Pengorbanan Isteri Kepada Suami....

Hmm...copy paste dari fb....jom layan....

PENGORBANAN ISTERI PADA SUAMI..

Tahukah U, wahai suami? Laki bini ini... asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI…tahukah U apa yang isteri U ni selalu lakukan untuk U..?

KALA U tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 U buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah U yang isteri U ni sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek ” Ada duitkah suamiku?”

TAPI...Bila U ada duit, wah! wah! U siap boleh tanya lagi bini. Kau ” Ada duit ke?” sedangkan itukan kewajipan U untuk memberi isteri U nafkah?

Tahukah U, wahai suami, tiap2 malam isteri U ini akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus isteri U ni menjenguk suaminya di sebelah, dikucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan.

TAPI yang U beri hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah U, wahai suami, kalau U balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau U suka2 nak lepak ngan kawan2, bini U ni yang dirumah tak lena tidur, selagi U tak balik selagi tulah mata tak leh pejam.

TAPI yang U tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje…

Tahu tak U, wahai suami, setiap kali isteri ni menggosok baju U apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah “Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?”

Tapi U bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi…

Tahu tak U, wahai suami, isteri ni tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat “apa-apa”, hadiahkanlah isteri U ni sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkan lah dia, sebab sebenarnya, bini U ni, selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja…

Satu lagi, wahai suami, kalau U nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri U ni sebab itulah isteri U ni tahu U buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy…musti tahu punya….

Hargailah bini U ni, sebagaimana U hargai kereta U..

Suami yang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ...

Yang ikhlas,
Isteri U

No comments:

Post a Comment