Pendapatan Internet Pertama Anda

Dalam setiap aspek dalam kehidupan, langkah pertama adalah yang paling sukar untuk dilakukan.

Sama juga dengan bisnes online. Setiap tahun, kita akan dapati yang ramai orang memulakan perniagaan internet, tetapi bila sekali menemui kegagalan, mereka putus asa dan berhenti dari menjalankan perniagaan tersebut.

Masalahnya, yang berputus asa itu, tidak mahu mengkaji apa yang membuatkan perniagaan mereka itu menemui kegagalan, maka dengan sebab inilah, memperoleh pendapatan pertama anda secara online merupakan langkah yang sangat penting untuk anda dan perniagaan anda.

Bila sekali anda memperoleh pendapatan secara online, apa yang perlu anda lakukan adalah menduplikasi apa yang telah anda lakukan. Lakukan yang betul, dan tinggalkan yang salah dan sudah pasti anda akan memperoleh pendapatan yang lebih selepas itu, mungkin dari satu ringgit, ianya akan menjadi sepuluh ringgit, seratus ringgit, malah dengan usaha yang berterusan, anda boleh menjana sehingga ribuan ringgit.

Bagi "Newbies", jangan buat semua perkara jadi sesuatu yang mengelirukan

Saya pasti, bagi newbie, anda mesti berangan untuk menjana pendapatan jutaan ringgit dengan bisnes secara online. Tetapi, pada masa anda memulakan perniagaan internet, anda tidak perlu untuk memikirkan perkara tersebut. Ini kerana jika anda kerap memikirkan perkara tersebut, anda akan kehilangan fokus kepada perkara-perkara lain yang jauh lebih penting yang mana salah satu daripadanya ialah mendapatkan pendapatan pertama dari internet. Dengan erti kata yang lain, "belum dapat pendapatan pertama, jangan fikir tentang pendapatan ribuan ringgit dari internet".

Anda hendaklah sentiasa fokus kepada satu matlamat pada satu-satu masa sahaja. Jika anda sentiasa memikirkan pendapatan ribuan ringgit, anda akan mudah berputus ada kerana anda belum mampu lagi menjana pendapatan sedemikian yang pastinya akan membuatkan anda mudah berputus asa dan kemudiannya berhenti daripada menjalankan perniagaan internet. Bila anda berhenti, anda tidak memberikan diri anda peluang untuk menilai samada perniagaan anda menguntungkan atau tidak, padahal, ianya menguntungkan jika dijalankan secara baik.

Jika saya hendak memulakan perniagaan dari awal, ini langkah yang akan diambil.

"Sediakan jaring untuk menangkap ikan, tetapi tangkap yang kecil dahulu".

Pada mulanya, fokus kepada benda yang boleh anda jual dalam kuantiti yang kecil dahulu, benda tersebut boleh anda jual sekarang. Antara produk yang boleh anda jual, adalah produk yang mempunyai status "resell right" ataupun dengan menjadi affiliate untuk sesuatu produk.

Rahsianya, ialah mengambil langkah awal secepat mungkin, hanya perlu siapkan dan amalkan langkah pemasaran produk anda dan kemudiannya usaha tanpa henti untuk pasarkan produk tersebut. Mungkin anda mempunyai jutaan produk dalam minda anda yang ingin dijual, tetapi tiada gunanya untuk menjual semua produk tersebut yang tentunya mengambil masa dan wang anda untuk disediakan. Mulakan dengan satu-satu produk pada satu masa dan pastinya anda akan berjaya untuk menjana pendapatan dari produk tersebut.

Ikuti langkah ini untuk menjana pendapatan pertama melalui internet:

- Kajian pasaran - pastikan apakah perkara yang sering diperkatakan oleh prospek anda melalui forum dan kumpulan yang menjadi target jualan anda. Sentiasa kaji apakah perkara yang diperlukan dan yang sanggup dibeli oleh prospek anda. Antara laman web yang boleh anda rujuk untuk produk yang hangat di pasaran adalah seperti Amazon, Ebay, Yahoo Shopping dan banyak lagi.

- Tulis review - sebagai usahawan internet, kerja kita adalah memberikan informasi kepada mereka yang mungkin akan membeli produk yang ditawarkan. Tulis satu review yang menjawab setiap pertanyaan yang bakal ditanya oleh prospek anda. Puaskan hati mereka dengan setiap jawapan anda. Sekiranya anda mempunyai produk yang sama, anda boleh berikan kepada mereka dengan meminta mereka menyertai mailing list anda, anda dapat email mereka, mereka akan memperoleh produk. Bila anda dapat email mereka, sudah tentu anda boleh merujuk kembali kepada mereka untuk tawaran yang akan datang.

- Alirkan trafik kepada laman web review anda - apabila anda sudah siapkan review mengenai sesuatu produk yang ingin anda tawarkan, letakkan di dalam laman web anda dan pergi semula kepada forum yang membincangkan produk anda dalam langkah pertama yang dinyatakan diatas tadi. Jangan terus letakkan link iklan anda, sebaliknya anda perlulah bercampur-gaul dengan mereka dengan menjawab serba sedikit persoalan yang dibincangkan dan kemudiannya barulah anda mengajak mereka ke laman web review anda. "Ajak" tersebut merujuk kepada signature yang boleh digunakan didalam forum yang anda sertai yang mana bila prospek anda klik pada link tersebut, mereka akan dibawa kepada laman web yang dinyatakan di langkah kedua diatas.

Jika anda mengikut langkah yang dinyatakan diatas, pendapatan pertama anda akan tiba tidak lama lagi.

Naikkan momentum anda ke tahap yang lebih tinggi

Laman web review and tidak perlu tertakluk kepada satu-satu produk sahaja. Letakkan juga review untuk produk-produk yang lain yang berkaitan dengan kata kunci produk anda.

Jangan buat review untuk produk yang belum anda cuba lagi. Setidak-tidaknya anda perlu tahu tentang sesuatu produk walaupun untuk tempoh percubaan kerana dengan cara ini, anda lebih telus dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca anda. Letakkan bukti yang mana anda mencuba produk tersebut dan berjaya mendapatkan apa yang cuba disampaikan.

Selepas menyiapkan review anda, apa yang perlu anda lakukan adalah menarik trafik ke laman web anda melalui pengiklanan "pay-per-click", post and di forum, penulisan artikel, seo, pemasaran internet dan banyak lagi.

Survey Pasaran Anda

Tanya pasaran anda, apakah informasi yang diperlukan, atau apakah soalan yang perlu anda jawab? Anda boleh membuat survey yang boleh dihantar kepada mereka yang mendaftar dalam senarai email anda. Anda kemudiannya boleh membuat promosi untuk produk lain yang bersesuaian dengan hasil survey anda yang mana dengan ini anda boleh menjana pendapatan berterusan hanya dengan memberi maklumat kepada pengguna yang berdaftar dalam senarai email anda.

Bagaimana jika saya belum mempunyai senarai email yang besar?

Anda boleh membuat kempen soal selidik. Buat satu borang soal-selidik, dan berikan satu produk sebagai bonus kepada mereka yang menjawab survey anda. Sebaik-baiknya, jika anda berkemahiran dalam pengiklanan pay-per-click, lakukannya untuk menjana trafik ke laman soal selidik anda. Selain daripada itu, anda boleh memberikan review anda, atau laporan percuma yang ditukar ke bentuk fail pdf supaya pelanggan tertarik untuk mendaftar dengan anda.

Langkah ini telah terbukti berkesan untuk mereka yang baru sahaja memulakan perniagaan internet, dan masih lagi digunapakai oleh pakar IM tempatan, walaupun telah mempunyai senarai email yang besar.

Setelah mendapatkan pendapatan pertama anda secara online

Sentiasa terapkan dalam minda anda untuk melaburkan kembali keuntungan yang anda perolehi untuk bisnes anda. Bukan setakat untuk produk lain yang ingin anda jual, anda boleh laburkan keuntungan tersebut untuk latihan, pembelajaran dan alatan yang boleh membantu anda untuk menjana pendapatan yang lebih banyak lagi.

Dengan adanya latihan yang mencukupi, ilmu yang lengkap dan alatan yang bersesuaian, ianya memberikan lebih manfaat kepada anda untuk cuba ke prospek lain yang lebih besar yang menjana pendapatan yang lebih lagi untuk anda.

Jika anda ikuti langkah yang dicadangkan melalui artikel saya ini dan juga informasi yang anda peroleh dari sumber yang lain, langkah anda untuk memperoleh pendapatan kedua, ketiga dan seterusnya melalui internet akan lebih mudah.

Sila ceritakan kepada saya bagaimana anda berjaya menjana pendapatan dari internet. Tinggalkan komen anda dan ini secara tidak langsung akan membantu usahawan internet yang lain berjaya bersama-sama anda. Setiap ilmu yang dikongsikan akan membawa seribu rahmat buat anda yang sudi memberikan komen.

Selain daripada itu, sekiranya anda masih lagi mencari-cari langkah untuk memulakan perniagaan internet anda, apa kata anda daftar untuk belajar bagaimana memulakan perniagaan internet anda secara percuma. Benar, tiada bayaran dikenakan, sila ke halaman ini untuk pendaftaran. Terima kasih.

p.s - Artikel ini merupakan terjemahan dari artikel asal yang berbahasa inggeris, yang telah diubahsuai supaya lebih mudah difahami.

No comments:

Post a Comment