Usahawan Mestilah Merancang

Sebagai seorang usahawan internet, kita sangat-sangat
memerlukan perancangan yang rapi. Perancangan yang
dimaksudkan ialah perancangan mengenai projek atau
kempen pemasaran yang bakal kita jalankan melalui internet.
 
Kepentingan perancangan dalam perniagaan ini tidak boleh
diabaikan. Tentu anda masih ingat atau pernah dengar
mengenai kejatuhan dot-com pada tahun 2000 yang lalu
dimana beratus-ratus syarikat berasaskan internet telah
gagal di saat kejatuhan ekonomi. Syarikat-syarikat tersebut
dikatakan mempunyai perancangan yang lemah.
 
Beberapa faktor yang harus anda ambil kira dalam
membuat perancangan untuk membina perniagaan
internet anda adalah seperti apakah niche pasaran yang
anda libatkan diri, persaingan, dan perkembangan permintaan
terkini di pasaran.
 
Berikut dikongsikan beberapa langkah penting
yang boleh anda ambil ketika melakukan sesebuah
perancangan dalam melancarkan sesuatu projek berkaitan
bisnes internet.
 
Kajian pasaran dan permintaan ialah langkah pertama yang
wajib kita lakukan. Kita mesti tahu apakah pasaran
yang mempunyai permintaan dan mempunyai potensi untuk
menjana pendapatan melaluinya.
 
Diantara pasaran yang mempunyai permintaan dan para
prospek di dalam pasaran tersebut sanggup untuk
membelanjakan wang adalah seperti pasaran kesihatan dan
perhubungan (relationship seperti ber-dating & hal-hal hubungan
suami isteri). Kedua-dua market ini memang terbukti lumayan
dan orang sanggup bayar untuk mendapatkan produk berkaitan
pasaran tersebut di internet.
 
Ini adalah dua contoh sahaja di mana masih terdapat lagi
pasaran yang lumayan di luar sana.
 
Setelah anda mengenali pasaran yang mempunyai potensi
untuk menjana wang, anda bolehlah membangunkan
produk atau servis yang boleh memberi penyelesaian masalah
di dalam pasaran berkenaan.
 
Sewaktu membuat perancangan tersebut, anda seharusnya
berupaya menyenaraikan segala kebaikan dan kekurangan
produk yang bakal anda pasarkan, siapakah pesaing
yang bakal anda hadapi dan siapakah prospek
sasaran sebenar anda. Prospek sasaran anda mestilah
spesifik di mana anda perlu mengetahui maklumat dari
segi jantina, linkungan umur, tempat tinggal dan lain-lain
ciri demografik yang lain.
 
Pepatah ada mengatakan "Not everyone is your prospect"
harus anda pegang selagi anda menjalankan perniagaan.
anda yang menetapkan ciri-ciri demografik tersebut.
 
Begitu juga dari segi bajet kos modal yang diperlukan dan
tempoh masa yang anda perlukan bagi menjalankan sesuatu
projek atau kempen pemasaran internet anda. Adakah ia
bersifat jangka masa pendek seperti membuat jualan
promosi terhad ataupun ia bersifat jangka masa panjang
seperti jualan akan di buka sepanjang tahun.
 
Maklumat-maklumat seperti di atas tidak harus anda
abaikan ketika melakukan aktiviti perancangan dalam
perniagaan internet anda.

No comments:

Post a Comment