Showing posts with label MLM. Show all posts
Showing posts with label MLM. Show all posts

Artikel - M L M dan Internet! Boleh ke?

Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM Anda?

Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan perniagaan MLM anda melalui Internet, namun saya dapat simpulkan yang tujuan UTAMA anda menggunakan Internet ialah:

1. Untuk membina persahabatan dengan propek, bakal pelanggan dan juga rakan niaga anda.

Ramai yang terlupa untuk memberi perhatian kepada perkara ini kerana mereka inginkan kejayaan dalam masa yang singkat.

Saya harap, anda tidak begitu.

Gunakan kelemahan ini sebagai kekuatan anda - iaitu dengan menambah lebih ramai kenalan dan mengenali mereka dengan lebih rapat. Pada masa yang sama, biarlah mereka mengenali anda juga.

Mengapa? Ianya lebih mudah berurus niaga dengan orang yang anda kenali daripada orang yang anda tidak kenali langsung.


2. Untuk mencari prospek dengan cara yang lebih mudah dan lebih pantas.

Jika anda ingin perniagaan MLM anda berkembang, anda perlu mencari ramai rakan niaga yang sanggup membina perniagaan ini bersama anda. Masalahnya, terlalu ramai yang ingin melakukannya tetapi kekurangan masa untuk keluar dan bertemu prospek. Bukan setakat itu sahaja, untuk mencari prospek pun susah jika anda terlalu sibuk dan tak dapat keluar dari rumah.

Cara terpantas ialah dengan mencari prospek ini di Internet. Dengan sebuah komputer yang mempunyai talian Internet, anda bakal menemui beribu-ribu
prospek yang mungkin akan manyertai perniagaan anda sekarang atau pada masa akan datang.

Jika mereka ingin menyertai anda sekarang, bagus! Jika mereka belum bersedia, teruskan membina ikatan dan persahabatan yang baik antara anda dan bakal rakan niaga anda.

Selebihnya, anda boleh gunakan internet untuk tujuan latihan dan perbincangan ataupun memberikan maklumat berkenaan perniagaan anda. Tetapi, saya
memang sarankan anda memberikan keutamaan kepada dua perkara di atas terlebih dahulu, dan biarkan upline dan kumpulan anda melatih kumpulan baru anda.

Diharapkan pengenalan kepada topik ini dapat membuka minda anda untuk mula melihat internet sebagai salah satu alat untuk memperkembangkan
perniagaan MLM anda.

Sebarang komen amat dialu-alukan.

ikhlas,

Zamri Nanyan
Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan
Tom "Big Al" Schreiter dengan terbitnya ebook
hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama
kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan
ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================

Selain itu, sekiranya anda berminat dengan bisnes MLM dengan
harga yang murah, membolehkan anda belajar banyak perkara tentang dunia
internet, belajar mempromosikan bisnes anda dan yang penting sekali
menjana pendapatan BERTERUSAN setiap bulan, apa kata anda KLIK link ini
dan tonton video yang boleh anda gunakan sebagai panduan untuk
menjana pendapatan dari teknik ini!

Artikel - M L M memang skim piramid (bahagian II)?

Rupanya ada bahagian ke-2 dari artikel saudara Zamri ni, jom baca artikel sambungan yang disediakan khas untuk anda:

Kalau rasa-rasa anda tertinggal bahagian satu, sila klik di sini untuk membaca bahagian pertama, kalau tak pasti anda akan confuse dengan cerita di post ini.

Saya tertarik dengan komen seorang pelanggan majalah elektronik (ezine) Rahsia MLM mengenai sebuah artikel ringkas yang saya tulis sebelum ini.

Artikel tersebut bertajuk "MLM Memang Skim Piramid?" dan komen beliau berbunyi begini:

"Sistem Pentadbiran sesebuah negara atau organisasi tidak sama dengan sistem perniagaan MLM. Sistem pentadbiran negara disahkan oleh perlembagaan dan sistem pentadbiran organisasi disahkan oleh akta. Sistem perniagaan MLM yang berbentuk Piramid disahkan oleh siapa? Adakah jaminan bahawa orang yang paling bawah sekali dalam sistem Piramid MLM itu akan dapat pulangan yang setimpal, sebab dia orang yang paling bawah dan tak ada orang lagi dibawahnya?"

Baiklah, biar saya terangkan sedikit apa yang saya tahu:

Soalan 1:

"Sistem perniagaan MLM yang berbentuk Piramid disahkan oleh siapa?"

Jawapan 1:

Sistem perniagaan MLM adalah disahkan oleh "Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna" dan lesennya diberikan sebagai lesen jualan langsung - walaupun MLM tak semestinya beroperasi 100% seperti syarikat jualan langsung (rujuk laporan ringkas saya yang bertajuk "Anda Sudah Silap"). Walaubagaimanapun, jangan keliru dengan MLM dan skim piramid yang menjadikan Pak Man Telo "selebriti" satu ketika dahulu. Dan juga, jika anda terlibat di dalam MLM Internet, tiada sebarang peraturan yang ketara untuk menyatakan yang ianya sah ataupun tidak. Terpulang kepada anda untuk membuat penilaian. Contohnya, plan pampasan berbentuk binari di Malaysia adalah tidak dibenarkan tetapi ianya sah di Amerika dan negara-negara lain (begitu juga di Internet).

Soalan 2:

"Adakah jaminan bahawa orang yang paling bawah sekali dalam sistem Piramid MLM itu akan dapat pulangan yang setimpal, sebab dia orang yang paling bawah dan tak ada orang lagi dibawahnya?"

Jawapan 2:

Selalunya, syarikat MLM yang sah ada memberikan jaminan wang pulangan kembali kepada pembeli yang tidak puas hati dengan produk yang digunakan untuk satu tempoh tertentu. Tetapi, untuk sebarang perniagaan, sesuatu jaminan yang anda akan berjaya ialah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan tersebut. Saya rasa, itu adalah jawapan yang terbaik namun begitu masih ramai yang berpendapat golongan di bawah tidak akan mendapat satu sen pun melalui MLM mereka. Memang benar... ramai yang tidak akan mendapat walau satu sen pun, tetapi perlu diingatkan juga yang ada pengedar yang baru beberapa bulan menyertai sesebuah MLM mendapat pulangan yang lumayan berbanding pengedar lain yang sudah bertahun-tahun menyertai MLM tersebut. Kalau diikutkan, pengedar baru ini adalah yang di bawah sekali di dalam kumpulan pengedar MLM tersebut dan beliau tidak sepatutnya mendapat apa-apa kerana orang di bawah selalunya tidak mendapat sebarang pulangan. Rahsianya adalah dengan menaja dan membina jaringan pengedar dan pembeli barangan yang baru (dalam erti kata lain - berusaha dan mengikuti sistem yang diajarkan oleh syarikat MLM beliau). Belajar dan terus mencuba.

Tetapi perlu juga diingatkan yang setiap pengedar barangan MLM sesebuah syarikat perlu menilai mengapa beliau menyertai MLM tersebut. Jika anda sudah membaca "Mailbox Money" atau "Wang Dari Peti Surat" yang saya alih bahasa itu, anda akan tahu yang salah satu syarat untuk berjaya di dalam sesebuah MLM itu ialah produknya...anda perlu merasa senang untuk membeli dan menggunakan produk tersebut walaupun tiada plan pampasan diberikan kepada anda. Selepas itu barulah anda syorkan kepada orang lain untuk menyertai anda. Beritahu mereka syarat ini juga sekiranya mereka ingin berjaya di dalam perniagaan ini. Jika ini yang anda lakukan, anda tidak akan berasa bersalah jika pengedar anda merungut kerana mereka sudah mendapat produk yang benar-benar mereka suka dan gunakan. Sayangnya, terlalu banyak yang menjaja MLM sebagai sebuah peluang untuk menjadi kaya sahaja, dan tanggapan ini patut dihapuskan.

Saya harap penerangan saya yang tidak seberapa ini dapat membuka mata dan memberi maklumat yang berguna kepada yang memerlukannya.

Sebarang komen amat dialu-alukan.

ikhlas,

Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan
Tom "Big Al" Schreiter dengan terbitnya ebook
hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama
kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan
ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================

Selain itu, sekiranya anda berminat dengan bisnes MLM dengan
harga yang murah, membolehkan anda belajar banyak perkara tentang dunia
internet, belajar mempromosikan bisnes anda dan yang penting sekali
menjana pendapatan BERTERUSAN setiap bulan, apa kata anda KLIK link ini
dan tonton video yang boleh anda gunakan sebagai panduan untuk
menjana pendapatan dari teknik ini!

Artikel - M L M memang skim piramid?

Aku dah lama follow saudara Zamri Nanyan, bukan setakat dia sahaja,
ramai lagi top Internet Marketer yang selalu aku follow yang mana mereka
ini bukan saja buat duit dari internet, tapi mereka sebenarnya bermurah hati
(murah hati ada makna tu) untuk berkongsi artikel yang amat menarik,
contohnya kalau kita tengok ramai orang selalu keliru dengan MLM, selalu
cakap MLM ni sistem cepat kaya, cara nak untung cepat, dan macam-macam
lagi. Hmm,, apa kata anda baca artikel yang saudara Zamri kongsikan bersama kita.
Mungkin dengan artikel ini, ianya dapat mengubah persepsi anda tentang MLM.

Memang perbincangan skim piramid dan M L M bagai tidak dapat dipisahkan...
perdebatan ini tidak akan berakhir walaupun ianya telah bertahun dibahaskan.

Saya juga tak merasakan yang topik ini akan kurang diperkatakan di
masa akan datang. Kalau tak percaya, simpan e-mel ini dan baca sekali
lagi 2 atau 3 tahun akan datang, dan lihatlah di pelbagai forum yang
membincangkan perniagaan sebegini.

Jadi, betulkan M L M itu ialah sebuah skim piramid?

Sebelum saya jawab soalan ini, biar saya berikan 3 senario di bawah:

1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang presiden atau perdana menteri, diikuti
oleh beberapa menteri... dan wakil-wakil rakyat lain, ketua daerah dan sebagainya.

Cuba perhatikan...

Adakah jumlah perdana menteri lebih ramai dari menteri? Bagaimana pula
jumlah menteri berbanding wakil rakyat... dan jumlah... anda tahu
selebihnya bukan?

2. Sebuah syarikat mempunyai seorang CEO atau presiden, diikuti dengan
naib presiden, direktor, pengurus dan lain-lainnya.

Berapa ramaikah bilangan direktor jika dibandingkan dengan jumlah pengurus?

Sudah tentulah jumlah direktor lebih rendah dari jumlah bilangan pengurus.

Bagaimana pula gaji presiden berbanding gaji seorang pengurus?
Bolehkah seorang pengurus mempunyai gaji setinggi gaji pesiden? Tentu
kucar-kacir pengurusan syarikat ini jika gaji presiden (orang paling
tinggi dalam piramid) lebih rendah dari gaji seorang pengurus.

3. Sebuah organisasi M L M mempunyai pemimpin yang mempunyai lebih ramai
orang di bawah beliau dengan pelbagai pangkat yang lebih rendah. Beliau
mendapat lebih banyak pendapatan daripada orang lain.

Walau bagaimana pun, tidak mustahil orang di bawah beliau menjadi lebih
bagus dan menyamai atau mendapat lebih banyak pendapatan daripada
beliau pada suatu hari nanti. Semuanya bergantung kepada usaha mereka
membina sebuah piramid yang besar.

Jadi, apakah kesimpulan yang hendak saya buat di sini?

Senario manakah lebih adil?

Jangan anda tersalah anggap yang sesebuah organisasi piramid itu adalah
menyalahi di sisi undang-undang. Yang salahnya ialah skim cepat kaya yang
menggunakan piramid untuk menindas orang bawahan.

Sebenarnya, organisasi yang berbentuk piramid adalah sebuah organisasi yang
kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin akan tumbang. Ekonomi negara akan ke
belakang, dan orang akan terus gagal di dalam bisnes.

Masalah piramid dan M L M sepatutnya difahami dengan betul... dan bukannya
mengambil kesimpulan yang M L M adalah sebuah piramid dan menyalahi
undang-undang.

Jadi, betulkan M L M itu sebuah piramid?

Ya, M L M ialah sebuah piramid tetapi tidak semestinya skim piramid atau skim
cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kerajaan kita juga berbentuk piramid,
syarikat swasta dan kerajaan juga berbentuk piramid. Mungkin keluarga
anda juga berbentuk piramid.

ikhlas,

Zamri Nanyan


================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan
Tom "Big Al" Schreiter dengan terbitnya ebook
hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama
kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan
ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================

Selain itu, sekiranya anda berminat dengan bisnes MLM dengan
harga yang murah, membolehkan anda menjana pendapatan
BERTERUSAN setiap bulan, apa kata anda KLIK link ini dan tonton
video yang boleh anda gunakan sebagai panduan untuk
menjana pendapatan dari teknik ini!