Aktiviti Hujung Minggu..


Salam semua...aku nak mintak maaf sebab dua hari ni aku tak post apa2 kat blog aku,,, biasa la ujung minggu,,,, buat aktiviti yang berkenaan dengan keluarga dan diri sendiri la... apa lagi nak tunggu kan?
aktiviti aku untuk hari sabtu lepas,,,, hmm...bangun pagi yang tak berapa pagi, pukul 10,,, aku terus pergi bengkel kereta, ahaks..... kereta aku dah bergegar bagai nak gila dah, bila bawak dalam 70-80 km/j,, stereng aku rasa bergoyang kiri dengan kanan..huhu,, rupanya lower arm belah kanan dah rosak... mekanik aku tolong tengokkan,,, katanya memang dah layak kena tukar,, so aku pun tukar la benda tu...
dah abis lebih kurang 200 ringgit untuk benda tu,,
lepas tu aku suruh la mekanik tu tengokkan minyak itam aku,, memandangkan minyak hitam aku selalu ilang,, nak kena check seminggu sekali,,,,rupa-rupanya oil seal timing belt pulak bocor, hmm...ke masai lagi la gamaknya untuk beli baarang,, dan aku pun buatlah keputusan untuk tukar timing belt untuk kali kedua dalam tempoh 2 tahun...huhuh....
dah sudah tukar timing belt,, tibalah masa untuk normal servis, tukar minyak itam,, tukar oil filter, complete! cukuplah sudah duit aku dileburkan untuk kereta hari sabtu lepas...
tolak campur, untuk tukar lower arm dengan timing belt, aku kopak RM350++ hari sabtu sahaja. Menyedihkan,,,tapi nak buat macam mana, dah kite perlukan benda ni untuk pergi kerja hari-hari,,, nak tak nak betulkan je la,,,
tu aktiviti aku untuk hari sabtu...
untuk hari ni,,,
aku keluar dengan ibu ayah aku......dah yang paling best sekali,,,memula tu aku ajak la bakal tunang aku sekali.....ingatkan ajak-ajak biasa, mak dengan ayah aku ikut,, dia tak nak ikut.....rupenye nak jugak tu ikut...
so,, bawak je la.....
kite orang pergi mydin kat bandar baru uda,, then lepas tu pergi plaza angsana,, lepak kat sana, makan...then balik umah......
hmm...sayang betul die kat aku,, ingatkan ajak-ajak biasa tak nak ikut...rupanya nak jugak...janji dapat menambahkan kemesraan antara dia dengan keluarga aku....
dan setakat ni,, Alhamdulillah,,, segalanya berjalan dengan lancar....dan aku menanti hari untuk die secara rasminya bergelar tunangan aku......
tu aktiviti aku untuk dua hari ni...
malam ni,,, disebabkan aku malas dan tak suka nak tengok Mawi dengan Ekin,, aku naik la kat atas dan mula menaip untuk blog aku...
post ketiga,, dan insyaALLAH kalau dipanjangkan umur,, aku akan menaip lagi untuk post-post akan datang...

sementara itu,, aku nak berkongsi dengan orang-orang yang membaca blog aku ni,,, ada satu post yang dikirimkan oleh kawan aku via multiply,,,, pasal kejadian wanita....semoga membantu untuk kita-kita kaum lelaki untuk lebih memahami wanita....... thanks to Ms Venus,,

aku rasa cukup untuk malam ni.......

versus.jr signoff at 10.21 p.m (+8 GMT), 11-Januari-2009


KEJADIAN WANITA
Seorg LELAKI yg bakal menjadi SUAMI patutlah mengetahui kejadian tubuh WANITA & SIFAT-SIFAT mereka. Kejadian wanita tu tak sama dgn kejadian lelaki dari segi :

1. Susunan badan wanita hampir sama dgan susunan badan kanak-kanak menyebabkan wanita tu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir & lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pd wanita adalah sifat yg sesuai utk mendidik anak-anak.

2. Kepala wanita dewasa lebih kecil drpd lelaki. Ni tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pd lelaki tu byk kecerdikan & kecerdasan, pd wanita lebih byk keributan & kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.

3. Kulit daging wanita umumnya halus & lunak, dagingnya lemah, hujungan daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dgn daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.

4. Tulang wanita terutamanya tulang dada & punggung adalah berlainan dari lelaki. Kejadian tulang tu agak menyulitkan wanita berjln, mengakibatkan wanita berjln dgn cara atau lenggok tertentu.

5. Anggota tubuh wanita mengandungi byk halia. Di dlm halia terkandung byk lemak. Maka pd tubuh wanita di dpti byk mengandungi lemak & lebih subur

6. Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil & sempit. Ni menyebabkan kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya & lebih subur.

7. Rambut wanita lebih subur & ni menyebabkan rambut blh tumbuh dengan pjg & lebat, sbg pasangan kpd akalnya yg pendek.

8. Wanita mempunyai sifat yg suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya & bentuk badannya. Suka di puji akan kecantikannya & suka menghiaskan dirinya utk mendpt pujian. Maka wanita yg solih adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat2 ni hanya di tonjolkan kpd suaminya saja.

9. Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sygnya kpd suaminya & anaknya. Perasaan ni biasanya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri tu terlalu manjakan anak atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa kurang senang. Namun tu di lakukan atas perasaan syg.

No comments:

Post a Comment