Enam Strategi Untuk Menjadi Seorang Affiliate Berjaya

Pemasaran affiliate adalah cara paling mudah untuk seorang usahawan internet menjana pendapatan. Kerjanya senang; promosikan barang/servis, anda akan mendapat komisyen. Seorang affiliate memasarkan produk untuk mendapatkan sebahagian daripada hasil jualan yang berjaya dilakukan.

Seseorang yang berkemahiran tunggi dalam bidang pemasaran affiliate ini selalunya akan berjaya mendapatkan pendapatan yang tinggi setiap bulan. Ada yang mencecah sehingga lima angka, empat angka malah lebih dari itu. Yang menariknya, hanya lebih kurang 1-5% sahaja dari usahawan internet yang berjaya ke tahap itu. Mereka ini biasanya dikenali sebagai “super” affiliate. Di Malaysia, sebenarnya telah ramai yang telah mencapai status “Super” affiliate seperti saudara Zamri Nanyan, Razif Yusof, dan ramai lagi yang boleh anda cari di internet.

Persoalannya, bagaimana mereka ini semuanya berjaya dan boleh digelar “Super” affiliate? Biasanya mereka ini mempunyai taktik yang tersendiri yang diamalkan dan berjaya menarik ramai prospek untuk membeli sesuatu produk yang dipasarkan. Tidak susah sebenarnya untuk mengetahui taktik tersebut, tetapi untuk mengamalkannya kita memerlukan pengorbanan yang amat tinggi tidak kira dari segi masa, fokus, malah dari sudut kewangan juga. Selain dari semua itu, kita juga perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut:
  • Ketepatan
  • Kesabaran
  • Pengetahuan yang tinggi mengenai produk yang dipasarkan

Apabila anda mempunyai ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, dan mengamalkan strategi di bawah, sudah tentu anda juga mampu berjaya dan akhirnya anda juga boleh digelar “super” affiliate yang mampu menjana pendapatan sehingga lima angka atau lebih setiap bulan.

1. Boleh mencari Niche yang unik
a. Kebanyakan usahawan internet biasanya berfikir yang menggunakan niche sedia ada boleh membuatkan mereka berjaya berbanding dengan penggunaan niche yang unik. Dengan niche yang unik, fokus kepada niche tersebut, promosikan ia, dan biasanya anda akan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

2. Pemasaran
a. Setelah anda mendapatkan niche yang unik, anda hendaklah mempromosikan ia menggunakan kaedah yang tepat. Ramai affiliate suka menggunakan promosi pay-per-click melalui Google Ad-Sense dan sebagainya. Akan tetapi promosi sebegini memerlukan kos yang tinggi dan anda harus tahu bagaimana untuk menggunakan setiap fungsi yang disediakan kepada anda. Jika anda tidak mahu menggunakan kempen pay-per-click, terdapat banyak elemen pemasaran percuma yang boleh anda gunakan seperti pemasaran melalui blog, forum, laman web sosial dan banyak lagi.

3. Tahu produk anda, tahu prospek anda
a. Sediakan satu sumber yang mana anda boleh berkongsi apa sahaja yang anda tahu mengenai produk yang hendak dipasarkan. Anda perlu mengambil sedikit masa untuk melakukan kajian yang mana dengan setiap informasi yang anda perolehi dan kongsikan kepada audien anda akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai usahawan internet. Apabila anda sudah ada kredibiliti, maknanya orang akan mempercayai anda yang mana ia akan memudahkan anda menjual sesuatu produk yang ingin dipasarkan kepada mereka.

4. Jangan Fokus kepada satu-satu produk sahaja
a. Anda hendaklah mempromosikan produk dari pelbagai sumber. Dengan kaedah ini, sekiranya anda mempunyai masalah pembayaran dengan satu pemilik, ia tidak akan mengganggu keseluruhan bisnes anda. Sentiasa pastikan perjanjian yang dipersetujui dibaca dengan teliti supaya anda tidak rugi kemudian hari. Anda tidak perlu takut, anda boleh mempromosikan produk yang mempunyai niche yang sama, walaupun pemiliknya berbeza.

5. Sentiasa mempunyai pengetahuan dan melakukan pembaharuan
a. Sekiranya anda benar-benar mengetahui alam internet tidak semestinya sama untuk selama-lamanya. Setiap hari ada sahaja benda yang berubah. Sama juga dengan teknik pemasaran produk anda. Anda hendaklah sentiasa melakukan kajian mengenai trend pengguna internet semasa supaya anda tidak ketinggalan dalam mempromosikan produk anda.

6. Jangan mudah mengalah
a. Memang benar, untuk setiap perniagaan, tidak kira secara online, atau offline, ada sahaja cabaran akan melanda kita yang mana ianya menyebabkan ramai usahawan mengalah pada saat awal pembabitan mereka. Sebagai seorang usahawan internet, anda hendaklah sentiasa memeriksa trafik ke produk anda yang mana dengan statistik tersebut, anda boleh tahu apa teknik yang berkesan, apa yang kurang berkesan. Sentiasa perbaiki teknik yang kurang berkesan yang sentiasa lakukan perubahan sekiranya perlu. Sentiasa promosikan produk anda dan sentiasa bersabar, lama kelamaan pengguna akan datang kepada anda dan membeli produk yang anda pasarkan.

Apa yang perlu anda ingat, untuk berjaya dalam bidang pemasaran internet, ia tidak berlaku dalam sekelip mata. Cuba tanya “Super” affiliate tempatan yang dinyatakan di atas, mereka telahpun berkecimpung dalam bidang ini selama bertahun-tahun sebelum berjaya ke tahap yang diingini. Dengan mengamalkan ciri-ciri yang dinyatakan diatas, ketepatan maklumat, kesabaran dan pengetahuan yang tinggi, diikuti dengan enam langkah yang dinyatakan diatas, anda sebenarnya dalam perjalanan menjadi seorang “Super” affiliate.

---------------------------------------------------------
Ketahui bagaimana anda juga boleh menjana pendapatan berterusan dengan menjadi seorang affiliate yang menjual servis pendaftaran nama domain? Bisnes yang bukan sahaja untuk pasaran tempatan, malah anda juga boleh menembusi pasaran antarabangsa dengan sistem pemasaran yang cukup lengkap! Apa kata anda tonton video yang disediakan di halaman web berkenaan.
Klik untuk lebih info!
---------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment