Kata kata IRFAN KHAIRI

Semua orang nak duit. Lumrah hidup, duit pula tak pernah cukup ;) Satu konsep kewangan yang sering digunakan daripada buku-buku kewangan popular, termasuk Rich Dad Poor Dad, adalah konsep punca pendapatan berganda. Maksudnya, untuk tidak hanya bergantung kepada sumber kewangan dari satu punca sahaja, tetapi, dapatkan punca pendapatan dari beberapa arah yang lain, seperti kerja makan gaji, perniagaan & pelaburan.

Pepatah mat salleh pula berbunyi, don't put all eggs in one basket. Kerana, sekrianya satu bakul pecah, maka, kesemua telur turut akan pecah! Cara bijaknya adalah menggandakan dan mengasingkan punca pendapatan anda

Dengan menggandakan punca pendapatan, pastinya pendapatan kita dapat ditingkatkan dengan lebih cepat dan selamat.

Sama-sama kita fikirkan bagaimana nak menjana pendapatan dari pelbagai punca.

Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment