Jalan Pintas Pasir Gudang

Jom, aku nak bercerita pasal jalan pintas pasir gudang....

Aku yang masuk keje pukul 9 ni tak kisah lagi..nak masuk kerja tak jam sangat, tapi aku hari panas hati bila nak balik.. Hari-hari JAM! Sebab tu aku memang tak takut untuk cakap Datuk Bandar dan orang-orang yang bertanggungjawab untuk jaga pembangunan Bandar Pasir Gudang ni memang tak menjalankan kerja dengan baik. Agaknya diorang terlupa, Pasir Gudang masih DUN lagi agaknya kot... tak tau yang kawasan ni dah jadi Parlimen.. sedih,,,

Baik, aku yang tak tau pasal perancangan bandar ni saja je nak bercerita tentang jalan pintas yang boleh dibina kat pasir gudang dan kawasan2 sekelilingnya. Hari2 sakit hati, so aku luahkan kat sini, mana tau kot-kot orang MPPG terbaca post ni, bleh la diorang bawa ke tengah.. jangan macam kata Afdlin Shauki, "kerja kerajaan kan banyak masa"...banyak sangat masa sampai bleh browse internet or duduk minum kopi sepanjang masa....heheh


Jalan yang pertama...gunakan googlemap kalau nak double check yer... dari Jalan Ciku Utama ke Jalan Bandar. Kalau tengok2, jalan ni kalau nak buat, betul2 lalu sebelah Johor Circuit.. Bukannya jauh sangat pun, 1km++ je. At least kalau  ada jalan ni, orang dari kota masai dapat lalu jalan ni untuk ke kawasan perindustrian Pasir Gudang dengan cepat. Area tu pun dah clear, tinggal ratakan, lepas tu buatlah jalan.



Ni jalan yang kedua, Jalan ni dari Taman Scientex, tempat aku tinggal. Dekat dengan Jalan Serindit, Jalan Camar, etc. Kalau nak ikutkan, kalau betul MPPG nak buat jalan ni, die boleh tembus Flora Height, then boleh terus ke Seri Alam dan JB. Jaraknya? kalau ikut dalam googlemap, pun dalam 1km++ je, siap lalu tasik kat tepi, then terus ke Taman Flora Height. Kalau ada jalan ni, senang la orang dari Taman Scientex, Cahaya Baru dan taman berdekatan nak ke bandar, tak payah la nak redah jam kat simpang taman cendana hari2. View pun cantik kalau tasik tu diindahkan.
Katanya memang dah ada plan nak buat jalan. Tapi bila? aku dan orang2 pasir gudang pun tak tau.



Jalan yang last skali yang aku nak cadangkan. Jalan dari Nusa Damai ke Flora Height dan boleh tembus ke Taman Scientex. Ni antara jalan paling pendek yang aku boleh nampak dalam google map. Lebih kurang 1km, jalannya cantik je.. tinggal ratakan, then buat jalan. actually memudahkan orang2 nusa damai, budak2 kolej komuniti, politeknik, dan taman scientex untuk ke Seri Alam dan JB tanpa perlu lalu Pasir Gudang.

Ni je kot pendapat aku, terdengar jugak rumours yang menyatakan kalau MPPG buat jalan ni semua, orang semua tak nak ke pasir gudang lagi. Tapi tengoklah keadaan sekarang, dah memang takde apa pun kat kompleks pusat bandar tu, dan dah kurang orang yang pergi sana. So bukan pasal buat jalan orang tak nak ke pasir gudang, tapi dah sekarang ni memang takde orang yang nak ke Kompleks lagi.

So Majlis Perbandaran Pasir Gudang, or nama manjanye MPPG, tunggu apa lagi? takkan nak tunggu pilihanraya baru nak buat jalan? Tengok2 la sikit orang kat area Kota Masai, Taman Scientex dan sekitarnya... Masih nak biar kami tension hari2 pergi/balik kerja?

2 comments:

  1. sY sOkoNg..WalAuPowN sY p KeJe NaiK moTor JeR~

    ~szack~

    ReplyDelete