Perniagaan Internet: Apakah Yang Paling Penting?

Sering kali kita dengar "guru" berkata kita boleh buat duit melalui internet tanpa halaman web.Betulkah? mungkin betul dan mungkin juga tidak. Tetapi bagi saya halaman web adalah yang paling penting sekali. Halaman web adalah umpama "kedai" di alam maya. Tak kiralah kedai itu berfungsi sebagai menjual produk sendir, orang lain atau sebagai tempat untuk meletak iklan.

Baiklah, mungkin sesetengah individu menggunakan web 2.0 sebagai platform, tetapi anda harus ingat bahawa mereka tidak mempunyai hak keatas halaman web tersebut. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa aspek dibawah adalah penting untuk memulakan perniagaan internet:

i)   Produk

ii)  Halaman web

iii) Borang pesanan.

Ada sesetengah individu yang ingin bergiat dalam perniagaan internet membeli pelbagai jenis ebook yang menawarkan peluang untuk buat duit di internet. Mereka menghabiskan hampir ratusan ringgit untuk membeli pelbagai jenis ebook dan panduan. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai walau satu pun halaman web.

Seperti yang saya ceritakan dalam artikel yang lepas mengenai kajian yang saya jalankan mengenai masalah yang di hadapi  untuk memulakan perniagaan internet, saya dapati mereka tidak tahu bagaimana hendak bermula. Oleh itu, cara saya adalah:

1) Cari produk yang "unik" iaitu yang jarang di dapati pada sesebuah tempat tetapi mempunyai pasaran dan permintaan. Contohnya baju batik, amat mahal di kuala lumpur dan kurang pilihan, manakala di Kelantan dan Terengganu amat mudah di perolehi.(Ada juga yang menjual minyak belacak  di internet) Ini juga idea yang bagus, mungkin produk minyak belacak ini mempunyai permintaan tetapi pelanggan malu untuk membeli di pasaran terbuka, oleh itu untuk mengatasi masalah "malu" ini, pelanggan akan membeli melalui internet. Saya pula menjual produk pelangsingan badan yang jarang terdapat di negeri lain, hanya boleh di dapati di 3 buah negeri di Malaysia.

2) Apabila produk yang hendak di jual telah dikenal pasti, bina sebuah halaman web jualan. Kajan menunjukkan bahawa minisite adalah efektif sebagai halaman web jualan.Jika tidak tahu untuk membina halaman web, anda boleh mengunjungi forum WangCyber. Di sana, anda boleh mendapatkan servis untuk membina halaman web anda. Anda boleh mendapatkan servis serendah RM50 untuk sebuah minisite.

3) Beli nama domain dan Hosting untuk halaman web anda. Dengan netkl, anda boleh mendapatkan nama domain dan hosting serendah RM60 untuk setahun.

4) Akhir sekali adalah borang pesanan supaya pembeli dapat membuat pesanan untuk produk yang anda tawarkan. Membuat borang pesanan adalah mudah bagi mereka yang mahir programing, tetapi bagi kita yang tidak tahu kod-kod komputer, ia akan mengambil masa untuk belajar. Oleh itu, jika anda ingin membuat borang pesanan dengan mudah, anda boleh pergi kehalaman web rasmi www.borangpesanan.com untuk keterangan lanjut bagaimana ingin membuat borang pesanan. Setelah semua proses ini selesai muat naik semua fail-fail tersebut ke webhosting anda.Siap!! sebuah halaman web jualan anda yang pertama. Kemudian timbul satu lagi persoalan iaitu aspek promosi.

No comments:

Post a Comment