4 tip mengembangkan perniagaan anda

Mengasaskan bisnes dan memastikannya terus berkembang memerlukan banyak masa. Dengan perkara yang sama yang dilakukan setiap hari, anda akan dapati yang sukar untuk menetapkan rancangan baru untuk bisnes anda dan sukar juga untuk merangka pelan perniagaan anda secara terperinci yang boleh membawa perniagaan anda ke tahap baru. Di sini ingin saya kongsikan 4 tip pemasaran yang boleh diamalkan untuk mendapatkan hasil yang maksimum untuk perniagaan anda.

1. Twitter. Anda gunakan twitter? Kalau gunakan twitter, sudah pasti anda akan mengetahui keupayaan twitter untuk mempromosikan perniagaan anda. Jika ada barangan baru yang hendak dipromosikan, jangan lupa letakkannya di twitter dan secara tidak langsung ianya akan membawa jutaan trafik kepada anda.

2. Pengiklanan menggunakan Google Adwords. Memang ianya memerlukan kos, tapi google adwords sebenarnya satu alat yang baik untuk bisnes yang dijalankan, baik secara antarabangsa mahupun untuk pasaran tempatan. Adwords yang dikenali sebagai pengiklanan bayar per klik yang mana anda akan membayar dalam amaun yang sedikit untuk pengguna yang datang ke laman web anda melalui iklan yang dipaparkan oleh google. Akan tetapi, jika anda mahu menggunakan adwords, sentiasa rujuk kepada mereka yang pakar kerana ia sedikit kajian pasaran perlu dilakukan untuk mendaftar dan menggunakan adwords

3. Pengiklanan menggunakan laman web promosi pengiklanan. Ini juga merupakan satu cara yang sesuai digunakan untuk mempromosikan produk anda. Sediakan laman web anda, dan letakkan di laman web promosi tersebut, jika ada orang yang berminat, maka mereka akan terus ke laman web anda dan boleh terus membeli produk anda. Yang menariknya, laman web pengiklanan ini memberikan servis secara percuma. Cuba promosikan laman web anda disana dan perhatikan samada ada trarik yang datang ataupun tidak.

4. Pemasaran Artikel. Jika untuk pasaran tempatan, saya rasa masih kurang, ataupun tiada laman web yang memberikan anda peluang untuk meletakkan artikel untuk dibaca oleh pembaca yang lain, tetapi jika ada, ini merupakan satu medium yang boleh digunapakai kerana dengan artikel, anda lebih mudah untuk menerangkan produk anda dan menarik pelanggan membeli daripada anda. Anda boleh letakkan puluhan artikel yang mana dalam artikel tersebut anda boleh mengajak pembaca yang berminat untuk menghubungi anda untuk mendapatkan produk yang dipromosikan. Berbanding dengan pasaran antarabangsa, ramai sebenarnya yang dah berjaya dalam bidang ini, malah berjaya mendapat pendapatan 6 angka menggunakan kaedah ini. Tidak percaya? Cuba lakukan carian mengenai Sean Mize, dan lihat bagaimana IM ini berjaya menjana pendapatan hanya dengan pemasaran artikel!

Tidak kira apa sahaja bisnes yang anda buat, untuk berjaya anda perlulah mencari dan menggunakan sepenuhnya kuasa internet. Dengan menggunakan internet, anda bukan sahaja boleh fokus kepada pasaran tempatan, malah lebih luas lagi. Tidak mustahil anda boleh mengalahkan pesaing anda jika anda menggunakan tip yang diberikan secara efektif!

Bagi mereka yang masih belum pandai untuk menggunakan internet dalam mempromosikan produk, apa kata anda belajar berniaga melalui internet bersama-sama saya. Hanya nama dan email diperlukan untuk pendaftaran, tiada bayaran diperlukan. Sila layari http://www.emranosman.ws sekarang..

No comments:

Post a Comment