Belanja kenderaan boleh dijimatkan!



Kenderaan merupakan keperluan lebih-lebih lagi jika anda tinggal di bandar tetapi jangan jadikan ia BEBAN yang menyusahkan hidup anda.

Perbelenjaan dari kenderaan merangkumi:
1- Bayaran ansuran bulanan
2- Petrol
3- Tol
4- Parking
5- Servis
6- Insurans
7- Cukai jalan
8- Saman
9- Kos membaiki kerosakan
10- Kemalangan
11- Dan perkara-perkara sampingan lain

Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan perbelanjaan ialah:

1- Bayar ansuran kereta anda pada kadar yang lebih setiap bulan. Semakin cepat anda langsaikan hutang kereta anda, anda akan jimat daripada membayar bunga kepada bank. Jangan kayakan bank anda.

2- Rancang perjalanan anda, jangan membawa kereta dengan tergesa-gesa dengan menekan pedal minyak dan brek dengan mengejut. Ia akan mengakibatkan penggunaan petrol yang lebih banyak.

3- Singgah dan selesaikan urusan anda semasa pergi dan balik kerja. Tidak perlu pulang ke rumah dan keluar semula. Itu membuang masa dan membazir namanya.

4- Keluarkan semua perkakasan yang tidak berguna (jangan pula anda keluarkan tayar simpanan) untuk mengurangkan berat kereta anda sekaligus mengurangkan penggunaan petrol.

5- Elakkan ke tempat yang dikunjungi ramai. Jika anda ingin ke pusat membeli belah, cuba jadualkan pada malam hari bekerja. Ini kerana anda akan membayar lebih harga 'parking' pada hujung minggu dan boleh menghabiskan masa
setengah jam semata-mata untuk mencari parking!

6- Servis kereta anda mengikut masa yang ditetapkan kerana kerosakan akan lebih merugikan anda jika berlaku.

7- Buat rayuan agar saman anda dikurangkan sebelum anda menjelaskan saman. Yang paling baik ialah, patuhi undang-undang jalan raya. Undang-undang dicipta untuk kebaikan. Patuhinya...

Banyak lagi cara untuk menjimatkan perbelanjaan kereta anda.
Fikirkan lagi apa yang lebih sesuai untuk anda.

Untuk lebih banyak tips penjimatan, sila click link di bawah...

>>> http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=vtXM&mc=f&s=zldIt&y=q&

No comments:

Post a Comment