Sakit belakang secara tiba-tiba

Adeh.....skang aku tengah sakit belakang....tak tau kenapa....mungkin salah tido kot...ataupun aku memang kurang senam....... entah la beb....

sakit belakang membawa aku ke google dan setelah aku search.....ni yang aku jumpa.....silalah baca yer...

Original Link here : http://doktor4me.wordpress.com/2008/07/19/sakit-belakang-secara-tiba-tiba/

Punca-punca:

  • Bentuk badan yang lemah.
  • Terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok.
  • Kurangnya bersenam.
  • Kecederaan hasil daripada pergerakan secara tiba-tiba atau terlalu kuat.
  • Kekejangan yang disebabkan stres atau tekanan.
  • Terdapat penyakit tulang, sendi atau penyakit-penyakit lain.
  • Kegemukan.
  • Kasut bertumit tinggi.
  • Bagi wanita, sebelum atau semasa haid.

Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda sakit belakang:

  1. Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit.
  2. Mengamalkan postur (posisi badan) yang baik.
  3. Memastikan anda tidur dalam posisi yang betul.
  4. Tukar tilam kepada tilam yang lebih kemas yang boleh menyokong badan anda.
  5. Ambil ubat tahan sakit yang sederhana kekuatannya. Urut bahagian yang sakit dengan minyak, krim atau salap.
  6. Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
  7. Jika anda gemuk, berusahalah mengurangkan berat badan.
  8. Selalulah bersenam.
  9. Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas, tuala panas, dedahan kepada sinar lampu infra red.
  10. Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi.
  11. Rujuk doktor sekiranya sakit tidak hilang atau menjadi teruk.

Pencegahan awal:

  1. Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
  2. Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda.
  3. Tidur atas tilam sesuai.
  4. Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
  5. Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
  6. Lakukan senaman otot abdomen dan belakang.
  7. Elakkan memakai kasut yang tinggi.
  8. Jaga berat badan.

No comments:

Post a Comment