skim cepat kaya
yang menjanjikan pulangan lumayan.

Namun setelah belajar,saya dapat sesuatu yang berharga. Berniaga di internet
sebenarnya tidak susah,tetapi kebanyakan kita menjadikannya susah.

Dalam perniagaan internet apa yang penting adalah promosi yang berterusan.

Antara teknik pemasaran yang paling saya gemari adalah teknik pemasaran email. Biasanya saya akan gabungkan teknik pemasaran email dengan teknik lain.
Sebab Irfan Khairi selalu berpesan untuk kita menggunakan pelbagai teknik pemasaran.


Jika benar-benar mahu berjaya di internet,saya sarankan anda belajar bagaimana mempromosikan produk secara berkesan.
Ya teknik pemasaran berkesan adalah kunci kejayaan di internet.

Antara teknik yang anda boleh cuba adalah


1) Pemasaran email

 Buat satu produk PERCUMA,contoh tips kewangan. Kemudian edarkan kepada orang ramai. Letakkan borang opt in. Jadi sesiapa berminat akan meletakkan nama dan email disitu. Dan apa yang perlu dilakukan adalah melakukan follow up dengan email.

**Kalau saya pulak...buat tutorial membina laman web yang mana ada banyak benda dan tips perniagaan dimasukkan....sila rujuk http://www.emranosman.ws untuk daftar...
manakala untuk daftar autoresponder untuk mulakan pemasaran email pula, saya cadangkan yang berbayar, tetapi anda boleh cuba secara percuma selama 30 hari...sila ke laman web ini....

2)Pemasaran Blog

Blog adalah satu senjata dalam perniagaan internet. Ramai dikalangan blogger berjaya di internet melakukan review produk. Produk akan lebih mudah dikenali di blog.


3)Pemasaran Facebook


Sejak akhir-akhir ini facebook sering jadi senjata dalam perniagaan internet. ramai mula menjana pendapatan di internet. Apa yang penting jangan gunakan teknik SPAM tapi cukuplah dengan mendedahkan diri kita kepada public.Contoh dengan memberikan tips,memberi komen yang bernas di post wall orang lain. Dengan ini kita akan lebih disenangi dan dipercayai.

i
ni belum sempat buat lagi.....tapi saya sendiri dah ada 2 akaun fb yang mana satu tu untuk personal.... http://www.facebook.com/mr.serindit , manakala ada satu lagi untuk bisnes..... http://www.facebook.com/narme.namso

Ini adalah contoh 3 teknik pemasaran yang boleh dicuba. Jangan putus asa.teruskan usaha untuk melakukan promosi. Sebabnya semakin banyak promosi maka semakin banyak pendedahan produk kita kepada umum.

Semoga tips ini memberi anda satu idea untuk mempromosikan produk."


Hmm....semoga anda memperoleh manfaat dari perkongsian ini....nanti ada masa akan di share lagi.....

1 comment:

  1. Sangat susah jika tidak tahu cara yg betul tapi ia akan jadi sangat senang kalau sudah tahu kuncinya..

    ReplyDelete