Elakkan diri dari berfikiran negatif

Saya tertarik dengan posting yang dikirimkan oleh saudara Aqif melalui e-mail,

Memang betul, kita selalu je akan sampai ke satu tahap yang mana kita was-was, tak pasti dengan apa yang berlaku pada kita, masa tu kita mesti akan terfikir, "Boleh ke tak aku buat ni?","Kalau aku buat ni boleh untung ke?", macam-macam lagi la....

Kalau nak ditafsirkan posting yang dikongsi ini, memang kita perlu untuk mengubah fikiran negatif kepada positif supaya kita boleh menghadapi apa jua cabaran yang bakal melanda. Bila kita sentiasa berfikiran positif, dah tentu ianya akan meningkatkan lagi motivasi kita, dan secara automatik kita dapat menyelesaikan apa je masalah dengan cepat dan pantas.

Baiklah, untuk elakkan diri dari berfikiran negatif, ada 3 perkara yang nak saya ulas dari posting saudara Aqif.

"1. Meneliti Pergaulan Individu dan Berkumpulan"

- hmm......rasanya kalau tak silap, bijak pandai pernah bercakap, kalau kita nak berjaya, maka kita hendaklah bercampur dengan orang yang berjaya. Kan dah kena tu, sebabnya orang yang berjaya ni fikiran mereka selalunya positif, tak pernah la dengar diorang ni merungut ke, bermuram durja ke.. semuanya akan mereka selesaikan sebaik mungkin. Kalau ada problem pun, mesti mereka akan sentiasa mencuba, cari jalan untuk selesaikan problem tu sebaik mungkin. Bila kita bercampur dengan mereka ini, secara automatik kita pun akan sentiasa berfikiran positif, dan kalau kita ada masalah, nescaya mereka ni akan cuba untuk membantu kita.

"2. Mewujudkan Persekitaran Positif"

- takkan tak tau kot,, bila kita sentiasa dikelilingi oleh benda-benda yang meningkatkan motivasi diri, secara tidak langsung kita akan meninggalkan fikiran negatif jauh-jauh. Sentiasa mengamalkan aktiviti yang menyihatkan minda dan tubuh badan, dan bagi yang beragama Islam, sentiasalah solat kerana dengan solat tu hati akan menjadi tenang, dan semua masalah boleh diselesaikan dengan cepat. Kalau malas pun, dengar je bacaan surah-surah dari PC anda, paling tak pun hati yang kusut tu mesti akan tenang je. :)
Cara lain pulak, kat internet ni kan banyak artikel mengenai motivasi, apa kata anda baca dan hayati setiap artikel tersebut untuk sentiasa pastikan fikiran anda sentiasa positif.

"3. Menggunakan Ayat-ayat Positif"

- baca tajuk pun dah tau kan.. Kalau ada perkara negatif yang terlintas di fikiran, cepat-cepat ubah ayat tersebut kepada perkara positif. Ayat-ayat seperti "Tak rugi ke?", "Aku tak yakin sangat la", hendaklah diubah kepada "Boleh untung la kalau kena dengan strategi yang betul..", "Kalau aku betul-betul study ni, mesti aku boleh buat"..
Setkan dalam minda anda supaya sentiasa berfikiran positif, luahkan dengan kata-kata, diikuti dengan perbuatan, lepas tu takde maknanye anda nak fikri negatif lepas ni.

Cukuplah takat ni kot,, thanks kepada saudara aqif, saya tukang explain dengan cara saya sendiri jer.

Ada banyak lagi rasanya tip-tip yang boleh digunakan. Nantilah kalau ada akan di paparkan lagi di sini.

Nak balik.. Layan anak buah kat rumah...

No comments:

Post a Comment