Ubat untuk motivasi diri

Untuk menjadi seseorang yang berjaya, anda perlulah mempunyai 'peluru' yang tersendiri sebelum terjun ke dalam dunia yang mempunyai cabaran dan kemanisan yang silih berganti ini.

Biasanya, anda pasti akan rasa 'peluru' ini ialah produk atau bahan jualan yang digunapakai semasa 'peperangan' berlangsung, tetapi sedarkah anda, bahawa 'peluru' rahsia yang paling utama bukanlah produk serta bahan jualan ini ?

Terdapat 'peluru' yang paling penting, dan ia amat penting digunakan sebelum peperangan bermula..
Peluru yang saya maksudkan adalah :.



Peluru 1* : TETAPKAN MATLAMAT

Sebelum menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, perlu tetapkan matlamat atau menanam cita-cita. Ini kerana,tanpa matlamat anda seperti nakhoda yang belayar ke lautan luas tanpa ada arah tujuan!!.

Tetapi pastikan matlamat atau cita-cita yang anda tetapkan hendaklah rasional dan mampu dicapai. Sebagai contoh:
Mendapatkan RM1 juta pertama dalam masa 3bulan dengan hanya menjual kuih di gerai.

Matlamat sewajarnya biarlah mampu di capai dengan kemampuan kita. Lebih baik sedikit tetapi matlamat tercapai.

Bila matlamat anda tercapai, secara automatik akan lebih bersemangat dan bermotivasi.. ;)



Peluru 2* : FOKUS ( Focus)

Bila sudah tetapkan matlamat.. so perlu lah focus kepada matlamat tersebut. Kalau hanya tetapkan matlamat tetapi takde tindakan dan focus, takde guna jugak kan…

Fokus merupakan satu perkara yang amat penting, dan ia perlu berada dalam diri anda, terutamanya bila ingin menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan.

Melakukan sesuatu perkara itu berserta fokus yang tinggi sebenarnya kunci kepada kejayaan mana-mana usahawan di dunia ini.

Tanpa fokus, anda tidak akan berjaya menjadi Seorang usahawan yang berjaya. Percayalah!!



Senjata #3 : SEMANGAT

Saya pasti Emran pernah gagal dan ramai orang di luar sana mengeluh bahawa mereka juga pernah gagal. Tetapi pada saya mereka bukannya gagal, mereka cuma belum menjumpai strategi atau ramuan yang sebenar untuk mencapai kejayaan.

Maksud saya di sini, Emran hendaklah berfikir secara positif. Bila pemikiran positif, secara tidak langsung tindak balas atau reaksi Emran juga positif.

Mungkin jika Alexander Graham Bell mengaku bahawa beliau gagal dalam mencipta telefon, mungkin sampai hari ini kita masih menggunakan burung merpati untuk hantar maklumat ke tempat lain.

Thanks to

ashraf aka cybersyndrome

rahsiamodal.com

Anda ingin menjadi seorang yang berjaya, jom sertai saya melalui team GDI Malaysia yang mana kita boleh belajar macam-macam perkara untuk mengembangkan bisnes kita. Bukan setakat domain .WS, malah lebih lagi.

Sila klik link di bawah untuk maklumat lebih lanjut!

Team Buat Duit Malaysia

No comments:

Post a Comment