Artikel - M L M memang skim piramid?

Aku dah lama follow saudara Zamri Nanyan, bukan setakat dia sahaja,
ramai lagi top Internet Marketer yang selalu aku follow yang mana mereka
ini bukan saja buat duit dari internet, tapi mereka sebenarnya bermurah hati
(murah hati ada makna tu) untuk berkongsi artikel yang amat menarik,
contohnya kalau kita tengok ramai orang selalu keliru dengan MLM, selalu
cakap MLM ni sistem cepat kaya, cara nak untung cepat, dan macam-macam
lagi. Hmm,, apa kata anda baca artikel yang saudara Zamri kongsikan bersama kita.
Mungkin dengan artikel ini, ianya dapat mengubah persepsi anda tentang MLM.

Memang perbincangan skim piramid dan M L M bagai tidak dapat dipisahkan...
perdebatan ini tidak akan berakhir walaupun ianya telah bertahun dibahaskan.

Saya juga tak merasakan yang topik ini akan kurang diperkatakan di
masa akan datang. Kalau tak percaya, simpan e-mel ini dan baca sekali
lagi 2 atau 3 tahun akan datang, dan lihatlah di pelbagai forum yang
membincangkan perniagaan sebegini.

Jadi, betulkan M L M itu ialah sebuah skim piramid?

Sebelum saya jawab soalan ini, biar saya berikan 3 senario di bawah:

1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang presiden atau perdana menteri, diikuti
oleh beberapa menteri... dan wakil-wakil rakyat lain, ketua daerah dan sebagainya.

Cuba perhatikan...

Adakah jumlah perdana menteri lebih ramai dari menteri? Bagaimana pula
jumlah menteri berbanding wakil rakyat... dan jumlah... anda tahu
selebihnya bukan?

2. Sebuah syarikat mempunyai seorang CEO atau presiden, diikuti dengan
naib presiden, direktor, pengurus dan lain-lainnya.

Berapa ramaikah bilangan direktor jika dibandingkan dengan jumlah pengurus?

Sudah tentulah jumlah direktor lebih rendah dari jumlah bilangan pengurus.

Bagaimana pula gaji presiden berbanding gaji seorang pengurus?
Bolehkah seorang pengurus mempunyai gaji setinggi gaji pesiden? Tentu
kucar-kacir pengurusan syarikat ini jika gaji presiden (orang paling
tinggi dalam piramid) lebih rendah dari gaji seorang pengurus.

3. Sebuah organisasi M L M mempunyai pemimpin yang mempunyai lebih ramai
orang di bawah beliau dengan pelbagai pangkat yang lebih rendah. Beliau
mendapat lebih banyak pendapatan daripada orang lain.

Walau bagaimana pun, tidak mustahil orang di bawah beliau menjadi lebih
bagus dan menyamai atau mendapat lebih banyak pendapatan daripada
beliau pada suatu hari nanti. Semuanya bergantung kepada usaha mereka
membina sebuah piramid yang besar.

Jadi, apakah kesimpulan yang hendak saya buat di sini?

Senario manakah lebih adil?

Jangan anda tersalah anggap yang sesebuah organisasi piramid itu adalah
menyalahi di sisi undang-undang. Yang salahnya ialah skim cepat kaya yang
menggunakan piramid untuk menindas orang bawahan.

Sebenarnya, organisasi yang berbentuk piramid adalah sebuah organisasi yang
kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin akan tumbang. Ekonomi negara akan ke
belakang, dan orang akan terus gagal di dalam bisnes.

Masalah piramid dan M L M sepatutnya difahami dengan betul... dan bukannya
mengambil kesimpulan yang M L M adalah sebuah piramid dan menyalahi
undang-undang.

Jadi, betulkan M L M itu sebuah piramid?

Ya, M L M ialah sebuah piramid tetapi tidak semestinya skim piramid atau skim
cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kerajaan kita juga berbentuk piramid,
syarikat swasta dan kerajaan juga berbentuk piramid. Mungkin keluarga
anda juga berbentuk piramid.

ikhlas,

Zamri Nanyan


================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan
Tom "Big Al" Schreiter dengan terbitnya ebook
hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama
kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan
ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================

Selain itu, sekiranya anda berminat dengan bisnes MLM dengan
harga yang murah, membolehkan anda menjana pendapatan
BERTERUSAN setiap bulan, apa kata anda KLIK link ini dan tonton
video yang boleh anda gunakan sebagai panduan untuk
menjana pendapatan dari teknik ini!

No comments:

Post a Comment