Artikel - M L M dan Internet! Boleh ke?

Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM Anda?

Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan perniagaan MLM anda melalui Internet, namun saya dapat simpulkan yang tujuan UTAMA anda menggunakan Internet ialah:

1. Untuk membina persahabatan dengan propek, bakal pelanggan dan juga rakan niaga anda.

Ramai yang terlupa untuk memberi perhatian kepada perkara ini kerana mereka inginkan kejayaan dalam masa yang singkat.

Saya harap, anda tidak begitu.

Gunakan kelemahan ini sebagai kekuatan anda - iaitu dengan menambah lebih ramai kenalan dan mengenali mereka dengan lebih rapat. Pada masa yang sama, biarlah mereka mengenali anda juga.

Mengapa? Ianya lebih mudah berurus niaga dengan orang yang anda kenali daripada orang yang anda tidak kenali langsung.


2. Untuk mencari prospek dengan cara yang lebih mudah dan lebih pantas.

Jika anda ingin perniagaan MLM anda berkembang, anda perlu mencari ramai rakan niaga yang sanggup membina perniagaan ini bersama anda. Masalahnya, terlalu ramai yang ingin melakukannya tetapi kekurangan masa untuk keluar dan bertemu prospek. Bukan setakat itu sahaja, untuk mencari prospek pun susah jika anda terlalu sibuk dan tak dapat keluar dari rumah.

Cara terpantas ialah dengan mencari prospek ini di Internet. Dengan sebuah komputer yang mempunyai talian Internet, anda bakal menemui beribu-ribu
prospek yang mungkin akan manyertai perniagaan anda sekarang atau pada masa akan datang.

Jika mereka ingin menyertai anda sekarang, bagus! Jika mereka belum bersedia, teruskan membina ikatan dan persahabatan yang baik antara anda dan bakal rakan niaga anda.

Selebihnya, anda boleh gunakan internet untuk tujuan latihan dan perbincangan ataupun memberikan maklumat berkenaan perniagaan anda. Tetapi, saya
memang sarankan anda memberikan keutamaan kepada dua perkara di atas terlebih dahulu, dan biarkan upline dan kumpulan anda melatih kumpulan baru anda.

Diharapkan pengenalan kepada topik ini dapat membuka minda anda untuk mula melihat internet sebagai salah satu alat untuk memperkembangkan
perniagaan MLM anda.

Sebarang komen amat dialu-alukan.

ikhlas,

Zamri Nanyan
Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan
Tom "Big Al" Schreiter dengan terbitnya ebook
hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama
kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan
ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================

Selain itu, sekiranya anda berminat dengan bisnes MLM dengan
harga yang murah, membolehkan anda belajar banyak perkara tentang dunia
internet, belajar mempromosikan bisnes anda dan yang penting sekali
menjana pendapatan BERTERUSAN setiap bulan, apa kata anda KLIK link ini
dan tonton video yang boleh anda gunakan sebagai panduan untuk
menjana pendapatan dari teknik ini!

No comments:

Post a Comment