Teknik Pelaburan Strategik Cara Jutawan

Teknik in saya dapatkan melalui email yang dikirimkan oleh En Shamz(team BuatBisnes.biz)

Saya ingin berkongsi sedikit info mengenai teknik pelaburan cara jutawan yang baru sahaja dihantar kepada saya melalui email.

Email tersebut menyentuh mengenai tiga prinsip hebat yang selalu digunakan oleh jutawan untuk menambahkan lagi kekayaan mereka. Tekniknya berpunca dari satu aktiviti, iaitu dengan membuat simpanan secara bulanan.

1. Lebih cepat anda menyimpan, lebih banyak yang akan anda perolehi di waktu persaraan anda kelak
    • Kalau anda menyimpan lebih kurang RM100, bermula dari umur anda 25 tahun, anda sebenarnya berpeluang untuk mendapatkan jumlah simpanan kira-kira RM337,000 (berdasarkan kiraan faedah 8% setahun) semasa anda berumur 65 tahun?
    • Bayangkan anda bertangguh selama setahun, simpanan anda sebenarnya akan berkurangan sebanyak RM26,000?
    • Kalau anda tunggu lagi 5 tahun pula, anda akan kurang sebanyak RM100,000
    • Kalau anda tunggu 10 tahun, simpanan anda sebenarnya berkurangan sebanyak RM190,000
    • Inilah yang dikatakan keuntungan yang diperolehi berdasarkan pengiraan faedah kompaun, yang mana setiap tahun, faedah akan dikira berdasarkan jumlah simpanan anda termasuk faedah dari tahun-tahun sebelumnya. Pengiraan ini adalah sama dengan konsep pelaburan melalui ASB yang diperkenalkan kepada kita di Malaysia ini.
    • Oleh itu, sentiasa menyimpan kerana dengan simpanan yang tetap setiap bulan, sudah tentu anda akan mampu memiliki jumlah simpanan yang akan membuat anda tersenyum semasa bersara kelak.
    •  
      2. Tahun anda mula menyimpan adalah sama penting dengan jumlah anda menyimpan
        • Katakan A dan B yang sebaya menyimpan sebanyak RM4,000 setahun selama 15 tahun, si A mula menyimpan dari muda ketika berumur 20 tahun hingga berumur 35 tahun manakala si B mula menyimpan dari umur 50 hingga 65 tahun.
        • Tahukah anda, semasa masing-masing berumur 65 tahun, si A sebenarnya telah berjaya mendapat RM600,000 termasuk faedah berbanding si B yang hanya mendapat RM60,000 sahaja?
        • Oleh itu, untuk bahagian ke dua ini, anda hendaklah mula menyimpan dari muda kerana yang penting ialah BILA anda mula menyimpan, bukan banyak mana yang anda simpan kerana masa dari umur 35 tahun hingga 65 tahun amat menguntungkan dari sudut pengiraan faedah dan sebagainya.


        3. Berapa bahagian yang disimpan adalah lebih penting dari jumlah pendapatan anda
        • Anda sebenarnya tidak perlu mempunyai pendapatan yang besar untuk menjadi kaya. Cukup dengan pembahagian pendapatan secara bijak, dengan pendapatan di tahap pertengahan anda sebenarnya mampu untuk menyimpan lebih banyak dari orang yang berpendapatan lebih tinggi daripada anda.
        • Katakan jumlah pendapatan keluarga A adalah RM40,000 setahun, tetapi A berjaya menyimpan 15% dari jumlah pendapatan tersebut, ini bermakna A telah menyimpan sebanyak RM6,000 setahun.
        • Berbanding dengan B yang berpendapatan lebih tinggi dari A, katakanlah RM70,000 setahun, tetapi B hanya mampu menyimpan 6% dari jumlah pendapatan yang diperolehi, jumlah pendapatan yang disimpan hanyalah sebanyak RM4,200 setahun.
        • Apabila dikirakan selepas 25 tahun, apabila sebenarnya A telah berjaya menyimpan RM39,000 lebih dari B. Inilah yang dimaksudkan dengan menganalisis perbelanjaan dan bahagian yang disimpan secara bijak supaya anda mampu hidup dengan senang di kemudian hari kelak.

        Inilah dia teknik yang biasa digunakan oleh mereka yang ingin menambahkan lagi pendapatan supaya dapat hidup dengan lebih senang di kemudian hari kelak.

        Persoalannya, boleh ke kita ni nak menyimpan? Kalau anda berminat, anda sebenarnya boleh menjana pendapatan berterusan yang boleh membantu anda untuk menambahkan lagi pendapatan yang boleh digunakan sebagai simpanan. Bukan sahaja anda boleh membina website anda sendiri dan menerima 10 email akaun, anda berpeluang menjana pendapatan dengan menjemput rakan-rakan anda untuk menjana pendapatan bersama-sama anda.

        Lebih banyak anda mendapatkan prospek, lebih banyak pendapatan anda. Lebih banyak pendapatan anda, lebih banyak yang boleh anda simpan.

        Anda berminat untuk mengetahuinya? Sila ke halaman ini sekarang!

        p/s.  Saya ada membuat kira-kira mengenai artikel ini dan telahpun upload di mediafire. Kalau agak2 anda tak percaya dengan apa yang saya cerita kan....apa kata anda tengok sendiri fail tersebut, mungkin selepas itu barulah anda percaya apa yang saya katakan di atas.

        Sila download di sini

        No comments:

        Post a Comment