Showing posts with label gdi. Show all posts
Showing posts with label gdi. Show all posts

Downline Level Kedua



Ada lagi berita baik...baik la kot...... ;)

Baru-baru ni, aku dapat lagi downline untuk level ke-dua pulak....Alhamdulillah, maknanya aku tau yang ada sorang team member pada level pertama yang bebetul faham tentang konsep auto MLM, dan boleh mempromosikan kepada downline die pulak.... Memang memenatkan, tapi bila dapat new signup tu..memang terasa best jer.....


Apa yang bestnye bisnes ni? Nak tau ke apa bisnesnye? Jom register nama dan email anda di http://www.emranosman.ws , dan anda akan diberikan teknik-teknik untuk berjaya dengan GDI dan Autoresponder, melalui sekolah online percuma....

try it out! baca email dengan tengok video jer.... ;)

Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”

oleh Zamri Nanyan


Apabila saya nampak usahawan internet yang melakukan bisnes internet mereka secara sepenuh masa mempersendakan orang yang masih bekerja, saya rasa amat marah sekali.

Komen seperti J-O-B (Kerja) diumpamakan seperti “Just Over Broke” (Lebih Sikit Daripada Pokai) atau “Rat Race” (Larian Tikus Dalam Gelung yang tak pernah selesai) membuatkan saya tersinggung. Semasa saya bekerja dahulu dan juga membina bisnes internet pada masa yang sama, saya telahpun didedahkan dengan ayat-ayat seperti ini untuk mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dengan orang lain.

Pada saya, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka yang masih mempunyai “Just Over Broke”, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.

Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah kontribusi mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka.

Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.

Tugas saya dan anda sebagai usahawan internet ialah memberikan peluang bahawa dengan mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih lagi mampu membina saluran pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan. Memang pendapatan di internet boleh dijana secara separuh masa. Saya katakannya begitu kerana saya juga pernah membina bisnes internet semasa masih mempunyai pekerjaan tetap selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak nampak peluang yang disediakan di hadapan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada berharap yang suatu hari nanti minda mereka akan terbuka.

Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina bisnes secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda dan bina bisnes anda secara separuh masa.

Kelebihan membina bisnes internet atau bisnes konvensional semasa anda mempunyai pekerjaan ialah anda mempunyai peluang untuk membina “keuntungan” di samping mempunyai “gaji” tetap. Gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan bisnes anda tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari bisnes anda sendiri. Tidakkah ini sesuatu kelebihan yang anda perolehi berbanding mereka yang terus terjun ke bidang perniagaan tanpa mempunyai plan jangka masa panjang?

Simpan modal bulanan untuk anda membina bisnes anda setiap kali anda dapat gaji. Jika 10% gaji anda adalah sesuatu yang anda mampu, anggaplah 10% pelaburan tersebut akan digunakan untuk anda belajar membina bisnes, membeli peralatan bisnes dan seterusnya memperkembangkan bisnes anda. Bila keuntungan anda bertambah, anda akan terkejut yang suatu hari nanti, anda sudah tidak perlukan lagi modal simpanan 10% gaji anda tersebut kerana keuntungan anda sudahpun melebihi 100% gaji yang anda perolehi.

Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak dapat membina bisnes internet sepenuh masa lagi. Sebaliknya, bersyukur kerana pekerjaan anda mampu memberi anda peluang untuk berjinak-jinak dengan bisnes kegemaran anda.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/emranosman untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.


Kalau Tak Pandai Bahasa Inggeris, Bagaimana Nak Buat Bisnes Internet?

Kalau Tak Pandai Bahasa Inggeris, Bagaimana Nak Buat Bisnes Internet?
oleh Zamri Nanyan

Bahasa pengantar utama internet ialah Bahasa Inggeris. Ini hakikat yang perlu anda terima sekiranya anda ingin membina bisnes internet anda.

Pada awal internet diperkenalkan, memang agak sukar bagi anda yang tidak tahu berbahasa Inggeris untuk menggunakan internet, lebih-lebih lagi untuk membina bisnes berasaskan internet. Ini kerana tiada terjemahan istilah-istilah internet dilakukan lagi.

Walaubagaimanapun, zaman sudah berubah dan banyak perkembangan sudah berlaku di dunia internet sehingga anda yang tidak mahir berbahasa Inggeris pun sudah boleh menggunakannya untuk tujuan bisnes.

Pelbagai program, laman web dan juga dokumen lain sudahpun mempunyai bahasa selain Bahasa Inggeris. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menceburi bisnes yang menjanjikan peluang dan pulangan yang lumayan ini.

Pada hari ini, saya terima satu lagi email yang bertanyakan perkara yang sama.

"Zamri, saya tak tahu Bahasa Inggeris, bagaimana saya boleh menjalankan bisnes internet ini?"

Saya ingin berprasangka baik bahawa beliau benar-benar ingin menjalankan bisnes internet dan akan mengambil apa sahaja tindakan untuk menjadikan halangan ini sebagai cabaran, dan bukannya menjadikan halangan ini sebagai masalah untuk bermula. Jadi, ini saranan saya untuk beliau dan juga anda di luar sana yang mempunyai halangan berbahasa Inggeris ini.

1. Belajar Bahasa Inggeris

Sekiranya anda mahir berbahasa Inggeris, memang mudah untuk mengendalikan bisnes internet anda. Tetapi anda tidak perlulah terlalu pandai berbahasa Inggeris sehingga tahap "mat saleh" di luar sana.

Jika anda dapat memahami apa yang disampaikan di dalam internet, melalui pembacaan, pendengaran dan juga tontonan, ianya sudah cukup untuk anda bermula.

Saya memang amat menggalakkan anda mahir di dalam Bahasa Inggeris kerana bahasa ini adalah bahasa pengantar dunia.

Selepas anda belajar berbahasa Inggeris, pelajari pula beberapa istilah dan perkataan khusus lain yang berkaitan dengan internet, seperti domain, webhosting, autoresponder dan sebagainya. Dengan memahami maksud beberapa perkataan penting ini, mudah untuk anda memulakan bisnes anda.

Buat masa sekarang, banyak perkataan berkaitan internet dan komputer yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Kebangsaan seperti tetikus, kayuria, papan kekunci dan sebagainya. Ianya baik untuk pembelajaran formal tetapi untuk bahasa santai seperti pembelajaran di forum dan sebagainya, banyak lagi pengguna menggunakan Bahasa Inggeris. Jadi, amatlah penting untuk anda fahami perkataan-perkataan ini di dalam Bahasa Inggeris juga.

Untuk belajar Bahasa Inggeris, sudah banyak buku diterbitkan. Di sekolah pun sudah bertahun-tahun anda diajar dan saya pasti anda tahu di mana anda boleh dapatkan sumber pembelajaran ini.

Jika di internet, ada satu sumber rujukan untuk anda belajar Bahasa Inggeris melalui ebook di laman web berikut:

http://bisnesdigital.com/bahasainggeris

Nasihat saya ialah mulakan pembelajaran Bahasa Inggeris anda sekarang supaya beberapa tahun akan datang, anda tiada lagi masalah ini dan bisnes internet anda pun mudah untuk dibina.

2. Cari Rakan Kongsi Yang Pandai Berbahasa Inggeris

Membina bisnes secara berseorangan mungkin boleh dilakukan tetapi ianya adalah amat sukar. Cabaran seperti kurang motivasi dan kurang pemahaman istilah teknikal mungkin membantutkan usaha anda.

Di dalam bisnes pun banyak ditekankan "networking" atau perhubungan sesama usahawan di dalam bisnes yang sama atau bisnes berlainan yang dapat membantu satu sama lain. Di sini sahaja anda sudah mendapat klu di mana pentingnya melakukan bisnes bukan secara berseorangan.

Sekiranya anda tidak mahir di dalam Bahasa Inggeris, inilah peluang anda.

Cari rakan niaga yang boleh berbahasa Inggeris dan lakukan bisnes ini bersama-sama. Sebagai contoh, di dalam bahagian pemasaran, anda boleh serahkan kepada rakan niaga anda kerana mungkin pemasaran ke pasaran luar negara memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris. Anda pula boleh bina perisian atau produk yang kurang memerlukan anda berinteraksi dengan orang bangsa Inggeris dan sebagainya.

Rakan kongsi anda ini juga boleh mengajar anda tentang perkara-perkara lain yang mungkin anda tidak tahu disebabkan kelemahan anda di dalam Bahasa Inggeris ini. Sebagai contoh, jika anda tidak tahu mengendalikan "autoresponder", anda boleh bertanyakan beliau bagaimana ianya berfungsi dan bagaimana anda boleh menggunakannya.

Selalunya, untuk penggunakan perisian atau skrip, memang ada manual yang menunjukkan bagaimana untuk mengendalikan. Menterjemahkan manual ini ke dalam Bahasa Kebangsaan mungkin tidak praktikal sekiranya anda perlu merujuknya setiap masa. Jadi, di sinilah anda boleh menggunakan kelebihan rakan kongsi anda ini.

Bukan setakat rakan kongsi anda ini dapat membantu anda di dalam memahami perkara berkaitan Bahasa Inggeris sahaja, malah anda berdua (atau lebih, bergantung kepada berapa rakan kongsi anda) boleh memotivasikan diri anda di dalam bisnes internet ini juga.

Walaupun Bahasa Inggeris adalah satu cabaran bagi anda, namum terdapat pelbagai lagi cabaran yang lain yang menanti anda di dalam apa jua bisnes. Dengan adanya rakan kongsi yang mempunyai sinergi yang sama, cabaran-cabaran ini dapat anda harungi dengan lebih baik.

3. Fokus Kepada Pasaran Tempatan

Anda sedang membaca sebuah artikel berbahasa Malaysia sekarang, bukan? Dan anda boleh lihat sendiri bagaimana ianya dilakukan. Inilah sesuatu yang anda boleh contohi.

Pastikan anda kenali diri anda. Di manakah kelebihan atau kekuatan anda? Jika Bahasa Inggeris adalah kelemahan anda, Bahasa Kebangsaan mungkin kekuatan anda.

Jadi, janganlah anda cuba mengharungi cabaran yang lebih getir sekiranya anda belum bersedia.

Sebagai contoh, saya lihat ramai yang ingin menjana pendapatan melalui ClickBank, Commission Junction dan sebagainya tetapi pada masa yang sama, saya mendapat rungutan yang mereka tidak tahu berbahasa Inggeris.

Memanglah pasaran antarabangsa lebih besar dan mungkin dapat memberikan hasil yang lebih lumayan tetapi anda perlu juga faham bahawa saingannya pun juga amat sengit. Jika anda sudah bersedia, tidak mengapa. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia dan anda tidak akan mendapat sebarang hasil.

Sebagai alternatif, anda boleh fokus kepada pasaran tempatan dahulu.

Di sinilah kekuatan anda dari segi penguasaan bahasa. Anda bebas berkomunikasi di dalam bahasa sendiri dan menjual produk kepada pembeli yang juga senang memahami anda.

Cuba anda lihat sendiri berapa banyakkah produk yang ditawarkan di dalam pasaran tempatan. Banyak, bukan? Dan mereka menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

Produk saya pun banyak di dalam Bahasa Kebangsaan. Di antaranya adalah:

Perniagaan Internet – www.PerniagaanInternet.ws/r/emranosman
Pakar Affiliate – www.PakarAffiliate.com
Rahsia MLM – www.RahsiaMLM.com

Sebagai kesimpulannya, cari peluang yang dapat anda tawarkan kepada pasaran tempatan dan pelopori pasaran ini dengan jayanya.

4. Cari Model Bisnes Yang Sesuai

Terdapat terlalu banyak model bisnes internet. Ada yang perlu anda berinteraksi dengan pelanggan. Ada yang tidak perlu. Ada yang perlu anda jual produk dan ada yang anda tidak perlu lakukannya.

Ada juga model bisnes yang tidak memerlukan anda menggunakan Bahasa Inggeris setiap masa dan ini mungkin model bisnes yang sesuai untuk anda.

Sebagai contoh, anda boleh jadi pembekal barangan untuk dijual di eBay.com tetapi semua urusan jual beli dan khidmat pelanggan diuruskan oleh seorang atau dua orang pekerja. Yang perlu anda tahu ialah berapa banyak barang yang dapat dijual dan berapa banyak keuntungan yang diperolehi. Perkara yang lain diuruskan oleh pekerja anda.

Ini merupakan contoh anda berniaga untuk pasaran luar. Di dalam pasaran tempatan pula, anda boleh sertai program affiliate tempatan dan promosikan produk ini kepada orang dalam negara. Dengan cara ini, anda tak perlu mencipta produk sendiri tetapi masih lagi boleh menjana pendapatan melalui internet.

5. Tinggalkan Bisnes Internet

Jika cadangan saya di atas tidak dapat dipenuhi, saya sarankan anda tinggal perniagaan internet dan cari bisnes lain. Cari kekuatan anda selain daripada bisnes internet dan lakukannya.

Walaupun bisnes internet menjanjikan pulangan lumayan, pendapatan pasif dan sebagainya, ada banyak lagi bisnes konvensional yang dapat berikan pendapatan yang serupa. Anda cuma perlu selidik apa yang dilakukan oleh orang lain.

Salah satu caranya ialah dengan menghadiri seminar perniagaan yang dianjurkan oleh pelbagai individu dan syarikat yang berkaliber. Di antara bisnes yang anda boleh lakukan ialah bidang hartanah, pelaburan yang sah di sisi undang-undang, penternakan dan sebagainya.

Perlu juga anda ketahui bahawa anda mesti ada sistem untuk membina bisnes anda supaya anda tidak menjadi hamba kepada bisnes anda nanti – nak pergi ke mana pun tak dapat kerana perlu sentiasa berada di tapak perniagaan.

Jika anda sedang bina bisnes internet, sistem anda akan membantu anda untuk bebas ke mana sahaja tanpa terlalu risaukan sangat operasi bisnes anda ini. Topik mempunyai sistem ini diterangkan dengan lebih terperinci di dalam modul 4 "The Four Weeks To Freedom" (http://www.TheFourWeeksToFreedom.com) sekiranya anda berminat untuk mendalami konsep membina bisnes internet yang sebenar.

Akhir sekali, saya nasihatkan kepada anda yang kurang mahir di dalam penguasaan Bahasa Inggeris untuk jadikan kekurangan anda ini sebagai sumber motivasi anda. Mungkin pada suatu hari nanti bisnes internet anda berkembang maju dan anda boleh bangga mengatakan bahawa anda sudah berjaya walaupun tanpa penguasaan Bahasa Inggeris yang kukuh.

Jika anda jumpa individu lain yang mempunyai rungutan yang sama mengenai kekurangan berbahasa Inggeris ini, berikan artikel ini kepada mereka supaya anda dapat mengubah seorang lagi individu untuk maju di dalam bisnes internet yang anda cintai ini.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/emranosman untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link "PerniagaanInternet.ws" kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

GDI Info - What's Really Good About It

I really think you're missing a huge opportunity.

There had to be something that originally attracted you to look into reserving your very own .WS internet domain and building your own website. GDI want to help you get the most of what is available to you. Did you know that GDI's online products can...
  • Help you build a webpage to promote your business
  • Post an unique online resume
  • Establish your own personal blog allowing you to stay in touch with friends and family
  • Give you a place to Upload and share family photos
  • Help you manage your email with up to 10 customizable email accounts
  • And so much more!

Perhaps you think that $10 / month is too much money! But... stop to think about this! To create just a website without GDI's help, it will cost you:

  • $10-$50 / year to reserve the domain name
  • $10-$40 / month for hosting your web pages
  • Hundreds of dollars for a web designer to create, post and make correction to your pages! And THAT'S just for the website!

Why not save hundreds of dollars today and get your own "Internet Address for Life" with GDI? And with our 100% RISK FREE 7-Day Trial, you will NOT be charged a penny until after the end of those 7 days. And, you can call in and cancel at any time before that and you won't be charged a penny. All you need to do to is click here to get started.

See you online!

Serba sedikit info tentang GDI.

Serba sedikit info tentang GDI.

1. Apakah GDI tu?

## GDI merupakan salah sebuah syarikat di USA ( Dah masuk sembilan tahun mereka beroperasi) yang menyewakan tapak hosting untuk web site kita dengan sewaan 10USD sebulan. Lebih kurang RM35-37 sebulan sewa yang kita kena bayar. Itu ajelah modal yang perlu kita sediakan. Selagi kita berminat nak teruskan dengan GDI, kita bayar je lah, tak perlu risau, kalau tak berminat, bila-bila pun kita boleh terminate, takde limitation kalau nak join GDI ni. Kita boleh buat website untuk perniagaan lain dengan sewaan domain dan hosting ini.

Klik link ini untuk info tambahan >>> http://www.perniagaaninternet.ws/r/emranosman


2. Macammana nak buat duit dengan GDI ni?

## Kita promosikan GDI supaya orang lain lain pun join sekali. GDI bagi dua pendapatan.

a. Upah Mencari orang baru. Setiap minggu dari hari Isnin ke hari Ahad malam, setiap 5 orang baru yang kita bawak masuk, kita dapat upah RM350. Kalau 10 orang kita dapat RM700 dan seterusnya. Minggu berikutnya mula dengan pengiraan baru.

b. Komisyen. Setiap orang baru yang kita bawak masuk kata akan dapat komisyen sebanyak RM3.50 setiap orang dan setiap bulan. Kalau dapat 10 orang, maknanya kita dapat RM35 setiap bulan. Kalau yang 10 orang tadi bawak masuk 3 orang sahaja setiap orang, maknanya level kedua kita seramai 30 orang. Bulan depannya kita akan dapat 10+30 = 40USD lebih kurang RM140. Kita akan dapat komisyen sehingga lima level, itulah pencen kita.

Klik link ini untuk info tambahan >>> http://www.perniagaaninternet.ws/r/emranosman


3. Berapa modal nak mulakan?

## 7 hari pertama selepas menyertai percuma, lepas tu baru mereka kenakan bayaran RM35 sebulan (USD10/bulan), itu sahaja modal yang kita perlu sediakan. Duit sewa tapak web kita tadi tu la. Itu je yang diperlukan, takde yang lain...takde additional payment, setiap bulan GDI akan tolak dari kad kredit / kad debit kita

4. Apa yang kita dapat dengan masuk GDI ni?

a. Peluang nak dapat pencen dan bisnes la.

b. Web site kita sendiri, contohnya www.emranosman.ws, atau www.nasikandar.ws atau apa sahaja yang nak kita letak namanya.


5. Apa yang perlu ada untuk kita mulakan?

## Tentulah internet dan kedua Kredit kad. Pasal GDI nak tolak duit sewa tadi tu melalui kredit kad. Kalau tak ada kredit kad, dapat kan debit kad, tapi pastikan ada duit tiap-tiap bulan RM37 dalam debit kad tu, baru dia orang boleh kutip duit sewa. Kalau tak ada jugak debit kad, pinjamlah kredit kad kawan-kawan dan bayar je kat dia RM37 tiap-tiap bulan. Namun di sini saya mencadangkan tuan2 dan puan2 menggunakan debit card kerana lebih mudah untuk didapatkan dan praktikal oleh semua orang tanpa mengira golongan. Kalau kat Malaysia ni, ada tiga bank yang cukup senang nak apply, samada Maybank, Public Bank, dan Al-Rajhi Bank


6. Bila boleh mulakan?

## Sekarang pun boleh. Bila kita register, dah boleh terus buat promosi, walau pun kita dapat 7 hari free, hari kelapan baru GDI ambil duit sewa tapak tadi tu. Tapi hari pertama kita dah boleh jalankan promosi besar besaran. Dah ada orang dapat duit pun walaupun GDI belum amik duit kita.

klik link ini untuk join ahli

http://www.perniagaaninternet.ws/r/emranosman

7. Macamana nak buat promosi, saya bukan pandai sangat nak cakap, lagi satu bukan ada masa nak keluar rumah ke hujung ke pangkal?

## GDI dah siapkan cara promosi paling mudah. Dapatkan nama dan email kawan-kawan, masukkan dalam ruangan "Jemputan" (Invite) dan klik 'Hantar:". Yang lain semua GDI buat.


8. Kalau saya tak faham lagi dan nakkan pertolongan, kat sapa saya boleh rujuk?

## Dekat upline anda boleh, dekat GDI boleh, dekat saya pun boleh. Dekat saya boleh melalui email pun boleh, telefon pun boleh... Register je kat GDI, nanti ada email upline (saya) yang anda boleh hubungi. Takpun join je forum, kalau ikut link saya, upline saya dah siap2kan forum untuk anda bertanya, semua soalan boleh dijawab,, takde masalah..

9. Ok, ajar saya bagaimana nak daftar?
## Dapatkan kredit card atau debit card dulu, kemudian boleh teruskan dengan daftar di website yang diberikan.. Ni lagi sekali saya paste kan.. http://www.perniagaaninternet.ws/r/emranosman

Apakah Bisnes GDI?

GDI menyediakan servis pendaftaran nama domain dan hosting untuk anda bina laman web. Ini adalah pasti.

United States Department of Commerce (badan kerajaan Amerika Syarikat) sendiri memberi kebenaran untuk
GDI beroperasi.

Jadi, anda tidak perlu risau tentang ketulenan bisnes yang anda bakal jalankan bersama GDI.

Anda bina bisnes global jika anda bersama saya dan rakan GDI yang lain.

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai GDI?

Tiada masalah. Lawati laman web di bawah dan saya pasti banyak soalan anda akan terjawab.

http://perniagaaninternet.ws/r/emranosman/bisnes-gdi

Nasihat saya jangan terlalu lama untuk buat keputusan. Saya sendiri dah berbulan-bulan membuat kajian mengenai ketulenan bisnes GDI supaya anda tidak perlu lagi habiskan masa berharga anda.

Sertai GDI sekarang dan terus bina bisnes yang lumayan ini.

http://www.freedom.ws/emranosman

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet oleh Zamri Nanyan

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat "Research & Development" tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/emranosman untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.