Kat bawah ni saya nak kongsikan bersama-sama anda nota motivasi yang saya perolehi semasa browsing around....nak kongsi bersama2 anda....
Semoga dengan perkongsian ini, kita sama-sama dapat manfaat yang beterusan....
01- Hidup ini adalah warna-warna yang dilukiskan pada kanvas, walaupun tidak kelihatan cantik ia tetap mempunyai berjuta makna.
02- Kehidupan bukanlah kesenangan yang berterusan, tapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.
03- Prinsip kematangan hidup yang paling kuat terselindung disebalik pilihan-pilihan yang dibuat.
04- Tujuan saya dalam hidup ialah berpegang pada diri sendiri walau apapun yang berlaku, dan bukan mementangnya.
05- Takdir yang tertinggi seorang individu ialah untuk memberi khidmat daripada memberi arahan.
06- Ujian keberanian yang paling mencabar dalam hidup ialah bukan menghadapi kematian sebaliknya menilai kehidupan itu.
07- Keadaan anda sekarang bukan penentu arah mana yang anda boleh tuju tetapi menentukan dimana anda bermula.
08- Sikap tidak memaafkan merupakan racun yang kita minum sementara kita harapkan orang lain akan mati dengannya.
09- Sahabat yang paling setia kepada seseorang ialah sepuluh batang jarinya.
10- Kegembiraan bukanlah satu destinasi, tetapi merupakan satu kaedah kepada kehidupan.
11- Hormatilah pandangan orang lain jika kamu mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.
12- Bangkitlah dari kisah semalam. Jangan jadikan ia sebagai jalan perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan untuk menuju cita-cita yang lebih besar.
13- Manusia yang berjudi dengan kehidupan adalah manusia yang sering meletakkan posisinya dalam risiko yang tinggi. Begitulah juga sebaliknya bagi mereka yang membuat percaturan kehidupan.
14- Sembilan bulan sepuluh hari adalah waktu kita berada dalam rahim ibu, katahuilah tiada jalan ke syurga seandai keredaan ibu tiada diperolehi.
15- Pilihlah persahabatan itu berlandaskan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan atau kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua dan mati.
16- Apabila anda bermusafir atau mengembara ke negeri orang, jadikan gurau senda sebagai perkara yang menyenangkan hati, kerana ia menghilangkan kebosanan.
17- Orang yang berilmu sering diam dari berkata-kata yang tidak berfaedah sedangkan orang tidak berilmu sering berbicara tanpa fakta dan hanya menampakkan kebodohannya sendiri.
18- Manusia yang sering meletakkan kesalahan di bahu orang lain tanpa menyiasat atau meneliti. Manusia itu sebenarnya menjadi musuh dengan apa yang dia tidak ketahui.
19- Akal dan nafsu sering bersaing, jangan biarkan nafsu menunggang akal kelak binasa diri. Hendaklah akal menumpang nafsu supaya terpelihara dari perbuatan yang buruk.
20- Adakala kita perlu menjadi sombong kepada manusia yang sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. Kebenaran akan terserlah melalui kejujuran setiap tindakan.
21- Seorang lelaki yang budiman memelihara agamanya, maruah dirinya, kehormatan keluarganya dan menjadikan seorang wanita sebagai teman dan melindunginya dari segala ancaman.
22- Kita sering mengagung-agungkan orang lain dan bangga dengan apa yang ada pada mereka, pada hal kita mampu menjadi seperti itu kalau kita bergerak dari tempat kita banggakan sebelum ini.
23- Ilmu dan amal bagaikan jiwa yang bersatu, tercicir salah satu ibarat busur tanpa anak panah. Begitulah hubungan seorang ayah dan anaknya. Air dicincang tak akan putus.
24- Cinta itu bagaikan matahari tersembuyi di balik awan namun masih memberi cahaya. Begitu jugalah ilmu, tidak akan hilang selagi memberi pelajaran dan pengetahuan kepada orang lain.
25- Berbudi kepada tanah hasilnya lumayan, berbudi kepada tanahair jasanya dikenang. Berbudi kepada ibu-bapa tanda kasih seorang anak, berbudi kepada agama hanya Tuhan yang layak membalasnya.
26- Waktu perlu dijaga, andai tidak ia akan jauh dan sukar dikejar, penjelasan perlu menjelaskan apa yang tidak jelas. Waktu itu ia mungkin dijelaskan setelah kita memahami diri masing-masing.
27- Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri kehidupan.
28- Jangan memberi banyak alasan untuk menyelesaikan penangguhan matlamat anda.
29- Latih diri anda supaya berfikir positif dalam masa 7 hari berturut-turut, anda akan dapati suatu perubahan yang amat positif dalam cara berfikir.
30- Mendisiplinkan diri merupakan cara bagaimana anda boleh mematuhi undang-undang/peraturan-peraturan dunia atau pun akhirat.
31- Meletak sejuta usaha lebih baik daripada meletak sejuta angan-angan.
32- Kehiduapan bukanlah kesenangan yang berterusan, tetapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.
33- Prinsip kematangan hidup yang paling kuat terselindung disebalik pilihan-pilihan yang dibuat.
34- Kegagalan adalah permulaan bagi menimba pengalaman untuk berjaya. Bangkitlah dan jangan ulangi kesilapan yang sama, belajar untuk lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
35- Perasaan marah, tertekan atau sedih adalah apa yang anda beritahu kepada diri sendiri. kaji semula kemahuan anda. Kesempurnaan? Rasa anda tahu tentang segalanya? Ia mungkin puncanya.
36- Ikut kata hati pertama dalam membuat keputusan, kerana bisikan kata hati kedua kerap disulami keraguan dan kata hati ketiga pula terselit lafaz dari pujukan nafsu.
37- Ketawa melancarkan perjalanan darah, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan stress dan menggalakkan pengeluaran endorphins, bahan kimia semulajadi untuk awet muda.
38- Sifat malas akan menyebabkan kita suka menangguh kerja, melalaikan kita, membuat kita sering lupa membuat sesuatu dan membuat kita jauh ketinggalan dengan orang yang telah berjaya.
39- Rajin terbahagi kepada dua, rajin yang ikhlas dan rajin yang menunjuk-nunjuk. Uasha biarlah ikhlas untuk kebaikan diri dan bukannya untuk mempopularkan diri dengan kerajinan sementara.
40- Sering mengeluh? Keluhan itu sebenarnya menjadi benteng keberkesanandiri, seolah-olah telah kalah sebelum berjuang. Bersyukurlah kepada Allah kerana masih mampu hidup dimuka bumi ini.
41- Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda mencintai pekerjaan yang anda lakukan kejayaan akan menjadi milik anda.
42- Hampir 95% segala sesuatu yang anda fikirkan dan rasakan adalah kebiasaan dan otomatis ditentukan oleh perilaku-perilaku dan pengalaman-pengalaman di masa lalu.
43- Orang-orang yang sihat dan bahagia adalah mereka yang menghadapi kenyataan-kenyataan hidup mereka secara langsung. Namun tidak berharap hal itu berubah secara langsung.
44- Ramai orang yang boleh membeli jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai yang boleh menepati masa yang berharga.
45- Dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apa yang disuruh.
46- Kemahuan itu merupakan perkara penting, Ada bakat pun jika tiada kemahuan dan kesungguhan kita tidak boleh berjaya.
47- Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakkannya.
48- Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari berbagai alasan.
49- Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
50- Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
51- Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
52- Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
53- Manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal untuk merancang.
54- Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah sebelum berjuang.
55- Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya barulah pengalaman itu datang
Sumber dipetik dari : http://www.familiazam.com/dr_
No comments:
Post a Comment