11 Tips Memilih Hosting Berbayar

Sebelum anda membuat keputusan untuk membuat salah-satu daripada pelaburan anda yang terbesar dalam memulakan dan membina perniagaan internet anda iaitu membeli domain dan akaun hosting sendiri, terdapat beberapa perkara yang harus anda ambil kira.

Berikut saya kongsikan bersama anda 11 tips yang boleh anda ikuti sebelum anda membeli akauan hosting persendirian anda :-

Tips 1 : Pastikan tempoh 'downtime' yang minima

Tidak kira apa yang anda pilih untuk sebuah penyedia web hosting, jumlah 'downtime vs. uptime' adalah perkara yang paling penting sekali perlu diambil kira. Secara asasnya, anda perlu memilih perkhidmatan web hosting yang menyediakan 'uptime' yang maksimum. Ini bermakna website anda sentiasa tersedia untuk paparan pengunjung bila-bila masa mereka mahu berkunjung ke website anda.

Ada seketika syarikat penyedia web hosting anda perlu menjalankan aktiviti baik-pulih atau penyelenggaraan. Dalam tempoh tersebut mereka akan tutup buat seketika perkhdimatan hosting anda. Inilah yang dinamakan waktu 'downtime'

Selain itu ada kalanya juga pihak server syarikat hosting anda akan menghadapi masalah server down. Pastikan syarikat anda pada ketika itu sentiasa berhubung dan memberi update terkini kepada anda.

Satu lagi tips berkaitan perkara ini ialah, jika terdapat mana-mana syarikat penyedia hosting yang menjanjikan 100% 'uptime', AWAS! Mungkin juga mereka memberi hanya janji-janji manis. Perkara ini (100% uptime) agak mustahil untuk berlaku. Seperti yang saya sebutkan tadi, ada kalanya hosting provider anda akan mengalami juga tempoh 'downtime' ini.

Tips 2 : Jumlah ruangan penyimpanan (disk space storage) yang mencukupi

Website biasa memerlukan ruang sebanyak 200MB-300MB dan ini biasanya cukup untuk menampung format asas seperti sebuah ministe. Tetapi jika untuk laman blog, mungkin anda memerlukan ruangan penyimapanan yang lebih. Macam saya sendiri, laman blog saya ni, saya membeli pakej yang mempunyai 'disk space' sebanyak 1500MB. Bagaimanapun, jika anda perlukan lebih bandwidth dan ruang web, anda mungkin perlukan lebih ruang hosting. Foto dan video klip biasanya memerlukan ruang yang lebih besar, begitu juga dengan 'interactive features'.

Tips 3 : Jumlah Add-on Domain / sub domain yang memenuhi kehendak anda

Satu lagi faktor penting semasa memilih web hosting ialah berapakah jumlah domain dibenarkan untuk anda miliki. Sebagai contoh, jika anda ingin menjual panduan resepi masakan, maka domain pilihan anda yang boleh anda pilih adalah masakanmelayu.com dan resepimelayu.com, pertama sekali anda perlu memastikan penyedia hosting membenarkan anda memiliki lebih dari satu nama domain. Dengan memilikki lebih daripada satu nama domain ini, ia secara tidak langsung akan menambahkan bilangan visitors yang bakal melawat ke laman web anda.

Tips 4 : Boleh menggunakan perisian FTP

FTP atau 'file transfer protocol', adalah satu faktor lain yang perlu diambil kira apabila memilih web hosting. Fungsi FTP ialah memindahkan fail-fail dan maklumat melalui Internet dan membenarkan data tersebut dihantar kepada atau daripada server. Terdapat banyak versi software FTP server di Internet dan setiap satunya mempunyai kelebihan-kelebihan yang berbeza. Pastikan plan web hosting yang anda pilih akan berfungsi dengan software FTP yang anda guna.

Tips 5 : Mempunyai panel pengawalan cPanel atau Direct Admin

Sebagai seorang webmaster, adalah sangat penting untuk anda memiliki kawalan sepenuhnya ke atas pengoperasian website anda. cPanel atau Direct Admin merupakan dua panel pengawal yang biasa digunakan oleh pihak penyedia hosting namun Cpanel merupakan pilihan terbaik dan mesra pengguna berbanding Direct Admin. Kedua-dua program ini membenarkan pereka website untuk masuk dan melakukan perubahan dengan cepat dan mudah, pada masa yang sama dapat berhubung secara efektif dengan server web hosting yang anda pilih.

Pastikan syarikat penyedia hosting anda ada menyediakan panel pengawalan seperti ini.

Tips 6 : Bantuan Customer Support selepas jualan yang tip-top lagi mantop

Pastikan syarikat web hosting yang dipilih mempunyai pengalaman yang cukup dan staf bantuan yang senang untuk dihubungi apabila anda perlukan bantuan. Seharusnya anda boleh menghubungi mana-mana staf mereka yang betul-betul boleh membantu dan menjawab setiap persoalan anda apabila anda mengalami masalah. Jika tidak, anda akan terkapai-kapai tanpa bantuan jika masalah menimpa anda. Perhatikan juga jika ada cas-cas tambahan yang tersembunyi. Ada sesetengah penyedia perkhidmatan yang cuba mengenakan berbagai-bagai jenis bayaran setelah anda berdaftar dengan mereka. Ini dinamakan sebagai hidden fees.

Bagi pendapat saya, bantuan dari segi teknikal adalah sangat-sangat penting. Katakanlah anda menghadapi masalah berkaitan website anda pada pukul dua pagi, adakah mereka mempunyai seseorang yang akan membantu anda? Apakah kualiti bantuan yang disediakan? Jika anda setakat mendapat jawapan yang tidak membantu atau respon seperti, "Maaf, kami tidak dapat membantu anda dalam perkara itu" atau mereka teramat sukar untuk dihubungi, maka anda tidak mendapat servis yang  setimpal dengan apa yang anda bayar.

Macam syarikat web hosting saya sendiri, mereka mempunyai staf customer support yang bekerja 24 jam sehari..Fuh..memang mantop. Saya pernah hantar email pukul 2 pagi lebih, still mereka balas email saya. Dan selepas beberapa jam, problem saya setel..begheh bak kata orang T'ganu…huhu

Tips 7 : Pastikan bandwidth yang 'supportable'

Bandwidth juga adalah penting bagi sesebuah website yang berjaya. Bandwidth menentukan berapa ramai pengunjung atau hits yang mampu ditanggung oleh website anda. Sesetengah penyedia web hosting mengenakan bayaran jika jumlah pengunjung melebihi bandwidth yang telah ditetapkan untuk anda, jadi perhatikan juga perkara ini.

Saranan saya, untuk laman web jenis minisite bandwidth bulanan 5000 MB dan ke atas sudah memadai manakala jika anda ingin membina laman web bersifat social networking  seperti forum yang bakal mendapat trafik yang tinggi. Mungkin juga sehingga puluhan ribu MB sebulan diperlukan.

Tips 8 : Kebenaran menggunakan script

Ini untuk bagi webmaster yang mahir menggunakan script. Pastikan penyedia web hosting anda tidak mengenakan had terhadap script ataupun ia tidak mampu untuk memproses 'scripting programming language' tertentu. PHP dan CGI adalah antara format script yang biasa digunakan dan kebanyakan web hosting boleh memproses format-format ini. Lihat juga berapa banyak database SQL yang boleh anda guna. Database sangat berguna dalam membantu menyimpan script dan programming untuk digunakan semula nanti.

Tips 9 : Mempunyai perlindungan kukuh bagi tujuan keselamatan laman web anda

Syarikat penyedia web hosting anda seharusnya mempunyai sistem keselamatan jika berlakunya pencerobohan atau 'unauthorized users' yang cuba menceroboh server atau website anda. Tanyakan hal tersebut kepada penyedia web hosting itu bagaimanakah mereka akan menghadapi situasi tersebut atau apakah yang akan mereka lakukan untuk mengelakkan kejadian seumpama itu.
Mendapatkan pandangan mereka tentang bagaimanakah perlindungan keselamatan yang dimiliki oleh penyedia web hosting tersebut adalah satu cara yang baik untuk mengetahui bagaimana mereka akan mengendalikan masalah keselamatan. Ia juga berguna untuk memberitahu anda tahap kemajuan sistem mereka dan apakah sebenarnya jenis perlindungan yang mereka mampu tawarkan untuk pelanggan mereka.

Tips 10 : Semak polisi pembayaran

Pastikan jika anda perlu mengikat kontrak selama setahun, membuat bayaran secara bulanan atau mengikut  penggunaan. Setiap syarikat penyedia web hosting mempunyai polisi pembayaran yang berbeza jadi pastikan perkara-perkara tersebut sebelum anda menyetujui sebarang kontrak mereka. Elakkan diri anda dari mengalami masalah jika berlaku sesuatu di luar dugaan anda kelak. Juga pastikan anda benar-benar mendapat manfaat dari wang yang anda laburkan dalam memilih web hosting.

Harga adalah penting, tetapi kualiti servis dan kelebihan sesuatu web hosting itu lebih penting dan mesti diambil kira. Perhatikan juga faktor-faktor lain seperti bayaran penalti yang akan dikenakan jika anda membatalkan akaun anda, cas pemuliharaan tersembunyi dan apa akan jadi pada website anda jika anda tidak lagi menggunakan perkhidmatan penyedia web hosting itu. Pastikan website anda dan maklumat yang terkandung di dalamnya tetap menjadi hak milik anda, tidak kiralah perkhidmatan web hosting mana yang anda guna.

Tips 11 : Email profesional

Sebuah website yang profesional memiliki alamat emel yang ideal dengan domain mereka (contoh nya admin@domain.com kelihatan lebih profesional berbanding admin@hotmail.com atau sales@gmail.com). Perhatikan juga berapakah jumlah emel domain yang dibenarkan. Semak jika ada bayaran yang akan dikenakan untuk setiap alamat emel atau anda boleh menambah jumlah alamat emel tanpa had.


No comments:

Post a Comment