Kalau Tak Pandai Bahasa Inggeris, Bagaimana Nak Buat Bisnes Internet?

Kalau Tak Pandai Bahasa Inggeris, Bagaimana Nak Buat Bisnes Internet?
oleh Zamri Nanyan

Bahasa pengantar utama internet ialah Bahasa Inggeris. Ini hakikat yang perlu anda terima sekiranya anda ingin membina bisnes internet anda.

Pada awal internet diperkenalkan, memang agak sukar bagi anda yang tidak tahu berbahasa Inggeris untuk menggunakan internet, lebih-lebih lagi untuk membina bisnes berasaskan internet. Ini kerana tiada terjemahan istilah-istilah internet dilakukan lagi.

Walaubagaimanapun, zaman sudah berubah dan banyak perkembangan sudah berlaku di dunia internet sehingga anda yang tidak mahir berbahasa Inggeris pun sudah boleh menggunakannya untuk tujuan bisnes.

Pelbagai program, laman web dan juga dokumen lain sudahpun mempunyai bahasa selain Bahasa Inggeris. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menceburi bisnes yang menjanjikan peluang dan pulangan yang lumayan ini.

Pada hari ini, saya terima satu lagi email yang bertanyakan perkara yang sama.

"Zamri, saya tak tahu Bahasa Inggeris, bagaimana saya boleh menjalankan bisnes internet ini?"

Saya ingin berprasangka baik bahawa beliau benar-benar ingin menjalankan bisnes internet dan akan mengambil apa sahaja tindakan untuk menjadikan halangan ini sebagai cabaran, dan bukannya menjadikan halangan ini sebagai masalah untuk bermula. Jadi, ini saranan saya untuk beliau dan juga anda di luar sana yang mempunyai halangan berbahasa Inggeris ini.

1. Belajar Bahasa Inggeris

Sekiranya anda mahir berbahasa Inggeris, memang mudah untuk mengendalikan bisnes internet anda. Tetapi anda tidak perlulah terlalu pandai berbahasa Inggeris sehingga tahap "mat saleh" di luar sana.

Jika anda dapat memahami apa yang disampaikan di dalam internet, melalui pembacaan, pendengaran dan juga tontonan, ianya sudah cukup untuk anda bermula.

Saya memang amat menggalakkan anda mahir di dalam Bahasa Inggeris kerana bahasa ini adalah bahasa pengantar dunia.

Selepas anda belajar berbahasa Inggeris, pelajari pula beberapa istilah dan perkataan khusus lain yang berkaitan dengan internet, seperti domain, webhosting, autoresponder dan sebagainya. Dengan memahami maksud beberapa perkataan penting ini, mudah untuk anda memulakan bisnes anda.

Buat masa sekarang, banyak perkataan berkaitan internet dan komputer yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Kebangsaan seperti tetikus, kayuria, papan kekunci dan sebagainya. Ianya baik untuk pembelajaran formal tetapi untuk bahasa santai seperti pembelajaran di forum dan sebagainya, banyak lagi pengguna menggunakan Bahasa Inggeris. Jadi, amatlah penting untuk anda fahami perkataan-perkataan ini di dalam Bahasa Inggeris juga.

Untuk belajar Bahasa Inggeris, sudah banyak buku diterbitkan. Di sekolah pun sudah bertahun-tahun anda diajar dan saya pasti anda tahu di mana anda boleh dapatkan sumber pembelajaran ini.

Jika di internet, ada satu sumber rujukan untuk anda belajar Bahasa Inggeris melalui ebook di laman web berikut:

http://bisnesdigital.com/bahasainggeris

Nasihat saya ialah mulakan pembelajaran Bahasa Inggeris anda sekarang supaya beberapa tahun akan datang, anda tiada lagi masalah ini dan bisnes internet anda pun mudah untuk dibina.

2. Cari Rakan Kongsi Yang Pandai Berbahasa Inggeris

Membina bisnes secara berseorangan mungkin boleh dilakukan tetapi ianya adalah amat sukar. Cabaran seperti kurang motivasi dan kurang pemahaman istilah teknikal mungkin membantutkan usaha anda.

Di dalam bisnes pun banyak ditekankan "networking" atau perhubungan sesama usahawan di dalam bisnes yang sama atau bisnes berlainan yang dapat membantu satu sama lain. Di sini sahaja anda sudah mendapat klu di mana pentingnya melakukan bisnes bukan secara berseorangan.

Sekiranya anda tidak mahir di dalam Bahasa Inggeris, inilah peluang anda.

Cari rakan niaga yang boleh berbahasa Inggeris dan lakukan bisnes ini bersama-sama. Sebagai contoh, di dalam bahagian pemasaran, anda boleh serahkan kepada rakan niaga anda kerana mungkin pemasaran ke pasaran luar negara memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris. Anda pula boleh bina perisian atau produk yang kurang memerlukan anda berinteraksi dengan orang bangsa Inggeris dan sebagainya.

Rakan kongsi anda ini juga boleh mengajar anda tentang perkara-perkara lain yang mungkin anda tidak tahu disebabkan kelemahan anda di dalam Bahasa Inggeris ini. Sebagai contoh, jika anda tidak tahu mengendalikan "autoresponder", anda boleh bertanyakan beliau bagaimana ianya berfungsi dan bagaimana anda boleh menggunakannya.

Selalunya, untuk penggunakan perisian atau skrip, memang ada manual yang menunjukkan bagaimana untuk mengendalikan. Menterjemahkan manual ini ke dalam Bahasa Kebangsaan mungkin tidak praktikal sekiranya anda perlu merujuknya setiap masa. Jadi, di sinilah anda boleh menggunakan kelebihan rakan kongsi anda ini.

Bukan setakat rakan kongsi anda ini dapat membantu anda di dalam memahami perkara berkaitan Bahasa Inggeris sahaja, malah anda berdua (atau lebih, bergantung kepada berapa rakan kongsi anda) boleh memotivasikan diri anda di dalam bisnes internet ini juga.

Walaupun Bahasa Inggeris adalah satu cabaran bagi anda, namum terdapat pelbagai lagi cabaran yang lain yang menanti anda di dalam apa jua bisnes. Dengan adanya rakan kongsi yang mempunyai sinergi yang sama, cabaran-cabaran ini dapat anda harungi dengan lebih baik.

3. Fokus Kepada Pasaran Tempatan

Anda sedang membaca sebuah artikel berbahasa Malaysia sekarang, bukan? Dan anda boleh lihat sendiri bagaimana ianya dilakukan. Inilah sesuatu yang anda boleh contohi.

Pastikan anda kenali diri anda. Di manakah kelebihan atau kekuatan anda? Jika Bahasa Inggeris adalah kelemahan anda, Bahasa Kebangsaan mungkin kekuatan anda.

Jadi, janganlah anda cuba mengharungi cabaran yang lebih getir sekiranya anda belum bersedia.

Sebagai contoh, saya lihat ramai yang ingin menjana pendapatan melalui ClickBank, Commission Junction dan sebagainya tetapi pada masa yang sama, saya mendapat rungutan yang mereka tidak tahu berbahasa Inggeris.

Memanglah pasaran antarabangsa lebih besar dan mungkin dapat memberikan hasil yang lebih lumayan tetapi anda perlu juga faham bahawa saingannya pun juga amat sengit. Jika anda sudah bersedia, tidak mengapa. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia dan anda tidak akan mendapat sebarang hasil.

Sebagai alternatif, anda boleh fokus kepada pasaran tempatan dahulu.

Di sinilah kekuatan anda dari segi penguasaan bahasa. Anda bebas berkomunikasi di dalam bahasa sendiri dan menjual produk kepada pembeli yang juga senang memahami anda.

Cuba anda lihat sendiri berapa banyakkah produk yang ditawarkan di dalam pasaran tempatan. Banyak, bukan? Dan mereka menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

Produk saya pun banyak di dalam Bahasa Kebangsaan. Di antaranya adalah:

Perniagaan Internet – www.PerniagaanInternet.ws/r/emranosman
Pakar Affiliate – www.PakarAffiliate.com
Rahsia MLM – www.RahsiaMLM.com

Sebagai kesimpulannya, cari peluang yang dapat anda tawarkan kepada pasaran tempatan dan pelopori pasaran ini dengan jayanya.

4. Cari Model Bisnes Yang Sesuai

Terdapat terlalu banyak model bisnes internet. Ada yang perlu anda berinteraksi dengan pelanggan. Ada yang tidak perlu. Ada yang perlu anda jual produk dan ada yang anda tidak perlu lakukannya.

Ada juga model bisnes yang tidak memerlukan anda menggunakan Bahasa Inggeris setiap masa dan ini mungkin model bisnes yang sesuai untuk anda.

Sebagai contoh, anda boleh jadi pembekal barangan untuk dijual di eBay.com tetapi semua urusan jual beli dan khidmat pelanggan diuruskan oleh seorang atau dua orang pekerja. Yang perlu anda tahu ialah berapa banyak barang yang dapat dijual dan berapa banyak keuntungan yang diperolehi. Perkara yang lain diuruskan oleh pekerja anda.

Ini merupakan contoh anda berniaga untuk pasaran luar. Di dalam pasaran tempatan pula, anda boleh sertai program affiliate tempatan dan promosikan produk ini kepada orang dalam negara. Dengan cara ini, anda tak perlu mencipta produk sendiri tetapi masih lagi boleh menjana pendapatan melalui internet.

5. Tinggalkan Bisnes Internet

Jika cadangan saya di atas tidak dapat dipenuhi, saya sarankan anda tinggal perniagaan internet dan cari bisnes lain. Cari kekuatan anda selain daripada bisnes internet dan lakukannya.

Walaupun bisnes internet menjanjikan pulangan lumayan, pendapatan pasif dan sebagainya, ada banyak lagi bisnes konvensional yang dapat berikan pendapatan yang serupa. Anda cuma perlu selidik apa yang dilakukan oleh orang lain.

Salah satu caranya ialah dengan menghadiri seminar perniagaan yang dianjurkan oleh pelbagai individu dan syarikat yang berkaliber. Di antara bisnes yang anda boleh lakukan ialah bidang hartanah, pelaburan yang sah di sisi undang-undang, penternakan dan sebagainya.

Perlu juga anda ketahui bahawa anda mesti ada sistem untuk membina bisnes anda supaya anda tidak menjadi hamba kepada bisnes anda nanti – nak pergi ke mana pun tak dapat kerana perlu sentiasa berada di tapak perniagaan.

Jika anda sedang bina bisnes internet, sistem anda akan membantu anda untuk bebas ke mana sahaja tanpa terlalu risaukan sangat operasi bisnes anda ini. Topik mempunyai sistem ini diterangkan dengan lebih terperinci di dalam modul 4 "The Four Weeks To Freedom" (http://www.TheFourWeeksToFreedom.com) sekiranya anda berminat untuk mendalami konsep membina bisnes internet yang sebenar.

Akhir sekali, saya nasihatkan kepada anda yang kurang mahir di dalam penguasaan Bahasa Inggeris untuk jadikan kekurangan anda ini sebagai sumber motivasi anda. Mungkin pada suatu hari nanti bisnes internet anda berkembang maju dan anda boleh bangga mengatakan bahawa anda sudah berjaya walaupun tanpa penguasaan Bahasa Inggeris yang kukuh.

Jika anda jumpa individu lain yang mempunyai rungutan yang sama mengenai kekurangan berbahasa Inggeris ini, berikan artikel ini kepada mereka supaya anda dapat mengubah seorang lagi individu untuk maju di dalam bisnes internet yang anda cintai ini.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/emranosman untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link "PerniagaanInternet.ws" kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

No comments:

Post a Comment