Berapa punya sengalla TV3....

Hmm...baru je baca berita harian online.....

tak sangka dah macam nak sambut krismas plak iklan die.. lepas tu baru terhegeh-hegeh nak minta maaf dari orang ramai..

Kenapa tak dapatkan info dalaman dulu, orang tv3 ramai yang berpengalaman...takkan tak boleh nak bagi pendapat kat bos-bos dulu?

Ni mesti kes pakai consultant luar...takpun pakai designer luar... sebab nak lawan petronas punya ads kot..bila pakai, main ikut suka hati die jer......

Lain kali kaji dulu, jangan main redah jer....kata dah ada pengalaman 25tahun++, televisyen swasta pertama malaysia....takkan tak reti2 lagi kot nak bezakan krismas dengan raya aidilfitri kot.......

Jom tengok ape die iklan raya tv3 kat bawah skang....


Jom baca plak apa berita harian publish tentang iklan ni..

"TV3 tarik balik iklan Aidilfitri

2010/09/06

KUALA LUMPUR: TV3 menarik balik penyiaran iklan Aidilfitri yang disiarkan di stesen televisyen berkenaan selepas menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai.

Sehubungan itu, pihak TV3 memohon maaf kepada penonton yang tersinggung dengan penyiaran iklan berkenaan.
Tindakan ini diambil selepas mengambil kira maklum balas yang kami terima daripada penonton dan orang ramai. Kami menghargai maklum balas yang diterima itu.
Dalam hal yang sama, beberapa langkah sedang dan akan diambil untuk mengelak perkara yang sama berulang, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iklan berkenaan yang pertama kali di siarkan pada 3 September lalu ditarik balik serta-merta selepas menerima pelbagai reaksi melalui emel dan SMS daripada penonton.

Pihaknya turut berterima kasih kepada penonton yang sudi memberi maklum balas mengenai perkara berkenaan.
"

Sumber Asal : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TV3tarikbalikiklanAidilfitri/Article/

No comments:

Post a Comment