10 tips perniagaan internet

Di sini dikongsikan 10 tips untuk anda lakukan sepanjang 2010.Semoga tips-tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

1. Belajar membina minisite/website/blog bagi tujuan jualan.Tak kira sama ada yang berbayar atau percuma.

2. Kumpul senarai email dan pilih autoresponder yang terbaik.Ini sangat penting untuk pemasaran email

3. Rajin bertanya di forum perniagaan internet.Saya sarankan kepada yang baru untuk sertai forum wangcyber.com

4. Jika anda ada perniagaan offline,kembangkan pemasarannya kepada online.Ramai peniaga offline seperti penjual tudung dan pakaian telah berjaya mendapat keuntungan berlipat kali ganda setelah memasarkannya melalui internet.

5. Gunakan laman web mudah.my sebagai medium pemasaran produk fizikal, hartanah,automotif dan lain-lain produk yang sesuai.Keberkesanannya telah terbukti.

6. Jangan mudah terjebak atau terpedaya melalui penipuan di internet. Gunakan enjin carian seperti Google dan Yahoo untuk selidik dan siasat.

7. Kaji teknik usahawan internet yang berjaya dan aplikasikan teknik yang mereka lakukan.

8. Jangan bertangguh.Untuk mengatasi masalah ini memang memerlukan disiplin yang cukup tinggi.Lakukan perancangan masa dan berdisplin untuk ikut perancangan tersebut.

9. Dapatkan seorang mentor yang boleh membimbing anda.Tunjukkan komitmen anda untuk berjaya dan jangan hanya minta disuapkan ilmu dari mereka sahaja.

10. Melabur.Jangan berkira untuk melabur untuk mengembangkan perniagan internet anda.
Money makes money. << suka tengok line yang ni.. ;)

Thanks to teamaspirasicyber for this article.. Go to their homepage here

No comments:

Post a Comment