4 kesilapan kritikal yang menghalang anda berjaya dalam dunia perniagaan

Dunia perniagaan internet memang sesuatu yang memelikkan. Sesetengah orang buat sesuatu jualan dengan mudah dan memang boleh buktikan yang mereka boleh menjana pendapatan lumayan dengan perniagaan internet. Sebut sahaja nama Ammar Zahar, Irfan Khairi, Zamri Nanyan, semua orang kenal mereka ini yang telahpun berjana menjana pendapatan berterusan melalui internet. Akan tetapi, ada juga yang masih belum berjaya menjana apa-apa pendapatan dengan internet.

Saya pun bukanlah seseorang yang berjaya dalam perniagaan internet, masih lagi bertapak, baru nak bermula, tetapi melalui pembacaan dan pengalaman yang masih lagi kurang, saya nak berkongsi dengan anda tentang kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan internet, baik yang lama ataupun yang baru nak bertapak dalam bidang ini.

1. Fikir yang dunia perniagaan internet adalah sesuatu yang mudah.
Saya pasti ramai orang yang hendak menjalankan perniagaan melalui internet mesti fikir yang kerja ini adalah mudah, ini ditambah pula bila anda berniaga secara "Affiliate" / menjadi agen jualan. Akan tetapi, kita perlu sematkan didalam hati yang perniagaan internet bukanlah sesuatu yang mudah. Secara tiba-tiba saya teringat kata-kata seorang usahawan internet terkenal, "Kita mesti menganggap dunia perniagaan internet sama dengan dunia perniagaan sebenar", yang mana setiap usaha yang dilakukan untuk berniaga secara offline mesti sama dengan berniaga secara online, dari sudut promosi, cari pelanggan, pujuk pelanggan, dan macam-macam perkara yang perlu anda lakukan. Kerja kuat, penetapan minda yang betul, fokus, komitmen adalah kunci kepada kejayaan anda bukan sahaja dalam perniagaan offline, tetapi untuk perniagaan online juga.

2. Percaya kepada benda-benda tahyul dalam dunia internet.
Jangan cakap dunia offline je ada benda tahyul, dalam internet pun banyak benda-benda luar biasa yang diperkatakan. Setiap hari ada sahaja benda-benda yang luar biasa yang dipromosikan, nak nak kepada mereka yang baru je nak berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Ayat-ayat seperti "masuk ** boleh dapat RM1000,RM100","jana RM100,000 sebulan hanya dengan klik itu, ini", mesti selalu anda jumpa. Tetapi setelah anda menyertainya dengan membuat pembelian produk yang dinyatakan, adakah anda dalam RM1000 tersebut? RM100,000? Senang ke nak dapatkan apa yang dijanjikan? Ramai yang percaya dan banyak kes yang dah terjadi sebenarnya, janji macam-macam, tapi satu pun tak dapat. Maknanya apa? Kita sebenarnya perlu berhenti daripada mempercayai benda-benda tersebut dan mula fokus kepada perniagaan internet yang hendak dimulakan.

3. Tak tau bagaimana nak mempromosikan produk "affiliate anda"
Ramai usahawan internet, termasuk saya, mendaftarkan diri dengan rangkaian Affiliate seperti Clickbank, CJ, Amazon, Affiliatebot dan sebagainya. Ramai yang dah tahu bagaimana mendapatkan affiliate link, tetapi ramai juga yang masih belum mengetahui bagaimana untuk membuat orang lain nampak produk yang hendak anda jual. Untuk menjana pendapatan melalui internet, anda sebenarnya perlu mencari trafik dan mengalirkan trafik tersebut kepada laman promosi anda. Cuba buat satu laman web, atau buat satu blog untuk menceritakan permasalahan yang dihadapi yang berkaitan dengan produk anda dan kemudian cuba untuk menjawab setiap permasalahan tersebut dalam satu page atau post. Untuk promosikan produk anda, cuba promosi landing page anda (website atau blog) dalam forum yang berkaitan dengan produk tersebut. Gunakan signature, atau letakkan link ke landing page anda dalam setiap komen didalam forum tersebut dan saya pasti akan ada trafik ke landing page anda. Bila dah ada trafik, maka akan ada orang yang akan tertarik dengan promosi anda dan kemudiannya pasti akan ada jualan yang berjaya anda lakukan.

4. Fokus kepada pasaran yang terlalu tinggi.
Contohnya, cuba anda lakukan carian di google tentang "peluang perniagaan". Hasilnya? jutaan keputusan yang dipaparkan untuk anda. Maknanya? untuk memulakan perniagaan internet anda, sebaik-baiknya anda fokus kepada pasaran yang tidak terlalu tinggi kerana dengan langkah ini, anda akan lebih mudah mendapat jualan, anda dapat membina kemahiran perniagaan anda, dan secara tidak langsung ianya dapat memotivasikan anda untuk berusaha dengan lebih giat lagi. Saya tertarik dengan satu laman web yang menceritakan tentang keputihan, iaitu satu simptom yang selalu dialami oleh kaum wanita, menarik bukan fokusnya? Fikirkan, seramai mana orang yang boleh menceritakan tentang masalah keputihan di internet? Ditambah pula dalam bahasa melayu. Fokusnya sangat mudah, menceritakan tentang masalah keputihan, ajak pembaca mendaftar dalam mailing list, berikan info dan penyelesaian untuk masalah keputihan dan kemudiannya promosi produk yang ingin dijual. Saya rasa ramai orang yang membeli "e-book" dari laman web beliau. Bila dah ramai yang membeli, maka tuan punya produk tersebut dikategorikan sebagai berjaya jadi usahawan internet.

Ini sahaja yang mampu saya janakan untuk anda buat kali ini, ada banyak lagi yang boleh anda cari di internet. Gunakan khidmat google. Banyak lagi panduan yang boleh anda peroleh. Dari masa ke semasa, akan ada lagi info yang akan dipaparkan untuk anda.

Selain daripada itu, jika anda berminat untuk menjana pendapatan dari internet, tapi baru nak belajar bagaimana caranya. Apa kata anda belajar dari laman web tutorial saya, banyak info yang akan dikongsi bersama anda, tak susah, dan tak mahal. Percuma je. Sila layari laman web http://www.emranosman.ws, daftar nama dan email anda, dan anda akan diperkenalkan dengan kaedah lengkap menjana pendapatan melalui internet.

Bukan nak promosi GDI (.ws) tapi ramai-ramai kita belajar bagaimana nak berjaya melalui internet.

Salam.

P/S : artikel ini adalah versi translasi dari bahasa inggeris ke bahasa melayu yang telah diubahsuai sedikit kandungannya supaya anda faham apa yang hendak disampaikan.

No comments:

Post a Comment